Saturday, January 29, 2011

Additional Info : Nestbox Buah Kelapa (NBBK)

1. Posting kali ini adalah info mengenai NBBK yang tiada di dalam buku mana pun di atas muka bumi ini :).

2. Terima kasih kepada bro Muzaa kerana sudi berkongsi ilmu dan pengetahuan khususnya mengenai NBBK yang unik ini dan penjagaan budgie secara amnya.

3. Saya rasa terpanggil untuk merekodkan pengetahuan ini di dalam blog saya supaya dapat dimanfaatkan oleh peminat-peminat budgie.

4. Semoga kita berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada budg
ie kesayangan kita.

5. Berikut adalah info yang dipetik terus daripada CariForum; Layannzzzz..

6. Jika ader info lain/tambahan, saya akan tambah di post entry ini.

Tambahan Info.
1. 28.02.2011 *Debu Beras* ialah sama dengan Tepung Beras.

.

Best regards,

Thursday, January 6, 2011

DIY -'Nest Box' Buah Kelapa (NBBK)

Putri kecil ini tidak ketinggalan untuk menyokong projek DIY ayahnya :)


Keadaan lubang masuk NBBK yang ditebuk menggunakan pisau.


Pandangan sisi sebelah 'engsel'


Pandangan hadapan pintu masuk.

Pandangan sisi untuk bukaan 'maintainance' nanti.


1. Selamat Tahun Baru 2011 kepada pembaca dan pengunjung blog ini. Dalam diam kita dah masuk di tahun yang baru. Semoga kita dapat meningkatkan usaha dan prestasi kepada lebih baik dari tahun sebelum ini.

2. Sebagai pembuka entri tahun baru, saya ingin kongsikan kepada anda semua projek DIY terbaru saya iaitu 'Nest-Box' Buah Kelapa :) Idea asal ini dikongsi oleh bro Muzaa di Cariforum.

3. Idea penghasilan NBBK ini adalah penyesuaian atau penggabungan teknik tradisional dan moden. Apa yang dimaksudkan oleh saya ialah ciri2 yang ada pada NBBK ini adalah gabungan daripada sarang budgie yang diperbuat daripada kelapa/tempurung dan sarang budgie daripada kotak atau lebih dikenali dengan nama 'Nest-Box'.

4. Antara ciri-ciri unik tentang NBBK ini adalah seperti berikut;
4.1 Boleh buka NBBK ini seperti Nest-Box i.e ada engsel.
4.2 Mudah untuk membersihkan bedding bila perlu sebab boleh buka dengan mudah.
4.3 Bahagian dalam yang luas, ini dapat meningkatkan peratus survival anak-anak budgie.
4.4 Permukaan lantai yang original curve, macam dalam tempurung tu. Ini memberikan kelebihan kepada budgie apabila mengeram telurnya.
4.5 Lantai sarang yang 'tersedia beddingnya' tak perlu nak letak habuk kayu lagi.
4.6 Lantai sarang yang mampat ini juga membantu tumbesaran anak budgie daripada terkangkang' kakinya.
4.7 Budgie sejenis burung yang suka chews, boleh leer chew sabut kelapa sebanyaknya :)
4.8 Boleh check status telur dengan mudah, jika dalam tempurung kan susah. Tak Gituu?

5. Bagaimana cara membuatnya??
5.1 Sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti buah kelapa tua, gergaji, pisau tajam, dahan/kayu, cangkuk skru, pen marker permanent dan juga cable tie.
5.2 Belah kepada 2 bahagian kelapa itu dengan menggunakan gergaji.
5.3 Buangkan tempurung yang ada di kedua-dua bahagian kelapa yang dibelah tadi.
5.4 Tentukan bahagian mana yang akan jadi bahagian bawah NBBK. Se-eloknya pilih bahagian yang bawah luas permukaannya.
5.5 Ambil pisau untuk membuat lubang untuk budgie mengikut selera anda. Lubang yang sesuai berukuran Diameter 5cm - 6cm.
5.6 Luaskan permukaan dalam kelapa itu dengan memotong sabut-sabut didalamnya mengikut kesesuaian. Langkah ini perlu dilakukan dengan berhati-hati agar bedding nanti tidak jadi terlalu nipis.
5.7 Buat trial-fit, cantumkan kedua-dua kelapa yang dibelah tadi. Jika rasa dah ngam, lubang pun dah ok kita teruskan langkah selanjutnya.
5.8 Tandakan bahagian yang hendak dibuat engsel sebanyak 4 lubang kecil di bahagian tepi NBBK. 2 lubang dibahagian atas dan 2 lubang lagi dibahagian bawah.
5.9 Buat lubang kecil ke tempat yang telah ditandakan tadi menggunakan paku atau benda tajam. Masukkan 2 cable tie dan ikat kedua-dua bahagian.
5.10 Sebelah bahagian NBBK lagi saya menggunakan skru dan diikat dengan cable tie. Sila lihat gambar di atas. "Gambar akan diupdatekan yerrr :) "
5.11 Bahagian bawah sama juga ditebuk kecil dan ikat kayu untuk budgie bertenggek di lubang masuk NBBK. Sila lihat gambar di atas.
5.12 Ikat cangkuk skru ditengah-tengah bahagian atas.

6. Haaa..dah siap pun hehehhee..Mudah dan Menarik kan..JOm CuBA Anda Buat!!

7. Buat lah ikut kreativiti anda asalkan konsep NBBK dikekalkan.

8. Sila beri komen/pertanyaan dan cadangan (jika ada).

. Best regards,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...