Thursday, December 22, 2011

Pearl Cinnamon Tiel for Sale




Spesifikasi:
Umur : 1 tahun ++
Kematangan : Matang
Jenis : Pearl Cinnamon
Jantina : Tidak pasti
Sebab jual : pasangannya (betina) telah dikahwinkan dengan jantan lain.
Lokasi : Pasir Gudang, Johor Bahru (COD)
Stok jinak : Tidak
Dealing Method : Prefer You come, you see & you buy :) or COD or Boleh cuba diusahakan dengan kos tambahan duit poket driver buyer sponsor hehehee..
Harga untuk Tiel ini ialah RM230 sahaja (exlude transportation)



Best regards,

Sunday, December 18, 2011

Handfeed Budgie :)

(a) Baru lepas makan

(b) Bulu dah mula gebu, cuma kaki sikit lagi untuk bersih sepenuhnya

1. Salam hari minggu pelayar blogku sekalian. Dua tiga hari lepas secara tidak sengaja menghandfeed budgie.

2. Sebenarnya saya tidak plan pun untuk berbuat demikian. Maklumlah jika LB tu paruhnya besar sedikit jadi mudah la juga tambahan pula masih tiada pengalaman handfeed budgie ni.

3. Sudah ditakdirkan agaknya untuk merasai pengalaman handfeed budgie, maka saya teruskan juga la. Ceritanya bermula apabila saya melihat ada seekor anak budgie yang telah ditendang keluar dari sangkarnya.

4. Kasihan pula takut jika dibiarkan nanti mati kebuluran pula. Saya pun ambil sekor lagi anak budgie kemungkinan adiknya yang masih belum tumbuh bulu pelepah sepenuhnya.

5. Seperti dijangkakan, agak sukar menghandfeed budgie ini kerana paruhnya yang kecil. Terpaksa menggunakan teknik 'force feeding' bagi mengelakkannya kelaparan.

6. Hmmm..akhirnya saya terpaksa mengalah juga, terpaksa letakkan budgie yang first tadi di dalam cage bersama budgie muda yang lain supaya dia boleh belajar makan sendiri. Alhamdulillah, dia boleh survive.

7. Anyway saya teruskan juga handfeed yang sekor ni. Isteri saya yang berikan nama 'Mel'..singkatan daripada Comel hehehee..

8. Gambar yang akan diupload nanti ialah Mel, jantina belum pasti lagi. Saya memang handfeed menggunakan Kaytee. Memang Terbaik. Sekarang handfeed Mel lebih mudah kerana dia pun dah biasa dengan Kaytee, bila lapar jer memang berbunyi minta dihandfeed hehehee..

**New Updates**
- Mel telah ditemui keras tidak bernyawa subuh pagi 21.12.2011. Tak ada rezeki lagi la nak layan budgie jinak. Mungkin punca kematian kerana cuaca sekarang yg sejuk. Best regards,

Sunday, December 11, 2011

Love Bird Sakit Mata

(a) Gentadexa

1. Salam hari minggu kepada para pelayar blog ini :) sekejap jer rasa cuti hujung minggu ini kerana dari pagi sampai tengahari sememangnya rutin untuk membersihkan aviary dan sangkar-sangkar.Tup-tup dah petang..tup-tup dah malam, sungguh pantas masa berlalu.

2. Malam ini saya nak berkongsi satu ilmu yang saya belajar daripada otai handalan LB kita Pak Raja. Setelah mencubanya dan berjaya, maka pada fikiran saya seharusnya ilmu ini dipanjangkan kepada peminat unggas.

3. Gambar di atas ialah ubat yang saya gunakan terhadap Lovebird (LB) saya yang sakit mata. Sepantas kilat saya terus menghubungi 'pak guru' bertanyakan permasalahan ini. Maklumlah jika terlewat nanti tidak sanggup pula melihat LB saya terbang pergi lagi.

4. Pak raja ada menyebut beberapa nama ubat, tetapi ubat ini yang saya pilih sebab mudah didapati di farmasi dan mudah ingat namanya. Nama ubat ini ialah Gentadexa untuk mengubati LB yg sakit mata.

