Showing posts with label Foods Makanan. Show all posts
Showing posts with label Foods Makanan. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Pokok Selasih Mencantikkan Bulu Budgie

1. Saya telah berjaya mendapatkan anak pokok selasih baru-baru ini diberikan oleh keluarga pengasuh anak saya. Terima kasih kepada Abg Mahfoz dan Kak Ida :)

2. Setelah mengetahui kelebihan pokok selasih ini yang boleh dijadikan sayuran burung budgie maka saya pun berusaha untuk mendapatkannya. Agak sukar juga nak mencari pokok selasih ini seperti di Bandar Johor Bahru. Puas juga cuba bertanya di nurseri-nurseri berhampiran, ternyata menghampakan.

3. Tanpa disangka, pokok ini ada di tanam di hadapan rumah pengasuh anak saya. Apa lagi, kecek ler minta sikit benih. Abg Mahfoz dengan murah hati ambil kan anak pokok tu sekali hehheee..Kecil tapak tangan Nyiru saya tadahkan.

4. Bro Muzaa yang bagi info mengenai kelebihan pokok selasih ini dekat Cari Forum. Beliau merupakan peminat budgie tulen, mempunyai koleksi budgie yang cantik belaka.

5. Di bawah adalah petikan daripada komen beliau di Cari Forum.
6. Mengikut pengetahuan bro Muzaa, pokok selasih ini mampu menjadi hidangan sayuran yang baik untuk pembiakan dan mencantikkan bulu ibu dan anak budgie. Pokok ni jg mudah ditanam dan membiak dgn jayanya...

7. Sekarang saya dalam tempoh menjaga pokok selasih ini sehabis baik supaya cepat membesar dengan daun yang rimbun. Boleh la nanti dihidangkan kepada budgies saya.

8. Pokok selasih yang saya tanam masih belum rimbun lagi. Gambarnya seperti yang saya postkan di sini :) Best regards,

Wednesday, September 1, 2010

Soft Food Hard-egg Boiled for Budgie





1. Pada hari ahad yang lepas, saya telah membuat soft food hard-egg boiled untuk budgie saya. Hard-egg boiled ni lebih dikenali sebagai Telur Rebus oleh orang Malaysia.

2. Cara-caranya saya perolehi daripada pembacaan di Internet serta rakan-rakan budgie yang sudi berkongsi ilmu.

3. Dikhabarkan Telur Rebus ini amat baik kepada budgie kerana mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tambahan pula, kita boleh campurkan sedikit sayuran untuk menambahkan lagi nutrisi hidangan tersebut.

4. Saya berharap gambar di atas dapat memberikan gambaran sedikit sebanyak bagaimana penyediaan dilakukan.

5. Apa yang saya lakukan adalah seperti berikut;
Bahan-bahan: 2 biji telur ayam, 1" carrot/lobak merah, 1 pinggan yang flat, dan 1 garfu

5.1 Rebus 2 biji telur ayam selama 20 minit. Ada yang kata didihkan selama 10minit selepas itu tutup periuk tu dan biarkan tanpa api selama 10-15minit lagi (nak jimat gas kot :)). Terpulanglah kepada anda ya selagi mana kita dapat telur rebus yang masak penuh.

5.2 Setelah telur masak, sejukkan dahulu telur itu. Saya sejukkan dengan rendamkan dengan air paip sahaja, sebab nak tunggu sejuk sendiri makan masa lagi heheheee.

5.3 Kupaskan kulit Telur tersebut dan asingkkannya.

5.4 Resepi kali ini, saya hanya menggunakan carrot/lobak merah. Ambil dalam 1" lepas tu cincang bagi halus lebih kurang lah. Anda boleh juga mencuba pelbagai variasi sayur i.e kacang panjang.

5.5 Ambilkan garfu dan pinggan flat. Letakkan Telur ke dalam pinggan dan mula lenyek (mash) Telur selama 3-4minit sehingga saiz lebih kurang saiz sekoi ler. Gunakan pinggan lebih mudah melenyek daripada menggunakan mangkuk.

5.6 Campurkan lobak tadi bersama dengan Telur lenyek. Haa..dah Siap pun untuk hidangan.

6 Untuk pertama kalinya hidangan soft food ini dihidangkan kepada budgie saya, dia macam takut2 lagi. Tapi bila dah petang sikit belasah juga makanan tu.

7. Perlu diingatkan supaya hidangan soft food yang dihidang bila kita bagi pagi, petang tu dah boleh bersihkan bekas makanan. Habis ke tak habis kita perlu bersihkannya segera.

8. Seperkara lagi, kulit telur yang telah diasingkan itu saya tumbuk biar jadi kecil pastu campurkan dengan oat dan bagi budgie. Hahahahaa..siap lagi satu hidangan yang penuh kalsium pula.

9. Jika anda ade teknik yang lain yang mungkin lebih baik, jangan malu segan untuk comment post ini untuk sharing knowledge. TQ.

10. Sekarang ni saya ade kat office. Balik nanti baru boleh upload gambar k.

.
Best regards,

Friday, March 5, 2010

Makanan Budgie

Budgie memerlukan makanan yang berkhasiat dan air yang terjamin bersih untuk kekal sihat.Semasa membaca beberapa forum budgie nih, saya cuba untuk mengumpulkan sebanyak yang boleh mengenai makanan yang diberikan oleh pemilik-pemilik budgie.

Insya-Allah info ni akan diupdatekan dari masa ke semasa untuk pengetahuan bersama. Berikut adalah beberapa makanan yang disarankan oleh pemilik budgie.
01- Kambu Putih sebotol
02- Oat segera + Biskut kering sebekas
03- Kacang Hijau hancur sebekas
04- Selasih sebekas
05- Dedak (telur) + jagung hancur sebekas
06- Tulang sotong 3 keping (tulang sotong ader jual kat kedai ubat cina klau x dapat kat petshop)
07- Spray millet seminggu skali 10 tangkaiboleh
08- Roti gardenia sekeping sehari (spray dengan air supaya lembab sikit) Tetapi kalau burung ada cirit jangan bagi roti basah.
09- Jagung mentah seminggu 2 tongkol
10- Buah seminggu skali
11- Sayur hijau kadang2 atau rumput liar (barulah bulu nyer berkilat cantik)
12- Telur rebus hari2 (baru nak blajar makan)
13- Nasi kadang2
14- Kacang hijau (Rendam dahulu selama 12 jam untuk lembut/kembangkan kacang hijau)
15- Dedak ayam HITAM (Untuk menggemukkan dan merpercepatkan tumbesaran burung)

*Note: Makanan segar ni cepat basi, kalau tak habis dalam masa 24 jam eloklah dibuang sahaja.
*Rev.0 05.03.2010
*Rev.1 17.03.2010 Best regards,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...