Showing posts with label Aviary of Budgies. Show all posts
Showing posts with label Aviary of Budgies. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Extension of My Medium Aviary :-)

Pandangan dari depan dan sisi


Pandangan dari depan dan sisi arah berlawanan gambar di atas


Pandangan dari tepi koridor

1. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t dengan limpah rezeki dan rahmatNya saya berpeluang untuk menambah sekali ganda saiz medium aviary yang sedia ada.

2. Setelah hampir satu setengah tahun medium aviary itu diduduki oleh kawanan budgies saya, maka dengan adanya penyambungan avairy ini secara berasingan tetapi bersebelahan, mudah-mudahan dapat memberikan keselesaan kepada budgies, Lovebird dan Tiels yang ada di dalam koleksi saya heheeee..

3. Saya bercadang untuk menempatkan tiels di dalam aviary yang baru, tetapi hanya di dalam cage. Maaf, tiada free fly untuk tiels dan lovebird. Cuma Budgies sahaja yg boleh free fly dalam medium aviary yang pertama.

4. Dari segi kos pembinaan juga telah bertambah, biasalah isu harga barang yang tak jemu meningkat di pasaran huhuuu...designnya sama sahaja dengan aviary sebelum ini, cuma pintu masuk yang diubah kedudukan dari belakang bawa ke tepi bertentangan dengan koridor.

5. Semoga breeding project ini berjalan dengan lancar...Terima kasih kepada isteri dan anak-anak kerana memahami minat suami/ayah-nya terhadap small parrots ini.

Nota:
1. Gambar aviary sebelum ini sila KLIK DI SINI
Best regards,

Sunday, July 18, 2010

New Medium Aviary for My Budgies - Completed








2 nest box was given by bro Senduduk Putih. Tq






1. Dengan rasa rendah diri, saya bersyukur akhirnya dapat membina sebuah aviary yang sederhana untuk Budgies kesayangan hehehehee..

2. Saya berasa gembira kerana budgie2 saya ni dapat terbang dengan lebih bebas. Kelihatan mereka ini lebih cergas dibandingkan semasa tinggal di dalam sangkar ready made.

3. Setting di dalam aviary simple jer, ada buaian, nest box, tempurung dan juga perch yang diambil daripada penyangkut baju :)

4. Saya bukanlah kreatif sgt nak hias macam2. Pasu bunga di luar itupun isteri saya yang susun aturkan. Klu ada masa lagi dia nak tambah lagi pokok bunga. Bagi saya asalkan nampak kemas tak 'semak' kira ok ler.

5. Terima kasih diucapkan kepada bro http://sendudukputihmalaya.blogspot.com kerana memberikan 2 buah nest box sebagai souvenier pada hari Sabtu 17 July 2010. Kiranya bro senduduk ini orang ke-2 yang saya jumpa face to face selepas eddiepurba. Nest box itupun telah dimasukkan ke dalam aviary saya. Thanks bro..

6. Sebelum ini asyik berbicara melalui forum ataupun shoutmix; sememangnya seronok apabila berjumpa orang yang mempunyai minat yang sama i.e menyayangi haiwan kesayangan secara berdepan. Semoga ukhuwah persahabatan ini akan berpanjangan.

7. Berbalik kepada cerita aviary baru saya, selepas ini ingat nak tambah beberapa pasang lagi budgie. Nak tambah aksesori sikit seperti bekas makanan DIY yang diajarkan oleh bro eddiepurba.

8. Semoga semua budgies saya akan lebih sihat dan ceria seterusnya membiak sebanyak yang mungkin. Aminnn.

9. Segala komen yang diberikan amatlah dihargai. Thanks. Best regards,

Monday, July 5, 2010

Medium Aviary of My Budgies -In Progress

Aviary -Day06a

Aviary -Day06b

Aviary -Day01
Aviary -Day03a
Aviary -Day03b

1. Projek aviary budgie ini telah dimulakan pada hari Rabu, 30th June 2010.

2. Jangkaan siap seperti yang dijanjikan oleh Kontraktor ialah 3 ke 4 hari. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini masih belum lagi siap sepenuhnya disebabkan 2 hari hujan berturutan.

3. Basement, rangka dililit kawat dan atap telah siap. Hanya finishing sahaja i.e plaster simen dan ejas mana yang patut untuk siapkan aviary ini.

4. Jika dibandingkan dengan cadangan sangkar ini di dalam lakaran dan yang sebenar ada perbezaannya terutama sekali di bahagian bumbung/atap. Ini disebabkan faktor lakaran dahulu tidak mengikut nisbah ukuran yang sebenar, memberikan kesan yang ketara apabila Kontraktor tidak dapat memberikan gambaran yang sebenar.