5. Simptom LB sakit mata;
Kelihatan dengan jelas ada tompokan berwarna merah kecoklatan. Ini adalah permulaannya sebelum ia bertambah besar dan membuatkan mata LB anda bengkak sebab ia akan bernanah. Jangan tunggu lama jika anda nampak simptom ini k. Buatlah rawatan dengan kadar segera.

6. Cara pengubatan;
a) Sebelah tangan anda memegang LB dan titiskan setitik Gentadexa itu ke mata LB. Biarkan ubat ini bergenang di matanya dalam kiraan 15 ke 20 saat. Masukkan semula LB tadi ke cage.

b) Jemur LB tersebut di bawah pancaran matahari pagi (<9.30am) lebih kurang 15minit.

c) Pada waktu petang, ulang langkah (a) dan (b) di atas.

d) Jika sakit matanya belum serius, lakukan dalam masa 2 hari berturutan. InsyaAllah mata LB akan pulih kembali seperti sediakala jernih bersinar :)

7. Punca sakit mata;
a) Faktor cuaca. Cuaca yang tidak menentu dan yang paling dirisaukan apabila kedatangan cuaca sejuk dengan angin yang kencang. Angin inilah yang selalu membawa virus ata penyakit kepada LB kita.


8. Alhamdulillah, LB saya sekarang telah sihat, pulih sepenuhnya dari penyakit mata ini. Terima kasih sekali lagi kepada otai handalan LB Pak Raja kerana sudi menyampaikan ilmu yang tiada di dalam buku mana pun di dunia ini. Wallahualam.

Nota;
1. Ilmu yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman penulis sahaja. Oleh yang demikian, anda dinasihati mendapatkan khidmat nasihat kepada yang lebih pakar dan bertauliah hehehee...Segala kerugian adalah tanggungan sendiri.



Best regards,

Sunday, November 20, 2011

Nest Box -Special Edition (NBSE)

(a1) Sedia untuk digantungkan :)

(a2) Ubahsuai sedikit pemegang atas :)


(b) Sebelum aksesori finishing.


(c) Divider separuh penuh yg membuatkan ia NBSE





To arep; bahagian dalam NBSE

Diharapkan kemusykilan anda terjawab :)

To ammar; inilah gambar dekat klip yg digunakan.

1. Seperti dijanjikan di dalam post sebelum ini berkenaan Nestbox hasil tangan Pak Raja, alhamdulillah petang tadi sempat la snap beberapa keping gambar NestBox Special Edition ini heheee..ambil gambar menggunakan hp jer sebab nak mudah.

2. Secara amnya, NBSE telah didesign oleh pak raja untuk menilai sejauh mana keberkesanan fungsinya untuk memberikan suasana yg selamat oleh Lovebird mahupun budgie sama-ada yang sedang mengeram atau pun yang baru hendak bertelur.

3. Petang tadi saya pun sudah mengambil bacaan ukuran NBSE untuk dikongsi bersama dengan anda semua.
(a) Bahagian tepi kanan/kiri : 6 1/2" Lebar x 7" Tinggi
(b) Bahagian Depan/Belakang : 10" Lebar x 7" Tinggi
(c) Bahagian atas/penutup : 10" Panjang x 5.8" Lebar
(d) Diameter Lubang : 5.5cm
(e) Kedalaman divider separuh : 8cm
(f) Bahagian bawah : 170mm Lebar x 275mm Panjang.
(g) Tebal papan : 10mm

4. Semoga informasi di atas dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang berminat untuk membuat sendiri NBSE :)

5. Semoga otai handalan LB Pak Raja sihat sejahtera, mudah-mudahan dapat dikongsikan segala pengalaman beliau terutama kepada yang newbie macam saya ni heheee...

6. Segala data akan diberikan kepada Pak Raja sebaik sahaja NBSE ini digantungkan di cage LB saya. Saya amat berharap LB breeding projek ini akan berjaya dengan bimbingan Pak Raja otai handalan LB.

