Tuesday, November 20, 2012

Home » » Pengalaman 'Berharga' Memelihara Budgie +_+

Pengalaman 'Berharga' Memelihara Budgie +_+

Inilah budgie kesayangan yang terkorban 
Kebanyakannya ialah induk blue series...
1. Tanggal 18 November 2012 merupakan hari yang paling memberikan dugaan kerana pada hari itu Budgie saya di dalam aviary diserang oleh Lebah. Berat mata memandang berat lagi hati yang melihatnya huhuhuuu...

2. Ini merupakan pengalaman paling 'Berharga' kerana sepanjang lebih kurang 2 tahun lebih memelihara budgie inilah pertama kali berlakunya serangan lebah yang tidak diduga.

3. Pada hari minggu tersebut, seperti kebiasaan rutin harian membuka sliding door rumah dengan rasa sangat terkejut dan hiba melihatkan banyak budgieku telah bergelimpangan terdampar di lantai aviary.

4. Sangkaan pertama yang terlintas di minda adakah semua ini akibat keracunan makanan atau minuman? Ternyata sangkaan saya meleset sekali sebabnya amatlah jelas kematian budgie2ku adalah disebabkan serangan Lebah yang mula bersarang di salah sebuah nestbox.

5. Tanpa membuang masa saya terus menelefon sahabat pemburungan meminta idea dan pandangan bagaimana solusinya untuk menghalau Lebah itu. Antara idea yang menarik ialah meletakkan belacan atau ikan kering di kawasan kawanan Lebah. Ada juga yang menyarankan menggunakan asap atau racun serangga lain. Yang paling tak tahan disuruhnya sya membela kawanan lebah tersebut untuk mendapatkan madunya.

6. Dengan perasaan yang bercampur baur, saya nekad untuk menggunakan spray serangga dan akhirnya hanya sebahagian kawanan Lebah yang dapat ditumpaskan. Pada masa yang sama, saya berdoa agar kawanan Lebah ini dapat di'alih'kan ke kawasan yang lain.

7. Jumlah kematian budgie direkodkan kali ini yang tertinggi iaitu 19 ekor dalam sekelip mata. Semuanya telah selamat saya tanam di laman rumah tanda kasih sayang dan terima kasih kerana menemani saya sekeluarga.

8. Akhir kata, saya redha dengan pemergian budgie-budgie saya kerana ia adalah perkara yang telah ditentukan oleh-Nya. Saya tidak akan berputus asa dalam dunia Parakeet ini kerana ini adalah hanya sedikit dugaan dari-Nya dan pengalaman 'berharga' supaya kita lebih menghargai sesuatu yang masih dipunyai :-)


Best regards,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...