Wednesday, March 23, 2011

My First Baby's Budgie :-)


Kelihatan 2 ekor older brothers + 1 ekor younger brother baru jer netas :)


3 ekor baby baudgie yg chomei lotei!!


Ini pula gambar ibunya yg sgt rajin




Parents yang menyayangi anak-anaknya, Well Done!

1. Setelah menunggu sekian lama, akhirnya dapat juga hasil baby Budgie Malaysia, Alhamdulillah. Saya sangat gembira dengan kehadiran ‘orang baru’ ini.

2. Sebenarnya, saya baru sahaja pulang bercuti dari kampung semalam. Bila perhatikan macam sepasang budgie ni macam sibuk jer kuar masuk nest. Pastu macam dengar tak dengar jer kicauan anak budgie. Hati saya pun berdetik, agaknya dah menetas ni.

3. Untuk mendapat kepastian saya pun check NBBK tersebut. Ternyata, ada dua ekor baby budgie yang chomei lotei bergerak-gerak heheheee. Memang happy sebab inilah hasil pertama setelah sekian lama tunggu.

4. Saya menganggarkan umur baby tersebut dalam 3-4 hari berdasarkan saya bercuti pun dalam 6 hari (termasuk Sabtu & Ahad yer). Nasib baik saya dah bekalkan jagung mentah dan sekoi yang mencukupi.

5. Parents baby ini ialah daripada baka Pantai Timur Malaysia. Parentsnya pernah saya post beberapa bulan dahulu kerana bertelur di luar aviary. Sila klik untuk lihat posting tersebut.

6. Saya berharap adik-adik baby ini juga akan menetas dengan harapan dapat membesar/survival yg tinggi.

7. Tidak sangka NBBK rekaan bro Muzaa menjadi pilihan kepada budgie saya kali ini heheee…terima kasih kerana idea dan ilmu bro yang dikongsikan bersama.

8. Terima kasih juga kepada Malaysian Bird Forum (MBF) kerana menjadi platform ilmu yang sangat bermanfaat untuk memelihara budgie. MBF juga telah menemukan saya secara face to face dengan otai-otai yang pemurah ilmu i.e bro eddie,glider dan juga otai-otai di alam maya (Internet).

9. Semoga kehadiran baby ini akan memberikan semangat kepada kawanan budgies yang lain termasuk sepasang Tiels & LB untuk mendapat baka yang terbaik dari ladang, InsyaAllah.

10. Terima kasih jika anda sudi meluangkan sedikit masa untuk memberikan pandangan dan cadangan di ruangan komen. Jika komen di bahagian shout-mix boleh juga, cuma tidak dapat direkodkan untuk pengetahuan member2 yang lain.

p/s: Gambar akan di-updatekan kemudian yerr..semalam dah petang tak sempat nak snap. (Dah di update yer)


Best regards,

Thursday, March 3, 2011

My New Collection "Lovebird' (LB)








1. Posting untuk koleksi terbaru Lovebird saya agak lewat sedikit kerana tiada kesempatan untuk snap gambar Lovebird.

2. Pada fikiran saya, adalah lebih baik jika saya teruskan posting ini dahulu untuk rekod dan kemudian boleh la snap gambar Lovebird saya itu.

3. Data koleksi terbaru saya Lovebird adalah seperti berikut;
3.1) Tarikh Beli : 27.02.2011 (Ahad)
3.2) Cara belian : Tumpang order dengan bro SP@Glider.
3.3) Lokasi serahan : Select, cash & carry di rumah bro SP@Glider hehehee :)
3.4) Jenis Lovebird : Peachfaced
3.5) Warna : Badan hijau, muka merah & Badan kuning, muka merah
3.6) Jantina : Betina & Jantan (Mengikut pandangan bro SP&Glider)
* Agak sukar untuk mengetahuinya sebab belum matang lagi.
3.7) Nama : TBA (To be advised) sebab x betul2 firm jantina lagi.

4. Terima kasih diucapkan kepada bro SP@Glider kerana memaklumkan kepada saya terlebih dahulu jika nak tumpang order burung. Saya pun bukanlah nak order banyak, hanya nak melepaskan hajat jer. Lepas ni boleh la nengok forum kat MBF tu 3 jenis yer Budgie. Tiels dan Lovebird :)

5. Bro SP@Glider mmg gentleman, nak tambah sikit kos untuk transportation pun dia tak mahu. Tambahan pula beliau memberi peluang sepenuhnya kepada saya untuk memilih sendiri sepasang lovebird daripada 4 pasang yg telah dibelinya.

6. Tanpa disangka pilihan saya pada Lovebird badan hijau, muka merah ialah satu-satunya Lovebird yang mempunyai ring di kaki. Bro SP@Glider kata special sikit kot. Tetapi beliau tetap tidak berkira dan membenarkan saya membawa pulang Lovebird tersebut.

7. Beliau juga ada menyarankan jika Lovebird dah matang nanti tetapi jantina tak ngam kita boleh tukar suka sama suka. Inilah yang saya katakan tadi seorang yang gentleman.

8. Sekali lagi saya merakamkan terima kasih kepada bro SP@Glider Two Thumbs UP !!

9. Lokasi cage Lovebird ini ialah di dalam aviary budgie saya. So far, dalam beberapa hari ini tiada pula kelihatan kaki budgie yang digigit. Untuk tujuan keselamatan, saya telah terlebih dahulu membuat persediaan cage ini sebelum menerima kedatangan Lovebird.

10. Saya telah membuat satu lapisan kawat di bahagian atas cage dan di sebelah divider cage. Dengan harapan paruh Lovebird tidak sampai untuk menggigit kaki budgie yang duk bermain-main nanti.

11. Maka, di rumah saya sekarang ni agak riuh juga, Budgie dgn chirpingnya, Tiels dgn whistlenya dan Lovebird dgn squeknya :) mmg meriah heheheee harap2 jiran2 takder la nak komplen hahahaa. Mungkin bagi kita meriah tapi bagi jiran2 hanya Tuhan yg tahu. ELehh, jika diaorang tutup pintu mmg dah tak dengar langsung pun.

12. Lagipun burung2 ni hanya memeriahkan suasana pada waktu-waktu tertentu sahaja i.e lepas subuh, tengahari dan sebelum senja. Itu mengikut pemerhatian saya la selama setahun jagung ni.

p/s : Gambar Lovebird akan diupdate secepat yang mungkin. TQ.
* Dah cuba beberapa kali nak snap gambar LB nie, masih belum berjaya lagi. Manakan tidak, baru nak dekat sikit jer dua-dua cepat2 masuk nest-box ehehhee..itu yang tak faham, sama-ada malu2 lagi atau diaorang ni rasa terancam.


Best regards,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...