7. Dunia pemburungan ini bukanlah besar mana pun di Malaysia ini, semoga peminat burung parrots tidak berhasad dengki sesama sendiri. Sesungguhnya Ilmu manusia sebanyak mana pun di dunia ini bagaikan hanya setitis air di lautan jika hendak dibandingkan dengan Ilmu Allah s.w.t Best regards,

Sunday, November 13, 2011

Iep telah dapat sahabat baru 'Iepy'




1. Salam hari minggu kepada semua pengunjung blog ini. Alhamdulillah, akhirnya Iep yang kesunyian kerana temannya Ning yang telah 'terbang' pergi mendapat teman baru iaitu Iepy.

2. Saya sengaja mencari peachface lovebird lutino red eyes kerana saya merasakan warna dan saiz Iepy yang hampir sama dengan Ning boleh mengubati memori dan mood Iep yang merudum kerana kehilangan teman awalnya Ning.

3. Bersyukur kerana berjaya juga mendapatkan Iepy yang seakan Ning. Saya melihat perubahan Iep amat positif kerana ada teman untuk bermain dan bermanja. Maklumlah LB ni jenis yang memang suka untuk bersosial.

4. Sekarang ni, masing2 pun dah pandai free fly. Terbang pun bersama-sama saja. Saya menjangkakan Iep ialah jantan dan Iepy betina. Semoga telahan ini betul, mudah-mudahan boleh mereka bersama untuk breeding.

5. Memang best la layan LB jinak ni, manja sangat. Iepy jika gigit main-main jer, tapi Iep gigit main-main dia pun dah separa gigit betul2 berdenyut-denyut juga rasanya. Macam Iep dah boleh terima arahan. Bila saya kata 'up' sahaja, dia boleh terus terbang ke tangan atau bahu kita. Bahagian bahu dan atas kepala merupakan tempat favourite mereka berdua. Risau juga jika mereka ni menggigit telinga kita, memang masak nanti hehehee..Pantang panggil nama Iep mesti terjah ke cage nak keluar.

6. Iepy pula masih macam bayi lagi. Masih lagi kedengaran rengekan baby LB sedangkan umurnya pun dah boleh kata mencapai tahap wean sebab dah pandai makan sendiri. Nak suap Kaytee pun dah tak layan.

7. Setiap hari saya akan usahakan mencari masa untuk bermain dengan mereka ni. Jika tak layan mereka ni kadang-kadang tu saya perasan sugul jer masing-masing macam tak happy.

8. Kepada mereka yang masih newbie macam saya tetapi tidak pernah layan LB jinak, cubalah handfeed diaorang ni mmg syok ooo..

Nota:
1. Gambar akan diupdate secepat mungkin. Terima kasih kerana meluangkan masa anda melayari posting pada kali ini :) Best regards,

Monday, November 7, 2011

New Collections of Opaline LB

Semasa menumpang di rumah Pak Raja ;)

1. Salam Aidil-Adha kepada rakan-rakan di luar sana yang beragama Islam.

2. Semalam, ada kesempatan sempat juga saya menziarahi Otai LB yang saya anggap sebagai guru handalan LB heheheee iaitu Pak Raja @ Cucak Rowo Sisip. Dengan perjalanan yg mengambil masa hampir 2 jam, tetapi sempat singgah sebentar di Ayer Hitam, belikan anak2 bantal, kerepek sikit cuma x dan nak nengok kedai2 bunga yang murah di situ.

3. Terima kasih kepada beliau kerana menjaga 3 ekor Opaline Red Head Green Body dengan amat baik semasa di dalam penjagaan beliau. Sayang kerana semalam terlupa nak ambil gambar masa bertukar tangan burung tu, dengan nak melayani anak bujang 2 tahun setengah ni mmg boleh terlupa.

4. Setakat hari ini, saya sudah mempunyai Opaline berjumlah 4 ekor, 1 ekor jinak anak muda dan yg 3 ekor ni liar Opaline muda juga. Makin lama makin syok pula layan LB sejak ada Iep (lb jinak). Mmg manja sangat. Jika ada kesempatan nanti saya akn postkan perkembangan terbaru Iep.

5. Pak raja juga menunjukkan bagaimana 'meraba' punggung LB untuk mengetahui jantina. Sememangnya mengelirukan untuk orang newbie macam saya ni. Anyway, mengikut telahan Pak Raja Opaline saya tu ada sekor jantan 2 ekor betina.

