Friday, July 23, 2010

Home » » DIY -Food Auto-feeder

DIY -Food Auto-feeder







1. Tempat makanan ini dibuat sendiri berdasarkan contoh yang ditunjukkan oleh bro eddiepurba. Saya melihat sendiri contohnya semasa membeli sepasang budgie di rumah beliau.

2. Bagi saya ianya amat effisien kerana dapat mengurangkan kulit sekoi daripada bertaburan dan juga membantu agar budgie dapat sumber makanan yang berterusan.

3. Selepas ini saya tidak perlu risau lagi jika bercuti panjang pulang ke kampung kerana yakin budgie-budgie saya itu akan sentiasa ada sumber makanan di dalam aviary.

4. Ia akan menjadi sebahagian accessories aviary saya itu. Projek lain yang ada dalam fikiran sekarang ialah DIY tempat minum burung pula -bila dah buat nanti barulah saya updatekan.

5. Daripada gambar di atas, saya tidak menetapkan sebarang ukuran untuk membuat tempat makanan itu. Ukurannya hanya berdasarkan agak2 ataupun ikut rasa hati kira-kira sesuai sahaja. Cuma yang paling utama ukurannya bersandarkan kepada botol 'gula-gula' segi empat itu sahaja.

6. Kerja2 ini dibahagikan kepada 3 bahagian;
6.1 Botol 'gula-gula' (botol g-g)
6.2 Platform kecil.
6.3 Platform besar.

7. Cara2 membuatnya sediakan satu botol g-g segi empat, kemudian buatkan platform kecil itu seperti di dalam gambar. Ukurannya mestilah betul2 mengikut botol g-g kecuali dibahagian hadapan. Bahagian hadapan ini mestilah dijarakkan sedikit untuk sekoi keluar dari botol g-g.
Jaraknya pula mestilah ngam2 (agak2 aje) dengan kepala budgie untuk makan. So, budgie nanti tak boleh nak kais sekoi.

8. Tinggi platform kecil ni pula lebih kurang sesuai le budgie nak mematuk sekoi nanti. Maka pada bahagian hadapan botol g-g itu nanti hendaklah dibuat lubang bersaiz kecil. SYARATNYA ketinggian lubang itu mestilah tidak melebihi tinggi platform kecil tadi. Ini bertujuan supaya sekoi tidak melimpah ruah ke luar platform kecil.

9. Kemudian, buat pula platform besar. Lantai tengah platform ini ialah dawai/kawat untuk dipijak budgie. Lantai bawahnya pula papan nipis pun dah cukup. Platform ini bertujuan mengumpulkan kulit2 sekoi buangan budgie. Ini dapat mengelakkan sepahan yang melampau secara langsung menjaga kebersihan aviary.

10. Saya berharap penerangan di atas jelas dan mudah difahami. Jika tidak faham boleh la dikemukakan pertanyaan di bahagian comment untuk kita sharing info for future reference.

11. Jika ada yang ingin menambah baik design ini amatlah digalakkan supaya kita sama2 dapat menfaat daripadanya. Best regards,

4 comments:

  1. Cantek tu bro...
    Itu lubang kuarkan sekoi brp besar?
    Kasi tunjuk kalu... hehehe

    ReplyDelete
  2. Klu nak amik gambar nak tunggu lagi masa maintenance. Tak pun nanti sy touch-up/editkan gambar sedia ada tunjukkan saiz lubang tu..

    ReplyDelete
  3. salam all,,bro,kasi jelas sikit bcara nak buat diy food auto feeder tuhhh...penat lahh nak ulang2 letak sekoi 2 hari sekali..hehehe

    ReplyDelete
  4. rasanya dah cukup jelas, mcm nilah..bahagian mana yg tak jelas bro..kita sama-sama usaha supaya boleh faham :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...