Showing posts with label My Lovely Budgies. Show all posts
Showing posts with label My Lovely Budgies. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Pengalaman 'Berharga' Memelihara Budgie +_+

Inilah budgie kesayangan yang terkorban 
Kebanyakannya ialah induk blue series...
1. Tanggal 18 November 2012 merupakan hari yang paling memberikan dugaan kerana pada hari itu Budgie saya di dalam aviary diserang oleh Lebah. Berat mata memandang berat lagi hati yang melihatnya huhuhuuu...

2. Ini merupakan pengalaman paling 'Berharga' kerana sepanjang lebih kurang 2 tahun lebih memelihara budgie inilah pertama kali berlakunya serangan lebah yang tidak diduga.

3. Pada hari minggu tersebut, seperti kebiasaan rutin harian membuka sliding door rumah dengan rasa sangat terkejut dan hiba melihatkan banyak budgieku telah bergelimpangan terdampar di lantai aviary.

4. Sangkaan pertama yang terlintas di minda adakah semua ini akibat keracunan makanan atau minuman? Ternyata sangkaan saya meleset sekali sebabnya amatlah jelas kematian budgie2ku adalah disebabkan serangan Lebah yang mula bersarang di salah sebuah nestbox.

5. Tanpa membuang masa saya terus menelefon sahabat pemburungan meminta idea dan pandangan bagaimana solusinya untuk menghalau Lebah itu. Antara idea yang menarik ialah meletakkan belacan atau ikan kering di kawasan kawanan Lebah. Ada juga yang menyarankan menggunakan asap atau racun serangga lain. Yang paling tak tahan disuruhnya sya membela kawanan lebah tersebut untuk mendapatkan madunya.

6. Dengan perasaan yang bercampur baur, saya nekad untuk menggunakan spray serangga dan akhirnya hanya sebahagian kawanan Lebah yang dapat ditumpaskan. Pada masa yang sama, saya berdoa agar kawanan Lebah ini dapat di'alih'kan ke kawasan yang lain.

7. Jumlah kematian budgie direkodkan kali ini yang tertinggi iaitu 19 ekor dalam sekelip mata. Semuanya telah selamat saya tanam di laman rumah tanda kasih sayang dan terima kasih kerana menemani saya sekeluarga.

8. Akhir kata, saya redha dengan pemergian budgie-budgie saya kerana ia adalah perkara yang telah ditentukan oleh-Nya. Saya tidak akan berputus asa dalam dunia Parakeet ini kerana ini adalah hanya sedikit dugaan dari-Nya dan pengalaman 'berharga' supaya kita lebih menghargai sesuatu yang masih dipunyai :-)


Best regards,

Thursday, January 12, 2012

Induk Budgie For Sale!! -Swap with LB :-)






Salam kepada pelayar blog;
1. Parrot kecil ini mungkin relevan kepada peminat burung nuri, love bird dan cockatiel.
Saya ada 2 hingga 3 pasang induk budgie yang aktif untuk dijual.

2. Sebab jual kerana saya ingin fokus kepada LoveBird pula.

3. Ada induk yang sedang mating dan mahu bertelur lagi dan ada pula baru sahaja bertelur semula. Anda boleh datang untuk melihatnya sendiri.
Jika anda datang dan memilih induk yang sudah bertelur, ambil lah sekali dengan telur dan
tempurung/NBBK nya :)

4. Tetapi jika telurnya sudah menetaskan baby, harap maaf saya terpaksa simpan dahulu demi kebajikan baby budgie ini.

Harga: RM 150/pair
Contact/sms: 012-3634417

Nota:
1. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mendapat hasil pertama, hampir setahun juga menunggu budgie muda menjadi matang dan mula membiak.
2. Rebutlah peluang yang sedia ada untuk memupuk hobi dan minat anda terhadap parakeet budgie ini heheee..
3. Buyer datang, lihat dan beli...maaf, tiada penghantaran ke luar kawasan Pasir Gudang, Johor Bahru.
Best regards,

Sunday, December 18, 2011

Handfeed Budgie :)

(a) Baru lepas makan

(b) Bulu dah mula gebu, cuma kaki sikit lagi untuk bersih sepenuhnya

1. Salam hari minggu pelayar blogku sekalian. Dua tiga hari lepas secara tidak sengaja menghandfeed budgie.

2. Sebenarnya saya tidak plan pun untuk berbuat demikian. Maklumlah jika LB tu paruhnya besar sedikit jadi mudah la juga tambahan pula masih tiada pengalaman handfeed budgie ni.

