Monday, August 16, 2010

Home » » The BENEFITS of DIY -Fruit's Enzyme

The BENEFITS of DIY -Fruit's Enzyme

1. Seseorang telah mengesyorkan sesuatu yang bernas untuk dikongsikan bersama iaitu faedah-faedah yang boleh kita dapat daripada pembuatan fruit's enzyme.

2. Posting kali ini saya merujuk juga kepada informasi yang diberikan oleh Ms Sandrasen, tetapi saya cuma menterjemahkan ke dalam bahasa melayu agar lebih mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

3. Faedah-faedah enzim buah-buahan untuk rumah;
a) Jimat duit: Menukarkan bahan buangan dapur i.e buah-buahan dan sayuran kepada DIY pembersih rumah semulajadi (organic).

b) Pelbagai guna: Pembersih rumah semulajadi, pembersih udara, serangga, pelarut, penjagaan tubuh badan, baja organic dsb.

c) Mengurangkan pencemaran: Gas Methana dibebaskan ke udara daripada sampah yang terperangkap 21 kali ganda lebih panas daripada CO2 (Karbon Dioksida) memburukan lagi keadaan pemanasan global.

d) Pembersih udara: Menghilangkan bau, Melarutkan udara toksik daripada asap rokok, ekzos kereta, bahan buangan kimia daripada produk rumah, dsb.

e) Pembersih air bawah tanah: Enzim yang mengalir ke bawah tanah akan membersihkan sungai dan laut.

d) Pembunuh serangga, kuman yang semulajadi: Mengurangkan nyamuk, lalat, tikus ataupun lipas, dsb.

e) Anti-Bakteria dan Virus: Antiseptik semulajadi untuk rumah i.e menghapuskan kuman dan bacteria.

f) Mengelakkan paip tersumbat: Membebaskan bahan buangan yang terkumpul di dalam paip sinki ataupun lubang tandas.

4. Gunakan sepenuhnya enzim buah-buahan seperti berikut;
a) Digunakan semula untuk pembuatan berikutnya dengan menambah dan buah-buahan atau sayuran segar.

b) Gunakan sebagai baja dengan mengeringkan bahan buangan enzim, campurkannya dan tanam ke dalam tanah.

c) Potong bahan buangan kepada bahagian yang lebih kecil, tuangkan ke dalam mangkuk tandas, tambah sedikit gula merah dan siram ‘flush’ tandas tadi untuk membersihkan takungan najis.

5. Jika kamu tidak dapat buah-buahan atau sayuran buangan yang cukup, kamu boleh mengisi botol itu secara berperingkat. Proses fermentasi 3 bulan itu bermula pada hari yang terakhir kamu letakkan bahan buangan itu.

6. Enzim ini paling baik adalah selepas 6 bulan melalui proses fermentasi. Lagi lama masa diambil lebih baik enzimnya. Enzim buah-buahan ini tidak akan musnah selamanya. Jangan simpan di dalam peti ais.

7. Berikut adalah carta penggunaan fruit's enzyme ini untuk rujukan.
Nota: - 1CC = 1ml = 0.001Liter

Best regards,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...