6. Selepas ini boleh bagi cukup makan dan minum biar sihat dan gemuk gebu Opalineku hehehee..masa untuk breeding pun lama lagi..kita simpan dulu, mudah mudahan ada rezeki di kemudian hari..Aminn..

7. Alang-alang dah sampai rumah Pak Raja, sambar juga nestbox hasil kerja tangan Pak Raja yg mmg cun dengan desing terbaru..Nanti ada masa saya citer di post akan datang. Banyak pula rasanya bahan untuk dikongsi bersama bulan ini.

Nota:
1. Gambar sudah snap petang tadi, nanti saya uploadkan di sini ya..sementara ni kita guna dahulugambar daripada Pak Raja..Tq.


Best regards,

Saturday, October 22, 2011

Ning Telah 'Terbang' Meninggalkanku :-(

1. Ini adalah posting yang amat sukar untuk saya lakukan. Memang tak sanggup mengenang kembali di saat-saat akhir kematian menjemput Ning.

2. Tetapi dengan perkataan 'Redha' sahaja yang mampu untuk memberikan saya semangat agar tidak terlalu sedih di atas pemergian Ning.

3. Siapalah yang tidak akan bersedih jika burung yang sudah mula menunjukkan kemesraan dan kemanjaan kepada kita 'terbang' ke alam yang lain.

4. Punca kematian rasanya disebabkan selsema yang panjang sehingga 2 minggu tidak pulih sepenuhnya. Walaupun rawatan ubat telah diberikan, namun tidak berhasil untuk menyembuhkan Ning secara total.

5. Saya ada masa Ning tengah menanti saat-saat akhir nafasnya, kebetulan saya balik kerja awal. Masa tengahari semalam ok jer macam biasa, tidak menampak simptom-simptom luar biasa.

6. Apabila diteliti, kelihatan seperti kelenjar air yang mengelembung di sebelah hidungnya ke arah mata kedua-dua bahagian. Mungkin Ning tidak dapat menahan kesakitan itu. Itu sebab saya lebih rela Ning 'terbang' pergi daripada menanggung derita yang lebih lama.

7. Akhir kata, semoga roh Ning tenang dan aman di alam yang kekal abadi.

*Nota:
1. Saya tidak sanggup untuk mengambil gambar Ning yang telah 'terbang' pergi apatah lagi
untuk disimpan di dalam blog ini. Best regards,

Tuesday, October 18, 2011

Extension of My Medium Aviary :-)

Pandangan dari depan dan sisi


Pandangan dari depan dan sisi arah berlawanan gambar di atas


Pandangan dari tepi koridor

1. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t dengan limpah rezeki dan rahmatNya saya berpeluang untuk menambah sekali ganda saiz medium aviary yang sedia ada.

2. Setelah hampir satu setengah tahun medium aviary itu diduduki oleh kawanan budgies saya, maka dengan adanya penyambungan avairy ini secara berasingan tetapi bersebelahan, mudah-mudahan dapat memberikan keselesaan kepada budgies, Lovebird dan Tiels yang ada di dalam koleksi saya heheeee..

3. Saya bercadang untuk menempatkan tiels di dalam aviary yang baru, tetapi hanya di dalam cage. Maaf, tiada free fly untuk tiels dan lovebird. Cuma Budgies sahaja yg boleh free fly dalam medium aviary yang pertama.

4. Dari segi kos pembinaan juga telah bertambah, biasalah isu harga barang yang tak jemu meningkat di pasaran huhuuu...designnya sama sahaja dengan aviary sebelum ini, cuma pintu masuk yang diubah kedudukan dari belakang bawa ke tepi bertentangan dengan koridor.

5. Semoga breeding project ini berjalan dengan lancar...Terima kasih kepada isteri dan anak-anak kerana memahami minat suami/ayah-nya terhadap small parrots ini.