3. Sudah ditakdirkan agaknya untuk merasai pengalaman handfeed budgie, maka saya teruskan juga la. Ceritanya bermula apabila saya melihat ada seekor anak budgie yang telah ditendang keluar dari sangkarnya.

4. Kasihan pula takut jika dibiarkan nanti mati kebuluran pula. Saya pun ambil sekor lagi anak budgie kemungkinan adiknya yang masih belum tumbuh bulu pelepah sepenuhnya.

5. Seperti dijangkakan, agak sukar menghandfeed budgie ini kerana paruhnya yang kecil. Terpaksa menggunakan teknik 'force feeding' bagi mengelakkannya kelaparan.

6. Hmmm..akhirnya saya terpaksa mengalah juga, terpaksa letakkan budgie yang first tadi di dalam cage bersama budgie muda yang lain supaya dia boleh belajar makan sendiri. Alhamdulillah, dia boleh survive.

7. Anyway saya teruskan juga handfeed yang sekor ni. Isteri saya yang berikan nama 'Mel'..singkatan daripada Comel hehehee..

8. Gambar yang akan diupload nanti ialah Mel, jantina belum pasti lagi. Saya memang handfeed menggunakan Kaytee. Memang Terbaik. Sekarang handfeed Mel lebih mudah kerana dia pun dah biasa dengan Kaytee, bila lapar jer memang berbunyi minta dihandfeed hehehee..

**New Updates**
- Mel telah ditemui keras tidak bernyawa subuh pagi 21.12.2011. Tak ada rezeki lagi la nak layan budgie jinak. Mungkin punca kematian kerana cuaca sekarang yg sejuk. Best regards,

Friday, August 26, 2011

Second Batch - Anak Budgie Keluar Sarang

1. Salam penghujung Ramadhan saya ucapkan kepada rakan-rakan forum, bloggers, FB dan pelayar budgie4u.blogspot.com ini.

2. Agak lama blog saya ini tiada post baru sebab tiada bahan cerita yang menarik untuk dikongsikan. Tetapi, pada hari ini saya ingin merekodkan Second Batch -Anak Budgie yang telah keluar dari sarangnya 2 hari lepas.

3. Buat masa ini baru seekor sahaja yang berjaya keluar sarang, tinggal lagi 2 ekor hanya menunggu hari jer tu.

4. Alhamdulillah, batch kali ini yang survive ialah sebanyak 3 ekor semuanya. Batch yang pertama dahulu hanya 2 ekor sahaja yang menjadi.

5. Eloklah kiranya saya mengimbas kembali performance induk ini yang telah berjaya membesarkan anak-anaknya dengan cemerlang.
Induk: Betina putih pied biru dan jantannya biru (Bertelur dalam NBBK) -First baby 25.05.11, 2nd baby 28.05.2011 (Nampaknya pair ini hanya jadi 2 baby sahaja, Alhamdulillah)

6. Maka masa yang diambil sehingga batch ke-2 ini keluar sarang hanya lebih kurang 14 minggu sahaja :) Ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan. Kesimpulannya budgie ini semakin laju membiaknya sehingga purata 1 batch untuk setiap 2 bulan.

7. Melalui pemerhatian saya, jika boleh budgie ini dilimitkan untuk menjaga 3-4 ekor anak bagi setiap induk bagi menjamin tumbesaran anak-anak yang lebih sempurna dan menjamin kesihatan induk itu sendiri. Jika kuantiti anak itu lebih sedikit lagi bagus kerana anak pun tidak perlu terlalu bersaing untuk mendapatkan makanan. Induk pula tidak terlalu kurus / kehabisan banyak tenaga menjaga anak-anaknya.

8. Kegembiraan menyambut anak-anak budgie ini seiring dengan sambutan hari raya yang akan disambut oleh kita pada minggu hadapan.

9. Semoga kita membekalkan makanan dan minuman yang cukup kepada budgie, LB, tiels dan haiwan kesayangan yang lain sebelum kita pulang ke kampung berhari raya.