5. Didalam lakaran, bumbung adalah berbentuk limas/cerun. Dengan ukuran sangkar 6'x5'x6.5'tinggi, Kontraktor pada masa itu tidak menjelaskan 6'x5' tidak sesuai untuk dibuat limas. Square nya tidak sama. Jika nak cantik 4'x4' ker, 5'x5' ker, 6'x6' ker.

6. So, dia orang ni pun satu hal..jika ada kemusykilan ker apa ker tanya la dulu, ini main buat dulu jerk..Pekerja dia pun buat jer lah bentuk A tu. Saya pun tak puas hati la kan, esok nya baru call dan jumpa Kontraktor tu. Masa tu la kata tak cantik, segi tak sama, byk kena nak ubah suai macam2 laglah alasan.

7. Saya pun just berfikiran positif jer lah kan..benda pun dah terbuat, anyway dapat juga idea hehehehe...Walaupun bumbungnya berbentuk A tapi saya minta dia tambah 'Soyuk' sikit bg nampak cantik kan.

8. Kontraktor ni pun cuba nak amik kesempatan, minta tambahan harga ke RM1500. Ishk ishk, pantang ader changes jer mula la nak pau kita. Saya kata mahal sgt harga tu..harga material berapa la sgt. Ini lebih kurang perbualan pada hari itu;
kelisa_rtg: Wak, rm1500 mahal sgtlah..tak boleh la harga macam tu.
Wak Di : Ni dah terlebih budget ni.
kelisa_rtg: Klu wak dah terlebih budget, saya pun sama juga. Harga material berapa la sgt. Zink atap tu baru rm2/ft2, kawat pun rm2/ft. Lagipun tambahan ni bukan saya yang nak, dah wak tak advise awal2..masa memula sume boleh.
Wak Di : Ok lah, sume kira 14 (maksudnya rm1400).
kelisa_rtg: klu macam tu 13 (maksud saya rm1300)
Wak Di : HEhehehehe..mana dapat tu.
kelisa_rtg: Oklah wak, rm1350. (kira tambahan RM150 daripada harga asal)
Wak Di : Ok.

9. Di sini, saya cuma nak kongsikan pengalaman yang mana Kontraktor mana pun akan cuba ambil kesempatan jika ada berlaku sedikit perubahan. Justeru itu, seharusnya kita mengambil tahu paling tidak pun harga bahan supaya kita boleh challenge kontraktor ni bila masa rundingan.

10. Sebaiknya, kita bagi satu senarai terperinci yang lengkap supaya kita dapat kurangkan risiko perubahan seminimum yang mungkin.

11. Buat masa ni layan ler dulu gambar aviary budgie saya yang belum siap sepenuhnya hehehehee...Jika dah fully siap nanti saya akan updatekan di dalam blog ini. Best regards,

Monday, June 7, 2010

Cadangan membina sangkar burung Budgie



1. Gambar di atas ialah lakaran cadangan untuk membina sangkar burung budgie di sebelah rumah.

2. Saya masih lagi 'sourcing' kontraktor-kontraktor untuk mendapatkan harga yang paling murah atau berpatutan.

3. Nanti saya akan listkan mana-mana sebutharga daripada kontraktor secara berperingkat.

4. Saya amat berharap jika para pelawat kawan-kawan sekalian sudi untuk memberikan komen penambahbaikan. Semoga idea tuan2/puan2 sekalian dapat membantu saya mencapai motif untuk memberikan tempat yang selesa kepada burung budgie saya.

5. Senarai harga pesaing kontraktor-kontraktor (akan diupdate secara berperingkat)
5.1 Kontraktor A : RM1,700.00 ;Upah + barang; kayu masak 2x2, 2x1
5.2 Kontraktor B : RM5,000.00 ;Upah + barang; kayu masak 2x3
5.3 Kontraktor C : RM1,800.00 ;Upah + barang; kayu masak 2x3
5.4 Kontraktor D : RM1,200.00 ;Upah + barang; kayu masak 2x3, 2x2 (tak pasang siling)
5.5 Kontraktor E : RM1,200.00 ;Upah + barang; kayu masak 2x2,(tak pasang siling)Kontraktor ini boleh memulakan kerja dengan kadar segera.

6. Maka rasanya cukuplah sourcing saya ni walaupun ada lagi kontraktor yang masih tidak memberikan sebutan harga.

7. Saya merasakan harga daripada Kontraktor D & E amat kompetitif dan masuk akal. InsyaAllah projek ini akan diberikan kepada kontraktor E kerana dapat memulakan kerja dengan lebih awal. Kontraktor D masih lagi sedang menyiapkan projek semasanya. Mudah-mudahan Kontraktor E dapat memberi komitmen dan kualiti yang diharapkan.

8. Komen anda sentiasa dialu-alukan. Thanks. Best regards,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...