1. Selamat Tahun Baru 2011 kepada pembaca dan pengunjung blog ini. Dalam diam kita dah masuk di tahun yang baru. Semoga kita dapat meningkatkan usaha dan prestasi kepada lebih baik dari tahun sebelum ini.
2. Sebagai pembuka entri tahun baru, saya ingin kongsikan kepada anda semua projek DIY terbaru saya iaitu 'Nest-Box' Buah Kelapa :) Idea asal ini dikongsi oleh bro Muzaa di Cariforum.
3. Idea penghasilan NBBK ini adalah penyesuaian atau penggabungan teknik tradisional dan moden. Apa yang dimaksudkan oleh saya ialah ciri2 yang ada pada NBBK ini adalah gabungan daripada sarang budgie yang diperbuat daripada kelapa/tempurung dan sarang budgie daripada kotak atau lebih dikenali dengan nama 'Nest-Box'.
4. Antara ciri-ciri unik tentang NBBK ini adalah seperti berikut;
4.1 Boleh buka NBBK ini seperti Nest-Box i.e ada engsel.
4.2 Mudah untuk membersihkan bedding bila perlu sebab boleh buka dengan mudah.
4.3 Bahagian dalam yang luas, ini dapat meningkatkan peratus survival anak-anak budgie.
4.4 Permukaan lantai yang original curve, macam dalam tempurung tu. Ini memberikan kelebihan kepada budgie apabila mengeram telurnya.
4.5 Lantai sarang yang 'tersedia beddingnya' tak perlu nak letak habuk kayu lagi.
4.6 Lantai sarang yang mampat ini juga membantu tumbesaran anak budgie daripada terkangkang' kakinya.
4.7 Budgie sejenis burung yang suka chews, boleh leer chew sabut kelapa sebanyaknya :)
4.8 Boleh check status telur dengan mudah, jika dalam tempurung kan susah. Tak Gituu?
5. Bagaimana cara membuatnya??
5.1 Sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti buah kelapa tua, gergaji, pisau tajam, dahan/kayu, cangkuk skru, pen marker permanent dan juga cable tie.
5.2 Belah kepada 2 bahagian kelapa itu dengan menggunakan gergaji.
5.3 Buangkan tempurung yang ada di kedua-dua bahagian kelapa yang dibelah tadi.
5.4 Tentukan bahagian mana yang akan jadi bahagian bawah NBBK. Se-eloknya pilih bahagian yang bawah luas permukaannya.
5.5 Ambil pisau untuk membuat lubang untuk budgie mengikut selera anda. Lubang yang sesuai berukuran Diameter 5cm - 6cm.
5.6 Luaskan permukaan dalam kelapa itu dengan memotong sabut-sabut didalamnya mengikut kesesuaian. Langkah ini perlu dilakukan dengan berhati-hati agar bedding nanti tidak jadi terlalu nipis.
5.7 Buat trial-fit, cantumkan kedua-dua kelapa yang dibelah tadi. Jika rasa dah ngam, lubang pun dah ok kita teruskan langkah selanjutnya.
5.8 Tandakan bahagian yang hendak dibuat engsel sebanyak 4 lubang kecil di bahagian tepi NBBK. 2 lubang dibahagian atas dan 2 lubang lagi dibahagian bawah.
5.9 Buat lubang kecil ke tempat yang telah ditandakan tadi menggunakan paku atau benda tajam. Masukkan 2 cable tie dan ikat kedua-dua bahagian.
5.10 Sebelah bahagian NBBK lagi saya menggunakan skru dan diikat dengan cable tie. Sila lihat gambar di atas. "Gambar akan diupdatekan yerrr :) "
5.11 Bahagian bawah sama juga ditebuk kecil dan ikat kayu untuk budgie bertenggek di lubang masuk NBBK. Sila lihat gambar di atas.
5.12 Ikat cangkuk skru ditengah-tengah bahagian atas.
6. Haaa..dah siap pun hehehhee..Mudah dan Menarik kan..JOm CuBA Anda Buat!!
7. Buat lah ikut kreativiti anda asalkan konsep NBBK dikekalkan.
8. Sila beri komen/pertanyaan dan cadangan (jika ada).
. Best regards,
Baguih2 dah siap dah yer...
ReplyDeleteKawe punye nest yg dari sabut kelapa tuh dlmnyer dah x der tempurung, so once baby dah kuar nest, punya la kotor... try bersihkan tp x berjaya gak.. almaklumler bahan buangan selama lebih sebulan... so last2 kasi bakar trus... so dgn hama2 & segala bakteria trus terbakar brsama2 sabut kelapa tuh...
Heehhhee..klu susah sgt nak bersih juga, bakar terus ler jawabnya..lagipun costnya very minimal :)cuma masa jer lah dan untuk kepuasan diri sendiri..
ReplyDeleteTu laaa pasalll...
ReplyDeleteNak membuatnyer mmg makan masa...
Nak mencar buah kelapa yg sesuai
Nak menebuk, nak mengikat, nak meng'adjust'...
Tp bila dah siap mmg rasa puashati...
Cuma nak recyclenyer jer yg prob...
Tp kalau dpt buah kelapa yg besar sizenyer then mungkin tempurung dlm tu x pyh buang...
Masukkan habuk kayu jer utk breeding program... so baru la leh cuci nnti...
betul tu bro, klu dapat buah kelapa yang besar, bahagian lantai tak perlu buang tempurungnya heeheee..good idea bro! nanti senang nak maintenance.
ReplyDelete