10. Gambar berikut ialah Induk Jantan yang setia menanti di depan NBBK! :)


Best regards,

Monday, June 20, 2011

Updates Anak Budgie

1. Alhamdulillah, batch pertama bagi semua ibu-ibu budgie telah menghasilkan anak 9 ekor yang telah menetas dan survive.

2. Dengan rasa sukacitanya saya ingin update anak budgie mengikut pair seperti di dalam post yang lepas. Sila klik DI SINI untuk melihat gambar ibu atau bapa kepada anak-anak budgie ini hehehee.

a) Pair no.1: Parents Betina biru dan jantannya hijau (Bertelur dalam NBBK)
- Pair ini menjaga dengan baik anak mereka sendiri 1 ekor dan anak angkat daripada Pair no.3 sebanyak 1 ekor. Anak yang besar sedikit itu ialah anak kandung mereka.
Nampaknya percubaan saya menumpangkan anak budgie ini kepada ibu yang lain buat PERTAMA kali ini telah berjaya :) . Pastikan masa kita tumpangkan anak budgie ini masih belum tumbuh bulu.
- Umur: Lebih kurang 16 hari.

b) Pair no.2: Parents Betina putih pied biru dan jantannya biru (Bertelur dalam NBBK)
- Pair ini juga cemerlang menjaga anak mereka sebanyak 2 ekor. Bapanya saya lihat amat rajin mendapatkan makanan sebab selalu nampak comot dibahagian paruhnya. Ibunya pula memberikan penjagaan yang rapi supaya anak-anak budgie sentiasa dalam keadaan yang kenyang.
- Umur: Lebih kurang 24 hari.

























c) Pair no.3: Parents Betina biru dan jantannya biru (Bertelur dalam NBBK)
- Dalam banyak-banyak 4 pair yang menjadi musim ini, pair ini telah memberikan persembahan yang paling memberangsangkan. Sebanyak 4 ekor anak telah berjaya menetas, walaubagaimanapun anak bongsu yang ke-empat terpaksa saya tumpangkan ke pair no. 1 untuk menjamin survival anak budgie itu sendiri. Alhamdulillah percubaan tersebut telah berjaya. Semoga pair ini dapat mengekalkan kesihatan mereka supaya dapat lebih produktif masa masa akan datang.
- Umur: Lebih kurang 18 hari.

















d) Pair no.4: Parents Betina putih mata merah albino dan jantannya pied kuning (Bertelur dalam tempurung)
- Pair ini telah berjaya menetaskan 2 ekor anak budgie. Saya ingatkan boleh dapat anak budgie mata merah, nampaknya kedua-duanya mata hitam. Dari segi warna ikut keturunan bapanya lah yang berwarna kuning/hijau. Ibu bapa ini juga kelihatan amat rajin untuk menyuapkan makanan kepada anak-anak mereka.
- Umur: Lebih kurang 24 hari.














3. Apa yang penting perlu dilakukan semasa anak-anak budgie ini menetas ialah memberikan makanan tanpa putus kepada ibubapanya. Setiap hari saya akan memberikan roti dan juga jagung segar supaya anak-anak budgie mendapat khasiat protien yang secukupnya.

4. Terima kasih kepada induk-induk budgieku kerana telah menetaskan anak-anak budgie yang Comel Belaka hehehehee...

*Nota:
1. Gambar akan diupdatekan kemudian :) sabar ye saudara-saudara sekalian..
Best regards,

Saturday, June 11, 2011

Percubaan Pertama; Anak Budgie Tumpang

1. Salam malam minggu rakan-rakan sekalian. Post pada kali ini ialah coretan tentang pengalaman saya yang pertama menumpangkan baby budgie kepada induk budgie yang lain.

2. Sebelum ini melalui pembacaan daripada forum-forum, ramai otai-otai budgie berkongsi pengalaman mereka mengenai ibu tumpang ini. Ini sememangnya terpaksa dilakukan untuk menjamin survival baby budgie itu sendiri.

3. Antara syarat-syarat ataupun kriteria yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk menumpangkan baby budgie adalah seperti berikut;
a) Ibu budgie yang ingin ditumpang itu mestilah mempunyai baby yang seakan sama besar atau sebaya.
b) Dilarang sama sekali untuk menumpangkan kepada induk yang sedang bertelur.
c) Kelihatan baby budgie yang ke-empat ini terlalu kecil untuk bersaing dengan adik beradik lain untuk mendapat makanan daripada ibu mereka, maka bolehla dipertimbangkan untuk menumpang ke ibu budgie yang mempunyai baby yang setara besarnya.

4. Ini adalah percubaan saya yang pertama, semoga baby tumpang ini dapat belaian kasih sayang yang sewajarnya daripada keluarganya yang baru.