Nota:
1. Gambar aviary sebelum ini sila KLIK DI SINI
Best regards,

Saturday, October 15, 2011

Updates: Ning Dan Iep














1. Salam malam minggu kepada pengunjung blog ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda.

2. Diam tak diam sudah hampir 2 minggu baby LB ini dihandfeed oleh kami (saya dan isteri) :) Nasib baik isteri saya dah mahir untuk handfeed baby LB heheee..first time hari tu siap pakai sarung tangan, tapi sekali tu jer..

3. Pagi tadi sempat meluangkan masa bersama Ning & Iep untuk berjemur 'matahari pagi' supaya kulit mereka dapat dapat Vitamin D. Ning & Iep telah berjemur labih kurang 20 minit. Semua ini dilakukan sebelum jam 9.00pagi.

4. Kelihatan Ning masih belum pulih sepenuhnya daripada selsema. Risau juga dibuatnya. Tetapi selepas berjemur, keadaannya makin baik dan selera makannya juga bertambah.

5. Jika dibandingkan keadaan fizikal mereka sekarang berbanding masa sampai di rumah memang berbeza, bulu pelepah pun dah banyak heheee..

6. So far walaupun Iep ni kurang beberapa hari umurnya dengan Ning, tetapi seleranya mmg kuat. Badannya juga agak berisi :)

7. Oklah, saya akan cuba update Ning & Iep semasa tumbesararannya hingga menjadi LB yg jinak, mudah mudahan.


Note;
1. Masa nak upload gambar ni lah, cable tertinggal dalam kete kat luar tu hmmm..sabor ya, esoklah jawabnya... Best regards,

Monday, October 3, 2011

First Time Handfeed Baby Lovy :-)

First time handfeed baby Lovy; Train wife handfeed baby heheheee..

Lutino dan Opaline; bakal menjadi pasangan hidup kelak :)

Kekenyangan, masa untuk tidur

Masih malu-malu lagi hehehee..

1. Terlebih dahulu saya ingin meluahkan rasa kesyukuran kerana berkat usaha dan bantuan sahabat MBF dapat juga akhirnya sepasang baby untuk dihanfeedkan.

2. Terima kasih tidak terhingga kepada Pak Cucak Rowo Sisip @ Pak Raja kerana menjualkan seekor baby LB peachface lutino dengan harga yang amat berpatutan dan menghadiahkan seekor baby LB Opaline sebagai tanda persahabatan :)

3. Saya akan berusaha sedaya upaya dan terbaik agar kedua-dua baby LB ini membesar bagaikan Johan.

4. Tidak dilupakan juga sahabatku Senduduk Putih , ribuan terima kasih bro kerana menghadiahkan saya 500gram Kaytee untuk handfeeding ini. Alhamdulillah, bukan mudah nak cari Kaytee dalam kuantiti yang sedikit, tapi dapat free banyak pula yerr heheeee...

5. Nampaknya banyak juga hadiah hari lahir saya dapat in advance heheee...sebelum tanggal 6 Oktober ni yerr.

6. Perjalanan ke Kluang dari Pasir Gudang yang mengambil masa 1.30 ke 2 jam membawa keluarga bersama amatlah berbaloi heheeee..

7. Semoga persahabatan pemburungan akan kekal di hati dan sanubari kita jika kita sentiasa ikhlas dan bergantung harap kepada-Nya.

8. Akhir kata, Terima kasih Pak Cucak Rowo Sisip @ Pak Raja & Senduduk Putih ,
Semoga persahabatan kita berpanjangan hingga ke akhir hayat. Aminnn...

Nota:
1. Malam tadi pas handfeed mmg dah amik gambar, nanti kawan upload kat sini k.
-Ok, kawan dah upload gambar..layannnzzz..

Best regards,

Saturday, August 27, 2011

OFF TOPIC!! Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Serangkap Pantun untuk semua heheheee;

Burung Budgie berbunyi gempita,
Cockatiels bersiul Lovebird bergaya,
Saling bermaafan sesama kita,
Semoga berbahagia di Hari Raya.

1. Dikesempatan bulan yang barakah dan mulia ini, saya sebagai penulis blog budgie4u.blogspot.com mewakili keluarga saya (isteri dan anak-anak) ingin merakamkan ucapan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN" khususnya kepada pelayar blog ini dan semua umat Islam secara amnya.

2. Kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang akan pulang ke kampung dan berhari raya, pandulah kenderaan dengan cermat semoga semuanya selamat tiba ke destinasi masing-masing.

3. Beberapa tip yang mungkin kita boleh jadikan panduan semasa pulang ke kampung;
a) Sediakan tuala yang lembab di sebelah pemandu yer; jika anda berasa mengantuk sementara hendak menunggu untuk tiba ke R&R lapkan ke muka pemandu yer heheheee..lapkan sebanyak 2 hingga 3 kali kali sahaja kerana jika lebih dikhuatiri akan lagi teruk mengantuknya.

b) Pemandu seharusnya mengelakkan diri daripada makan dengan kenyang terutamanya untuk pemanduan waktu malam yer. Dikhuatiri pemandu lebih mudah berasa mengantuk.

c) Berahat sebentar jika rasa penat dan mengantuk lebih-lebih lagi pemanduan pada waktu malam.

d) Secara amnya, antara punca mengantuk adalah kerana kekurangan oksigen. Mungkin anda boleh sediakan alat yang dapat memberikan oksigen direct kepada kita.

4. Wassalam wa.e.lalliqa'... semoga ketemu lagi selapas Hari Raya Aidilfitri nanti ya!! :)



Best regards,

Friday, August 26, 2011

Second Batch - Anak Budgie Keluar Sarang

1. Salam penghujung Ramadhan saya ucapkan kepada rakan-rakan forum, bloggers, FB dan pelayar budgie4u.blogspot.com ini.

2. Agak lama blog saya ini tiada post baru sebab tiada bahan cerita yang menarik untuk dikongsikan. Tetapi, pada hari ini saya ingin merekodkan Second Batch -Anak Budgie yang telah keluar dari sarangnya 2 hari lepas.

3. Buat masa ini baru seekor sahaja yang berjaya keluar sarang, tinggal lagi 2 ekor hanya menunggu hari jer tu.

4. Alhamdulillah, batch kali ini yang survive ialah sebanyak 3 ekor semuanya. Batch yang pertama dahulu hanya 2 ekor sahaja yang menjadi.

5. Eloklah kiranya saya mengimbas kembali performance induk ini yang telah berjaya membesarkan anak-anaknya dengan cemerlang.
Induk: Betina putih pied biru dan jantannya biru (Bertelur dalam NBBK) -First baby 25.05.11, 2nd baby 28.05.2011 (Nampaknya pair ini hanya jadi 2 baby sahaja, Alhamdulillah)

6. Maka masa yang diambil sehingga batch ke-2 ini keluar sarang hanya lebih kurang 14 minggu sahaja :) Ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan. Kesimpulannya budgie ini semakin laju membiaknya sehingga purata 1 batch untuk setiap 2 bulan.

7. Melalui pemerhatian saya, jika boleh budgie ini dilimitkan untuk menjaga 3-4 ekor anak bagi setiap induk bagi menjamin tumbesaran anak-anak yang lebih sempurna dan menjamin kesihatan induk itu sendiri. Jika kuantiti anak itu lebih sedikit lagi bagus kerana anak pun tidak perlu terlalu bersaing untuk mendapatkan makanan. Induk pula tidak terlalu kurus / kehabisan banyak tenaga menjaga anak-anaknya.

8. Kegembiraan menyambut anak-anak budgie ini seiring dengan sambutan hari raya yang akan disambut oleh kita pada minggu hadapan.

9. Semoga kita membekalkan makanan dan minuman yang cukup kepada budgie, LB, tiels dan haiwan kesayangan yang lain sebelum kita pulang ke kampung berhari raya.

10. Gambar berikut ialah Induk Jantan yang setia menanti di depan NBBK! :)


Best regards,

Sunday, July 17, 2011

Upgrade -DIY Auto Feeder

1. Salam hujung minggu kepada rakan-rakan peminat parrot khususnya dan peminat unggas secara amnya.

2. Sebenarnya , dah lama saya nak cerita sikit tentang tajuk post kali ini tetapi tidak berkesempatan ataupun ilham tu belum berapa nak datang hehehe..

