2. Dengan rasa sukacitanya saya ingin update anak budgie mengikut pair seperti di dalam post yang lepas. Sila klik DI SINI untuk melihat gambar ibu atau bapa kepada anak-anak budgie ini hehehee.
a) Pair no.1: Parents Betina biru dan jantannya hijau (Bertelur dalam NBBK)
- Pair ini menjaga dengan baik anak mereka sendiri 1 ekor dan anak angkat daripada Pair no.3 sebanyak 1 ekor. Anak yang besar sedikit itu ialah anak kandung mereka.
Nampaknya percubaan saya menumpangkan anak budgie ini kepada ibu yang lain buat PERTAMA kali ini telah berjaya :) . Pastikan masa kita tumpangkan anak budgie ini masih belum tumbuh bulu.
- Umur: Lebih kurang 16 hari.
b) Pair no.2: Parents Betina putih pied biru dan jantannya biru (Bertelur dalam NBBK)
- Pair ini juga cemerlang menjaga anak mereka sebanyak 2 ekor. Bapanya saya lihat amat rajin mendapatkan makanan sebab selalu nampak comot dibahagian paruhnya. Ibunya pula memberikan penjagaan yang rapi supaya anak-anak budgie sentiasa dalam keadaan yang kenyang.
- Umur: Lebih kurang 24 hari.
c) Pair no.3: Parents Betina biru dan jantannya biru (Bertelur dalam NBBK)
- Dalam banyak-banyak 4 pair yang menjadi musim ini, pair ini telah memberikan persembahan yang paling memberangsangkan. Sebanyak 4 ekor anak telah berjaya menetas, walaubagaimanapun anak bongsu yang ke-empat terpaksa saya tumpangkan ke pair no. 1 untuk menjamin survival anak budgie itu sendiri. Alhamdulillah percubaan tersebut telah berjaya. Semoga pair ini dapat mengekalkan kesihatan mereka supaya dapat lebih produktif masa masa akan datang.
- Umur: Lebih kurang 18 hari.
d) Pair no.4: Parents Betina putih mata merah albino dan jantannya pied kuning (Bertelur dalam tempurung)
- Pair ini telah berjaya menetaskan 2 ekor anak budgie. Saya ingatkan boleh dapat anak budgie mata merah, nampaknya kedua-duanya mata hitam. Dari segi warna ikut keturunan bapanya lah yang berwarna kuning/hijau. Ibu bapa ini juga kelihatan amat rajin untuk menyuapkan makanan kepada anak-anak mereka.
- Umur: Lebih kurang 24 hari.
3. Apa yang penting perlu dilakukan semasa anak-anak budgie ini menetas ialah memberikan makanan tanpa putus kepada ibubapanya. Setiap hari saya akan memberikan roti dan juga jagung segar supaya anak-anak budgie mendapat khasiat protien yang secukupnya.
4. Terima kasih kepada induk-induk budgieku kerana telah menetaskan anak-anak budgie yang Comel Belaka hehehehee...
*Nota:
1. Gambar akan diupdatekan kemudian :) sabar ye saudara-saudara sekalian..
Best regards,
No comments:
Post a Comment