5. Saya akan update kemudian jika percubaan ini benar-benar berjaya atau sebaliknya.

6. Saya amat berbesar hati jika ada dikalangan pelawat blog ini ingin berkongsi pengalaman mereka. Bolehla cerita sikit di ruangan Comment di bawah. Best regards,

Thursday, May 19, 2011

Musim Budgie Membiak!! :-)

1. Nampaknya kawanan budgies saya ni semakin galak bertelur, Alhamdulillah. Sejak pair yang pertama menghasilkan 3 ekor anak untuk first batch, nampak gayanya kawan2 yang lain pun memang tak boleh tahan dengan rangsangan breeding mood ini.

2. Sementara tengah rajin nak rekod ni eloklah saya catitkan sebelum nanti tak terrekod hehehee..

3. Keadaan semasa sekarang 4 pair budgies yang sudah mula bertelur dan mula mengeram seperti berikut;
a) Pair no.1: Betina biru dan jantannya hijau (Bertelur dalam NBBK) -First baby 5.06.11. Baby keEmpat daripada pair no.3 ditumpangkan di sini. Semoga pair ini dapat menerima dengan baik.

b) Pair no.2: Betina putih pied biru dan jantannya biru (Bertelur dalam NBBK) -First baby 25.05.11, 2nd baby 28.05.2011 (Nampaknya pair ini hanya jadi 2 baby sahaja, Alhamdulillah)


c) Pair no.3: Betina biru dan jantannya biru (Bertelur dalam NBBK) -1st baby 2.06.2011,
2nd baby 4.06.2011, 3rd baby 8.06.2011
, 4th baby 10.06.2011. Oleh kerana baby yang keempat terlalu kecil, maka saya tumpangkan babynya kepada pair no.1 yang ada satu baby jer buat masa ini.

d) Pair no.4: Betina putih albino dan jantannya pied kuning (Bertelur dalam tempurung) -First baby 26.05.11, Second baby 28.05.2011 (Nampaknya pair ini hanya jadi 2 baby sahaja masing2 warna putih dan kuning, Alhamdulillah)


4. Berdasarkan data di atas, kesimpulannya budgies ini lebih cenderung memilih NBBK sebagai pilihan pertama, tempurung pilihan kedua untuk bertelur. Nestbox mungkin jadi pilihan terakhirnya.

5. Nasib baik ada NBBK kerana keluasan dalamannya adalah lebih besar jika dibandingkan dengan tempurung. Mudah untuk monitor dan maintenance sama seperti Nestbox.

6. Selepas ini mungkin saya boleh rekodkan pula yang mana satu mempunyai ratio atau peratusan survival yang tinggi anak2 budgie sehingga ia keluar sarang. Sama-sama kita nantikan yer hehehee...

Note:
1. Bila ade sedikit masa nanti saya akan snap gambar pair2 yang berjaya bertelur untuk buat pertama kalinya :)
Ok. Dah upload cuma tertinggal gambar pair no.4 jer TQ.

Best regards,

Sunday, April 17, 2011

Updates Anak Budgie








1. Umur anak budgie ni pun lebih kurang hampir satu bulan. Kelihatan anak yang sulong bulu pelepah pun agak penuh, warna biru laut hehehee..

2. Itu yang seronoknya jika dapat breed budgie ini kerana walaupun parentsnya warna ungu, anaknya tidak semestinya warna ungu juga. Mungkin ikut gen atuk nenek moyang diaorang kan. Batch pertama ini 3 ekor, satu warna biru laut dan yang dua ekor lagi tidak dapat dipastikan kerana bulu pelepah belum pecah lagi.


3. Sebenarnya, saya mmg meminati budgie berwarna biru atau yang menghampiri biru macam ungu. Itu pasal ler dalam kleksi saya ini lebih kepada warna biru.

4. Sekarang rasa tak kisah warna apa pun, janji budgies sume sihat dan cergas dah kira syukur.

5. Gambar memang dah snap, tak sempat jer nak upload pagi-pagi minggu ni :)

6. Dapat snap pun sekor tu jer yang duk kuarkan kepala daripada Nest-Box Buah Kelapa (NBBK) minta makan daripada ibunya. Ada masa nanti nak snap gambar ketiga-tiga baby budgie tersebut.

7. Ibunya ini mmg jenis protective, bila nak buka jer NBBK tu dia pun sama sibuk juga masuk dalam temankan anak-anaknya. Itu yang buat saya tak sampai hati nak ganggu diaorang ni. Just snap gambar bahagian luar jer.

8. Apabila dah buka NBBK tu untuk snap gambar ketiga-tiga baby, baru perasan 2 ekor tu warna biru laut. Maka tinggal yang bongsu jer lagi tidak dapat dipastikan warna apa.

