Sunday, November 20, 2011

Home » » Nest Box -Special Edition (NBSE)

Nest Box -Special Edition (NBSE)

(a1) Sedia untuk digantungkan :)

(a2) Ubahsuai sedikit pemegang atas :)


(b) Sebelum aksesori finishing.


(c) Divider separuh penuh yg membuatkan ia NBSE





To arep; bahagian dalam NBSE

Diharapkan kemusykilan anda terjawab :)

To ammar; inilah gambar dekat klip yg digunakan.

1. Seperti dijanjikan di dalam post sebelum ini berkenaan Nestbox hasil tangan Pak Raja, alhamdulillah petang tadi sempat la snap beberapa keping gambar NestBox Special Edition ini heheee..ambil gambar menggunakan hp jer sebab nak mudah.

2. Secara amnya, NBSE telah didesign oleh pak raja untuk menilai sejauh mana keberkesanan fungsinya untuk memberikan suasana yg selamat oleh Lovebird mahupun budgie sama-ada yang sedang mengeram atau pun yang baru hendak bertelur.

3. Petang tadi saya pun sudah mengambil bacaan ukuran NBSE untuk dikongsi bersama dengan anda semua.
(a) Bahagian tepi kanan/kiri : 6 1/2" Lebar x 7" Tinggi
(b) Bahagian Depan/Belakang : 10" Lebar x 7" Tinggi
(c) Bahagian atas/penutup : 10" Panjang x 5.8" Lebar
(d) Diameter Lubang : 5.5cm
(e) Kedalaman divider separuh : 8cm
(f) Bahagian bawah : 170mm Lebar x 275mm Panjang.
(g) Tebal papan : 10mm

4. Semoga informasi di atas dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang berminat untuk membuat sendiri NBSE :)

5. Semoga otai handalan LB Pak Raja sihat sejahtera, mudah-mudahan dapat dikongsikan segala pengalaman beliau terutama kepada yang newbie macam saya ni heheee...

6. Segala data akan diberikan kepada Pak Raja sebaik sahaja NBSE ini digantungkan di cage LB saya. Saya amat berharap LB breeding projek ini akan berjaya dengan bimbingan Pak Raja otai handalan LB.

7. Dunia pemburungan ini bukanlah besar mana pun di Malaysia ini, semoga peminat burung parrots tidak berhasad dengki sesama sendiri. Sesungguhnya Ilmu manusia sebanyak mana pun di dunia ini bagaikan hanya setitis air di lautan jika hendak dibandingkan dengan Ilmu Allah s.w.t Best regards,

12 comments:

  1. Ammar:1st gambar, klip warna putih tu klip apa ye?kt mana bleh beli?
    Jawapan: klip warna putih tu untuk menghalang penutup atas daripada dibuka dari dalam. Just safety jika letak nbox di luar cage. Kedai hardware banyak. Nama sebenar tidaklah diketahui :)

    ReplyDelete
  2. arep: xpaham lah kenapa divider tgh tu diletak???ruang utk burung msuk ktne??knapa tutup??hehehe..sory xphm..
    Jawapan: Divider tengah itu diletakkan supaya LB/Budgie yg duk ngeram didalam tidak terganggu oleh keluar masuk sang jantan kerana penglihatannya telah dihalang oleh divider tadi. Maka, induk betina akan rasa sangat secured/selamat semasa proses mengeram heheee..

    Ruang untuk masuk adalah di bawah divider tu. Divider tu hanya separuh sahaja bro.

    ReplyDelete
  3. arep: gambar tgh yg dlm tu cmne???heheh...nk suruh abah try buat ni...practical x??
    ke blum cuba lg???

    Jawapan: Gambar tu jika dilihat betul-betul separuh jer tutup dari atas. Sangat praktikal bro hehheee..gambar di atas adalah N.Box ke-2 kawan hehee, semalam letak pagi ni dah start keluar masuk NBox tu.
    N.Box No.1 bila letak dalam seminggu sudah mula angkut sarang, baru semalam LB tu dah start buat projek. Mudah-mudahan berjaya kali ini dengan bimbingan Pak Raja otai handalan LB hehheee...

    ReplyDelete
  4. waaaa.................
    sangat berpuas ati dgn jawapan yg diberikan...
    time kasih bnyk2...
    nk try cuba wat gak...mempelbagaikan jenis kan...
    sbb xpenah tgk lg nestbox cmni...tp utk budgie je la...lovebird blom lg...ngeeeee~~~~
    :')

    ReplyDelete
  5. teringin nk melawat umah....boleh kew?????
    huhuhu~~~~~~~~
    klw blik cuti la...kita kan dok JB gak...
    :'D

    ReplyDelete
  6. Boleh bro, apa salahnya..ada masa nanti kita set la masa hehehee...tapi koleksi tak der la banyak mana :)

    ReplyDelete
  7. ada gambr klip tu dari jarak dekat x?ke klip tu sama mcm klip cable yg paku kt dinding tu?

    ReplyDelete
  8. aahla...leh x close up divider tu lagi...
    xjelas lg sebenanyerrr...
    sebenanyer nak suruh gak..tp dah bro ammar suruh...nak gak lah...
    hehehhe~~~
    tq~~~
    :'D

    ReplyDelete
  9. Ammar: Ni bukan klip yg paku kat dinding.
    Ammar & Arep: Semalam cuti tak online. InsyaAllah ada masa nanti kawan ambil gambar close-up k :)

    ReplyDelete
  10. Ok..buat sahabat arep dan ammar, saya dah postkan gambar semoga dapat kefahaman yang lebih jelas.

    ReplyDelete
  11. ya Allah, terima kasih sgt2...
    memg faham & jelas penerangan gambar2 tadi....
    memg nak kena suruh abah buat....nk cuba....
    sbb mesti ibu dia selesa dlm tu tanpa gangguan....
    thanks again....
    :'D

    ReplyDelete
  12. sama-sama bro arep, semoga ilmu pemburungan ini dapat dimanfaatkan bersama. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...