Wednesday, September 1, 2010

Soft Food Hard-egg Boiled for Budgie





1. Pada hari ahad yang lepas, saya telah membuat soft food hard-egg boiled untuk budgie saya. Hard-egg boiled ni lebih dikenali sebagai Telur Rebus oleh orang Malaysia.

2. Cara-caranya saya perolehi daripada pembacaan di Internet serta rakan-rakan budgie yang sudi berkongsi ilmu.

3. Dikhabarkan Telur Rebus ini amat baik kepada budgie kerana mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tambahan pula, kita boleh campurkan sedikit sayuran untuk menambahkan lagi nutrisi hidangan tersebut.

4. Saya berharap gambar di atas dapat memberikan gambaran sedikit sebanyak bagaimana penyediaan dilakukan.

5. Apa yang saya lakukan adalah seperti berikut;
Bahan-bahan: 2 biji telur ayam, 1" carrot/lobak merah, 1 pinggan yang flat, dan 1 garfu

5.1 Rebus 2 biji telur ayam selama 20 minit. Ada yang kata didihkan selama 10minit selepas itu tutup periuk tu dan biarkan tanpa api selama 10-15minit lagi (nak jimat gas kot :)). Terpulanglah kepada anda ya selagi mana kita dapat telur rebus yang masak penuh.

5.2 Setelah telur masak, sejukkan dahulu telur itu. Saya sejukkan dengan rendamkan dengan air paip sahaja, sebab nak tunggu sejuk sendiri makan masa lagi heheheee.

5.3 Kupaskan kulit Telur tersebut dan asingkkannya.

5.4 Resepi kali ini, saya hanya menggunakan carrot/lobak merah. Ambil dalam 1" lepas tu cincang bagi halus lebih kurang lah. Anda boleh juga mencuba pelbagai variasi sayur i.e kacang panjang.

5.5 Ambilkan garfu dan pinggan flat. Letakkan Telur ke dalam pinggan dan mula lenyek (mash) Telur selama 3-4minit sehingga saiz lebih kurang saiz sekoi ler. Gunakan pinggan lebih mudah melenyek daripada menggunakan mangkuk.

5.6 Campurkan lobak tadi bersama dengan Telur lenyek. Haa..dah Siap pun untuk hidangan.

6 Untuk pertama kalinya hidangan soft food ini dihidangkan kepada budgie saya, dia macam takut2 lagi. Tapi bila dah petang sikit belasah juga makanan tu.

7. Perlu diingatkan supaya hidangan soft food yang dihidang bila kita bagi pagi, petang tu dah boleh bersihkan bekas makanan. Habis ke tak habis kita perlu bersihkannya segera.

8. Seperkara lagi, kulit telur yang telah diasingkan itu saya tumbuk biar jadi kecil pastu campurkan dengan oat dan bagi budgie. Hahahahaa..siap lagi satu hidangan yang penuh kalsium pula.

9. Jika anda ade teknik yang lain yang mungkin lebih baik, jangan malu segan untuk comment post ini untuk sharing knowledge. TQ.

10. Sekarang ni saya ade kat office. Balik nanti baru boleh upload gambar k.

.
Best regards,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...