9. Buat masa ini saya tidak dapat memastikan jantina baby2 ni sebab masih umurnya 1 bulan, lagipun saya belum expert lagi nak tentukan jantinanya masa baby nih.

10. Jika ada otai-otai pengunjung blog ini yang berpengalaman, sudilah kirannya memberikan pendapat anda mengenai jantinanya di ruangan komen.

11. Terima kasih kerana melayari blog ini!! :-)

*Update sikit; 2 ekor anak budgie yang pertama berwarna biru laut telah keluar dari NBBKnya pada lebih kurang 20.04.2011. Manakala adiknya yang bongsu berwarna kelabu lembut teah juga keluar dari NBBK nya pada 26.04.2011.

Note:
1. Gambar akan diupdatekan kemudian..mcm biasalah hehehee..
-OK dah di-updatekan :)

Best regards,

Wednesday, March 23, 2011

My First Baby's Budgie :-)


Kelihatan 2 ekor older brothers + 1 ekor younger brother baru jer netas :)


3 ekor baby baudgie yg chomei lotei!!


Ini pula gambar ibunya yg sgt rajin




Parents yang menyayangi anak-anaknya, Well Done!

1. Setelah menunggu sekian lama, akhirnya dapat juga hasil baby Budgie Malaysia, Alhamdulillah. Saya sangat gembira dengan kehadiran ‘orang baru’ ini.

2. Sebenarnya, saya baru sahaja pulang bercuti dari kampung semalam. Bila perhatikan macam sepasang budgie ni macam sibuk jer kuar masuk nest. Pastu macam dengar tak dengar jer kicauan anak budgie. Hati saya pun berdetik, agaknya dah menetas ni.

3. Untuk mendapat kepastian saya pun check NBBK tersebut. Ternyata, ada dua ekor baby budgie yang chomei lotei bergerak-gerak heheheee. Memang happy sebab inilah hasil pertama setelah sekian lama tunggu.

4. Saya menganggarkan umur baby tersebut dalam 3-4 hari berdasarkan saya bercuti pun dalam 6 hari (termasuk Sabtu & Ahad yer). Nasib baik saya dah bekalkan jagung mentah dan sekoi yang mencukupi.

5. Parents baby ini ialah daripada baka Pantai Timur Malaysia. Parentsnya pernah saya post beberapa bulan dahulu kerana bertelur di luar aviary. Sila klik untuk lihat posting tersebut.

6. Saya berharap adik-adik baby ini juga akan menetas dengan harapan dapat membesar/survival yg tinggi.

7. Tidak sangka NBBK rekaan bro Muzaa menjadi pilihan kepada budgie saya kali ini heheee…terima kasih kerana idea dan ilmu bro yang dikongsikan bersama.

8. Terima kasih juga kepada Malaysian Bird Forum (MBF) kerana menjadi platform ilmu yang sangat bermanfaat untuk memelihara budgie. MBF juga telah menemukan saya secara face to face dengan otai-otai yang pemurah ilmu i.e bro eddie,glider dan juga otai-otai di alam maya (Internet).

9. Semoga kehadiran baby ini akan memberikan semangat kepada kawanan budgies yang lain termasuk sepasang Tiels & LB untuk mendapat baka yang terbaik dari ladang, InsyaAllah.

10. Terima kasih jika anda sudi meluangkan sedikit masa untuk memberikan pandangan dan cadangan di ruangan komen. Jika komen di bahagian shout-mix boleh juga, cuma tidak dapat direkodkan untuk pengetahuan member2 yang lain.

p/s: Gambar akan di-updatekan kemudian yerr..semalam dah petang tak sempat nak snap. (Dah di update yer)


Best regards,

Sunday, December 26, 2010

Budgieku telah bertelur :)








1. Alhamdulillah, setelah lama menunggu saat-saat begini akhirnya termakbul juga harapan dan doa apabila budgie saya telah bertelur sebiji hari ini.

2. Saya ingin merekodkan tarikh telur yang pertama ini kerana ia merupakan sejarah dalam koleksi budgie saya. Maka tarikh 24 Disember 2010 perlu di rekodkan dalam sebahagian lipatan sejarah pemeliharaan budgies.

3. Semoga peristiwa hari ini menjadi pemangkin kepada budgies2 saya yang lain supaya bertelur dengan banyak :) dan dapat menetaskan telur2 dengan jayanya dan menjaga anak2 budgie sehingga dewasa.

4. Memang terdapat pelbagai cabaran memelihara budgie ini, itu mmg tidak dinafikan. Mereka boleh membuangkan telur, tak pandai jaga anak, abaikan telur dan sebagainya.

