Sunday, December 11, 2011

Home » » Love Bird Sakit Mata

Love Bird Sakit Mata

(a) Gentadexa

1. Salam hari minggu kepada para pelayar blog ini :) sekejap jer rasa cuti hujung minggu ini kerana dari pagi sampai tengahari sememangnya rutin untuk membersihkan aviary dan sangkar-sangkar.Tup-tup dah petang..tup-tup dah malam, sungguh pantas masa berlalu.

2. Malam ini saya nak berkongsi satu ilmu yang saya belajar daripada otai handalan LB kita Pak Raja. Setelah mencubanya dan berjaya, maka pada fikiran saya seharusnya ilmu ini dipanjangkan kepada peminat unggas.

3. Gambar di atas ialah ubat yang saya gunakan terhadap Lovebird (LB) saya yang sakit mata. Sepantas kilat saya terus menghubungi 'pak guru' bertanyakan permasalahan ini. Maklumlah jika terlewat nanti tidak sanggup pula melihat LB saya terbang pergi lagi.

4. Pak raja ada menyebut beberapa nama ubat, tetapi ubat ini yang saya pilih sebab mudah didapati di farmasi dan mudah ingat namanya. Nama ubat ini ialah Gentadexa untuk mengubati LB yg sakit mata.

5. Simptom LB sakit mata;
Kelihatan dengan jelas ada tompokan berwarna merah kecoklatan. Ini adalah permulaannya sebelum ia bertambah besar dan membuatkan mata LB anda bengkak sebab ia akan bernanah. Jangan tunggu lama jika anda nampak simptom ini k. Buatlah rawatan dengan kadar segera.

6. Cara pengubatan;
a) Sebelah tangan anda memegang LB dan titiskan setitik Gentadexa itu ke mata LB. Biarkan ubat ini bergenang di matanya dalam kiraan 15 ke 20 saat. Masukkan semula LB tadi ke cage.

b) Jemur LB tersebut di bawah pancaran matahari pagi (<9.30am) lebih kurang 15minit.

c) Pada waktu petang, ulang langkah (a) dan (b) di atas.

d) Jika sakit matanya belum serius, lakukan dalam masa 2 hari berturutan. InsyaAllah mata LB akan pulih kembali seperti sediakala jernih bersinar :)

7. Punca sakit mata;
a) Faktor cuaca. Cuaca yang tidak menentu dan yang paling dirisaukan apabila kedatangan cuaca sejuk dengan angin yang kencang. Angin inilah yang selalu membawa virus ata penyakit kepada LB kita.


8. Alhamdulillah, LB saya sekarang telah sihat, pulih sepenuhnya dari penyakit mata ini. Terima kasih sekali lagi kepada otai handalan LB Pak Raja kerana sudi menyampaikan ilmu yang tiada di dalam buku mana pun di dunia ini. Wallahualam.

Nota;
1. Ilmu yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman penulis sahaja. Oleh yang demikian, anda dinasihati mendapatkan khidmat nasihat kepada yang lebih pakar dan bertauliah hehehee...Segala kerugian adalah tanggungan sendiri.



Best regards,

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...