CORETAN KOSONG

Pengalaman saya pada masa lalu ialah membiakkan burung merpati baka King dan kampung. Memang menyeronokkan bela merpati ini kerana mereka sangat jinak dan kenal akan tuan mereka. Lagipun bila dah banyak sangat burungnya boleh disembelih buat goreng masak kicap. Fuhh, mmg terbaik!!

Burung merpati ni mmg kuat makan, jika dahulu ok ler harga jagung, dedak dan kacang hijau amat murah. Sekarang ini jika di pasaran tu memanglah melampau tinggi harganya, mengalahkan harga beras. Sebab yang kedua saya tidak lagi membiakkan merpati ni sebab dikatakan najis burung itu sendiri yang beracun jika terkena air hujan dan hamanya yang boleh membuat kan hidung kita jadi rompong. Maka, atas faktor kesihatan, keselamatan dan budget juga menyebabkan saya mengambil keputusan untuk tidak memelihara merpati lagi.

Oleh kerana minat yang mendalam terhadap burung, saya teruja pula melihat budgie yang berwarna-warni , loving birds yang penyayang dan Cockatiels yang segak jambulnya hehehheee. Alhamdulillah, sekarang ketiga-tiga jenis Parrots kecil ini ada di dalam koleksi saya. Cuma Parrots kecil ini jika dah gigit mmg saya pun tak boleh tahan hehehehee..tak biasa lagi la kan. Jika nak pegang pun guna sarung tangan.

Saya juga meminati ikan hiasan seperti guppy, black molly, moon dan lain-lain. Ikan yang agak mahal pula seperti Flower Horn dan Kelisa. Saya juga ada pengalaman membela beberapa jenis kelisa seperti Silver, Pearl dan Yellow-tail. Buat masa ini tiada satu pun Kelisa yang berjaya saya bela melebihi satu tahun. Setidaknya pengalaman banyak mengajar saya tentang penjagaan Kelisa.

Next project, jika diberikan kesempatan, masa dan budget yang sesuai saya nak bela Kelisa jenis High Back Red-Tail Golden (RTG). Kalau boleh nak set-up akuarium yang terbaik i.e akuarium kabinet 5 kaki, baru best!!.

Itulah ceritanya bagaimana saya menggunakan nick kelisa_rtg yang digunakan untuk berforum atau berblog mengenai budgie, lovebirds, cockatiels dll.

Terima kasih kerana anda sudi membaca warkah ini walaupun hanya Coretan Kosong! Tq.








Best regards,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...