5. Hari ini adalah langkah yang pertama untuk pergi lebih jauh. Saya amat berharap dapat breed budgie sebanyak yang mungkin seperti mana masa lampau saya membiakkan burung merpati yang banyak kuantitinya.

6. Saya akui tidak dapat menahan hati dari menulis sesuatu tentang peristiwa hari ini kerana berasa gembira. Akhirnya budgie saya bertelur juga. Mungkin saudara akan berkata, alah baru telur sebiji dah riuh sekampung heheheheee..Maaf, saya tidak dapat membantu hehehee..

7. Pasangan ini adalah gandingan jantan warna biru dan betina warna ungu. Jantan daripada baka Johor Bahru amanakala betina adalah baka Kelantan. Keduanya adalah budgie Malaysia.

8. Apa yang menarik tentang entry kali ini, budgie betina telah bertelur bukan di dalam tempurung kelapa mahupun nestbox yang disediakan. Ia bertelur di sudut luar aviary ini!!
Cuba perhatikan gambar di atas yang sempat dirakamkan sebelum camera kehabisan bateri hehehhe..(gambar akan di-updatekan kemudian).

9. Bila ade kelapangan nanti, saya akan post lagi gambar2 untuk tatapan anda semua.

10. Beradasarkan BREEDING CHART post yang lepas, telur ini dijangkakan akan menetas pada 11 Januari 2007.

11. Oklah, Thanks for your time.



Best regards,

Thursday, December 23, 2010

Pasangan Budgie (Lovely Budgies)

Pasangan No.1
Jantan Putih Biru Pied + Betina Mauve
(Sila betulkan saya jika mutationnya silap, Tq)

1. Salam Akhir Tahun 2010 kepada pembaca yang setia melawat blog budgie4u ini.

2. Terima kasih diucapkan kerana memberi sokongan sama-ada secara langsung atau tidak langsung kepada saya untuk sama-sama berkongsi maklumat tentang burung budgie secara khususnya.

3. Entry kali ini hanya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian gambar terkini koleksi budgie saya yang sebahagiannya telah mendapat pasangan masing-masing.

4. Cuma pada masa ini hanya dapat close-up gambar untuk 2 pasang budgies yang sedang hangat dilamun Cinta hehehee.

5. Bukan sekadar itu sahaja, 2 pasangan ini juga saya fikir dalam peringkat awal breeding mode kerana 'cere' pada budgie betina sudah mula menunjukkan perubahan daripada warna putih kepada warna coklat.

6. Pasangan No.1 ini ialah baka dari Budgie Malaysia Kelantan. Umur pasangan ini sekarang adalah lebih kurang 4 bulan. Buat masa ini si Betina buat2 sibuk dengan keluar masuk tempurung kelapa yang berlainan, mungkin hendak mencari yang terbaik agaknya bila nak bertelur kot?


Pasangan No.2
Jantan Kuning Pied + Betina Putih Albino
(Sila betulkan saya jika mutationnya silap, Tq)

7. Pasangan no. 2 ini ialah baka Budgie Malaysia Jantan daripada seorang breeder di Melaka dan Betina di Johor Bahru.

8. Umur yang Jantan ini lebih kurang 10 bulan manakala yang betina pula tiada rekod tentang umurnya.

9. Pasangan ini juga saya fikir berada di kondisi breeding mode. Betina juga sibuk checking tempurung kelapa tetapi masih lagi belum bertelur.

10. Saya berharap breeding program kali ini akan berjaya dan tiada lagi MIA (Missing In Action) kepada Budgie Betina yang sedang dalam breeding mood.

11. Jika ada cadangan ttg makanan yang terbaik semasa breeding mode ini, sila beri komen anda.

12. Saya akan update entry ini bila dapat lagi snap gambar pasangan budgies yang lain, faham ajer la budgie ni bukan boleh duduk diam-diam heheheee.

. Best regards,

Tuesday, October 12, 2010

New Collections from Budgie Breeder in Malaysia Part-II

1. Alhamdulillah, malam tadi saya pergi ambil 4 pasang budgies di Taman Munshi Ibrahim, Skudai JB lebih kurang jam 9.00pm ++.

2. Apabila pulang sahaja ke rumah, terus masukkan semua budgies itu ke dalam aviary saya lebih kurang hampir jam 11.00pm.


3. Saya sangat berpuas hati kerana budgies semua hidup dan sihat walaupun nampak keletihan kerana perjalanan yang jauh. Saya rasa mereka akan cergas semula dalam sehari dua ini.


