Tuesday, October 18, 2011

Home » » Extension of My Medium Aviary :-)

Extension of My Medium Aviary :-)

Pandangan dari depan dan sisi


Pandangan dari depan dan sisi arah berlawanan gambar di atas


Pandangan dari tepi koridor

1. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t dengan limpah rezeki dan rahmatNya saya berpeluang untuk menambah sekali ganda saiz medium aviary yang sedia ada.

2. Setelah hampir satu setengah tahun medium aviary itu diduduki oleh kawanan budgies saya, maka dengan adanya penyambungan avairy ini secara berasingan tetapi bersebelahan, mudah-mudahan dapat memberikan keselesaan kepada budgies, Lovebird dan Tiels yang ada di dalam koleksi saya heheeee..

3. Saya bercadang untuk menempatkan tiels di dalam aviary yang baru, tetapi hanya di dalam cage. Maaf, tiada free fly untuk tiels dan lovebird. Cuma Budgies sahaja yg boleh free fly dalam medium aviary yang pertama.

4. Dari segi kos pembinaan juga telah bertambah, biasalah isu harga barang yang tak jemu meningkat di pasaran huhuuu...designnya sama sahaja dengan aviary sebelum ini, cuma pintu masuk yang diubah kedudukan dari belakang bawa ke tepi bertentangan dengan koridor.

5. Semoga breeding project ini berjalan dengan lancar...Terima kasih kepada isteri dan anak-anak kerana memahami minat suami/ayah-nya terhadap small parrots ini.

Nota:
1. Gambar aviary sebelum ini sila KLIK DI SINI
Best regards,

2 comments:

  1. salam perkenalan...saya ade jgk buat aviary seperti ni kat umah...saya letak 11 ekor budgie..6 biji nest box..semua yg betina kalu tgk paruh dia dah bertukar kuning, kata org dh mula nk breeding..tp smp skrg masing2 duk berebut nestbox pahtu xbertelur2 jgk..dah hmpir 4bulan dah saya letak dlm aviary ni...knp ek xbertelur??

    ReplyDelete
  2. Salam..biasa kita tengok betina jika berada dalam breeding mood warna 'cere' (hidung)nya akan bertukar coklat. Saya pun confuse jika bro lihat pada paruhnya??
    Pendapat saya lebih baik dilebihkan Nbox yg sedia ada untuk mengelakkan perebutan.
    Budgie bro saya percaya sudah matang sebab mood untuk breed dah ada, cuma mungkin budgie muda ni baru nak belajar mating.
    Pengalaman saya pun, untuk telur yg very first mmg agak lambat sikit walaupun budgie ni asyik memanjat. Bila dah masuk second bacth nanti tengoklah agak sukar juga nak kawal pembiakan mereka ini heheheee...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...