3. Walaubagaimanapun, sudah agak lama platform besar ini ditukar/diupgrade.

4. Tujuan utama platform besar ini ditukar adalah kerana bilangan budgie di dalam aviary yang semakin meningkat dan menjimatkan masa untuk maintenance.

4.1) Inilah platform besar yang diupgradekan (lebih tinggi).


4.2) Platform besar yang mengandungi hampas sambau.


4.3) Platform yang telah dibersihkan. Lebih kurang penuh 3/4 beg plastik hitam.

5. Berikut ialah gambar platform besar yang digunakan sebelum ini;

5.1 Nampak gayanya platform ini dah tak relevan lagi.


5.2 Platform besar lama ini sudah tidak dapat menampung permintaan semasa :)

6. Jika rakan-rakan ada idea yang lebih baik, silalah kongsi bersama k. Best regards,

Monday, June 20, 2011

Updates Anak Budgie

1. Alhamdulillah, batch pertama bagi semua ibu-ibu budgie telah menghasilkan anak 9 ekor yang telah menetas dan survive.

2. Dengan rasa sukacitanya saya ingin update anak budgie mengikut pair seperti di dalam post yang lepas. Sila klik DI SINI untuk melihat gambar ibu atau bapa kepada anak-anak budgie ini hehehee.

a) Pair no.1: Parents Betina biru dan jantannya hijau (Bertelur dalam NBBK)
- Pair ini menjaga dengan baik anak mereka sendiri 1 ekor dan anak angkat daripada Pair no.3 sebanyak 1 ekor. Anak yang besar sedikit itu ialah anak kandung mereka.
Nampaknya percubaan saya menumpangkan anak budgie ini kepada ibu yang lain buat PERTAMA kali ini telah berjaya :) . Pastikan masa kita tumpangkan anak budgie ini masih belum tumbuh bulu.
- Umur: Lebih kurang 16 hari.

b) Pair no.2: Parents Betina putih pied biru dan jantannya biru (Bertelur dalam NBBK)
- Pair ini juga cemerlang menjaga anak mereka sebanyak 2 ekor. Bapanya saya lihat amat rajin mendapatkan makanan sebab selalu nampak comot dibahagian paruhnya. Ibunya pula memberikan penjagaan yang rapi supaya anak-anak budgie sentiasa dalam keadaan yang kenyang.
- Umur: Lebih kurang 24 hari.

























c) Pair no.3: Parents Betina biru dan jantannya biru (Bertelur dalam NBBK)
- Dalam banyak-banyak 4 pair yang menjadi musim ini, pair ini telah memberikan persembahan yang paling memberangsangkan. Sebanyak 4 ekor anak telah berjaya menetas, walaubagaimanapun anak bongsu yang ke-empat terpaksa saya tumpangkan ke pair no. 1 untuk menjamin survival anak budgie itu sendiri. Alhamdulillah percubaan tersebut telah berjaya. Semoga pair ini dapat mengekalkan kesihatan mereka supaya dapat lebih produktif masa masa akan datang.
- Umur: Lebih kurang 18 hari.

















d) Pair no.4: Parents Betina putih mata merah albino dan jantannya pied kuning (Bertelur dalam tempurung)
- Pair ini telah berjaya menetaskan 2 ekor anak budgie. Saya ingatkan boleh dapat anak budgie mata merah, nampaknya kedua-duanya mata hitam. Dari segi warna ikut keturunan bapanya lah yang berwarna kuning/hijau. Ibu bapa ini juga kelihatan amat rajin untuk menyuapkan makanan kepada anak-anak mereka.
- Umur: Lebih kurang 24 hari.














3. Apa yang penting perlu dilakukan semasa anak-anak budgie ini menetas ialah memberikan makanan tanpa putus kepada ibubapanya. Setiap hari saya akan memberikan roti dan juga jagung segar supaya anak-anak budgie mendapat khasiat protien yang secukupnya.

4. Terima kasih kepada induk-induk budgieku kerana telah menetaskan anak-anak budgie yang Comel Belaka hehehehee...

*Nota:
1. Gambar akan diupdatekan kemudian :) sabar ye saudara-saudara sekalian..
Best regards,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...