4. ‘Sahabat’ yang mengaturkan segalanya amat prihatin terhadap kebajikan budgies yang dibeli daripadanya. Beliau telah membuat satu packing menggunakan kotak bagi saya amat kemas dan menjamin budgie mendapat air dan makanan semasa perjalanan.


5. Tidak keterlaluan jika saya katakana cara packing beliau bagi saya amat baik dan mudah untuk dibawa.


6. Gambar belum lagi sempat diambil, nengoklah bila ade sedikit kelapangan saya akan snap gambar2 budgies tersebut.


7. Post ini dilakukan in advance hanya bertujuan merekodkan ketibaan koleksi-koleksi budgie terbaru baka dari Pantai Timur.



Best regards,

Friday, October 8, 2010

New Collections from Budgie Breeder in Malaysia Part-I





1. Gambar di atas adalah gambar budgie yang bakal memeriahkan lagi aviary saya di Selatan Tanahair.

2. Budgie2 yang cantik itu (pada pendapat saya la kan) ketika ini masih di sana, dipilih daripada breeder yang berasingan di Pantai Timur, Malaysia.

3. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'Sahabat' saya di sana kerana sanggup membantu mencapai hajat saya untuk memiliki budgie baka Pantai Timur. Walaupun usia perkenalan kami amat singkat, hanya di *alam maya tetapi minat terhadap budgie ini telah menjalinkan ukhuwah persaudaraan dan persahabatan yang menggalakkan.
*alam maya -diForum2 laman web di internet.

4. Walaubagaimanapun, beliau masih belum bersedia lagi untuk mendedahkan identiti beliau hehehe..jeng..jeng..jeng!!

5. Usaha tangga kejayaan. Itulah yang saya lakukan untuk mendapatkan koleksi budgie terbaru. Antara sebabnya hendak menggantikan budgie betina yang menghilangkan diri. Oleh kerana breeder-breeder budgie di bahagian Selatan Tanahair ni kehabisan stok, maka saya terus berusaha mencari breeder di Utara, Ibunegara, dan akhirnya ke Pantai Timur Malaysia. Alhamdulillah.

6. Ini adalah pertama kali budgie yang saya beli "di-import" dari luar negeri Johor&Melaka. Semoga perjalanan yang jauh itu tidak memberi kemudharatan kepada budgie-budgie itu nanti.

7. Saya amat berharap budgie2 itu nanti happy dan berasa selamat berada di aviary saya nanti. Mudah-mudahan cepat membiak dan saya dapat mempromosikan budgie ini sebagai pet pilihan di rumah :) Best regards,

Monday, May 17, 2010

Two (02) Pied i.e Blue White & Yellow Died

1. Sedih rasanya nak post tentang kematian 2 ekor pied saya ini. Tetapi ini harus dilakukan untuk rekod pada masa hadapan dan pengajaran yang boleh dikongsikan bersama.

2. Semalam pada hari Ahad 16 Mei 2010 apabila pulang ke rumah dari bercuti ke kampung, sememangnya terkejut apabila melihatkan keadaan 2 ekor budgie saya tidak bernyawa lagi.

3. Pied Biru Putih itu mati sebab lehernya terjerut dengan tali hitam net yang biasa digunakan untuk mengurangkan cahaya masuk. Sebelum ini saya ada postkan bagaimana seekor pied kuning hampir maut disebabkan tali tersebut. Tetapi kali ini tidak dapat diselamatkan kerana saya pulang ke kampung.

4. Pied kuning pula tidak diketahui sebabnya, tetapi saya mengesyaki ianya di cakar/sambar kucing. Saya ni dah lama bersabar dengan kucing ni, kalau diikutkan hati memang nak membalas jer perbuatan kucing2 ni. Tetapi kucing kan haiwan, memang takder akal fikiran, ikutkan nafsu sahaja. Oleh itu saya bersabar jer lah. Mungkin boleh usaha dengan cara lain.

5. Kesimpulannya, jika net hitam tu dah berjurai2 baiklah dipotong kemas supaya budgie anda tidak terlalu khusyuk chew sehingga menjerat diri. Berhati hatilah dengan sang kucing walaupun kucing ni tunjukkan muka yang cute.

6. Gambar memang sengaja tidak dipostkan sebab tak sanggup ler nak lihat. Best regards,

Thursday, April 15, 2010

One (01) Yellow Pied Hampir Menemui maut

1. Sebelum pergi kerja, seperti biasalah saya akan melihat sangkar burung budgie ni dulu. Semalam pada 14th April 2010, seekor budgie yellow pied saya terjerut lehernya di *net hitam.
*net hitam (biasanya boleh dibeli daripada nursery atau di kedai2 hardware; net ini juga untuk mengurangkan cahaya masuk) saya dah lupa lah apa nama net ini.

2. Pada mulanya memanglah tak perasan, ingatkan budgie ni tengah chew net tu. Sekali lagi pandang betul-betul dan dekat-dekat, memang confirm lehernya terjerut dengan net itu tadi.

3. Dengan kadar sepantas mungkin, saya pun berlari ke dapur cari gunting dan selepas itu menggunting net hitam yang menjerut leher tadi. Cere budgie tadi pun dah biru semacam, sesak nafas kot. Kalaulah tak perasan tadi, mesti dah k.o nyer lah.

4. Selepas jerutan itu dilepaskan, barulah budgie itu rasa lega. Tapi memang nampak lemah lagi lah. Macam manapun, saya terus pergi kerja dengan harapan budgie itu akan survive.

5. Selepas pulang dari kerja, alhamdulillah sebab budgie itu semakin beransur pulih. Tak nampak pun ia nak chew lagi hehheheee..dah tobatlah kot.

6. Lesson Learn, jika ada net yang telah berjuntai akibat digigit oleh budgie anda, secepatnya potong bahagian itu. Dikhuatiri akan terjerut leher budgie secara tidak sengaja. Best regards,

Sunday, March 21, 2010

Simple Cage for My Budgie





alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5450952436763833042" />

Barulah dapat ambil gambar budgie2 kesayangan hehehheeee...sebelum ni sibuk sikit, biasalah kita ni makan gaji aje kan. Walaupun duduk dalam cage yang kecil, budgie2 ni masih tak berapa nak jinak. Setiap kali datang mesti bertempiaran terbang.

Rasanya nak kena spend lebih masa sikit kot. Bukan apa, bila budgie nie mula bersiul menarik perhatian kucing pula. Sekarang ni dah kurang 'attack' dari kucing2 jiran.
Masa awal2 sampai, setiap hari mesti kena ambush ngan en. kucing nih. Tak kira siang atau malam.

Future plan nak buat aviary pulak kalau budget dah cukup nanti. Apa2 pun saya mengharapkn budgie 2 pasang ni gembira tinggal di rumah yang baru ni. Sekian. Best regards,

Sunday, February 28, 2010

2 pasang budgie yang pertama

Saya telah membeli 2 pasang budgie yang pertama pada hari Isnin, 15 Februari 2010 daripada 'local breeder' (LB) di Melaka. Sebenarnya bukan mudah untuk menjejaki LB nih. Biasanya lokasinya memang terpencil.

Saya bernasib baik kerana kawan kepada adik saya yang telah membawa kami terus kepada LB tersebut. Walaupun harganya tidaklah terlalu murah, tetapi amat berbaloi dan berpuas hati. Walaupun LB nih ader banyak budgie, bukan mudah pula untuk kami membeli, semacam bermain tarik tali sebabnya LB ni sememangnya amat sayang kepada burung-burungnya.

Pada pemerhatian sayalah, berikut adalah beberapa kelebihan jika kita membeli budgie dari LB jika dibandingkan dengan petshop yang kebanyakannya datang dari Thailand;
01) Saiz budgie yang lebih besar.
02) Budgie lebih sihat dan cergas. Boleh dilihat dengan jelas pada bulunya yang
cantik dan tersusun rapi. Matanya lebih bersinar jernih.
03) Bermacam colour mutation.
04) Tahan lebih lasak.
*05) Yang lebih penting, budgie dari LB almost 100% boleh dibiakkan dengan lebih efisien. Ini kerana, dikatakan budgie dari Thailand ni susah nak biak sebab breeder kat sana sudah kasi mandul sama budgie tu. Budgie local ni pandai jaga anak sebab ia sendri ader experience dibanding kan budgie dari Thailand ada yang menggunakan teknik penetasan telur menggunakan incubator.
Note:
* Yang ini saya masih belum ader pengalaman lagi dalam breeding budgie, apa yang dinytakan adalah berdasarkan soal selidik dengan petshop dan informasi daripada beberapa forum mengenai budgie di MBF, Cari Forum etc.

Oh ya, 2 pair budgie saya umurnya lebih kurang 2 bulan masing2. So, tak tau lagilah bila mereka ni boleh start breeding hehehheeee...apapun just jaga makan minum sebaiknya supaya sihat dan cergas. Best regards,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...