Sunday, August 1, 2010

Home » » DIY - Fruits Enzyme as my aviary antiseptic

DIY - Fruits Enzyme as my aviary antiseptic








1. Terlebih dahulu saya ingin ceritakan sedikit sebanyak latar belakang fruits enzyme ini. Fruits enzym atau dikenali kitchen waste enzyme juga garbage enzyme adalah hampir sama kerana kaedah pembuatan dan penggunaan yang sama.

2. Saya lebih suka menggunakan fruits enzyme kerana namanya yang lebih 'hygien'. Ini bertujuan untuk menarik minat rakan-rakan untuk sama-sama mengaplikasikan enzyme ini di rumah dan juga aviary atau cage burung kesayangan.

3. Jika saya merujuk kepada Garbage enzyme, nescaya first persepsi orang kita benda itu kotor, sumber daripada sampah. Mereka mungkin tidak mahu langsung membaca untuk mengetahui yang sebenarnya sumber itu bukanlah daripada bahan yang kotor dan busuk.

4. Itulah sebabnya saya memilih tajuk Fruits enzyme supaya orang di luar sana akan tertarik untuk membaca post pada kali ini hehehheee.

5. Kaedah pembuatan enzyme ini telah diilhamkan oleh seorang pakar enzyme dari Thailand, Dr. Rosukon yang telah mendalami pengetahuan dan pengalaman enzyme ini hampir 40 tahun. Kaedah beliau ini diiktiraf oleh negara-negara eropah dan telah banyak membantu para petani untuk meningkatkan hasil tanaman mereka.

6. Kita sebagai peminat burung/unggas amat berterima kasih kepada orang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan fruits enzyme ini kerana dapat membantu persekitaran aviary yang bersih daripada gangguan semut, lipas, nyamuk, bakteria dan sebagainya.

7. Penggunaan Fruits enzyme ini juga membantu mengurangkan penipisan lapisan ozon sekaligus membantu mengurangkan pemanasan global yang berlaku pada hari ini.

8. Banyak lagi faedah dan kebaikan fruits enzyme yang tak dapat saya listkan dlam post ini. Tuan-tuan dan puan-puan boleh search kat Yahoo @ Google engine pasti ade informasinya k.

9. Berdasarkan gambar di atas adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menghasilkan fruits enzyme. Bahan-bahan utama adalah seperti berikut:-
9.a Air - 3 kg = 3 liter Ratio: 100% tetapi 60% daripada botol 5 liter
9.b Gula merah - 300 gram Ratio: 10% daripada Air.
9.c Fruits waste - 900 gram Ratio: 30% daripada Air.
*(Saya gunakan kulit oren, epal dan daun pandan untuk bau yang lebih wangi)
9.d Penimbang - untuk menimbang bahan-bahan.
9.e Botol plastik- Dalam percubaan pertama ini saya gunakan botol plastik 5 liter.

10. Semua bahan-bahan akan dimasukkan ke dalam botol 5 liter itu secara tertib dan tersusun seperti berikut;
10.a Masukkan air 3 liter.
10.b Masukkan gula merah 300gram. Selepas itu goncangkan botol itu supaya gula merah tadi terlarut secara sekata.
10.c Masukkan fruits waste 900 gram secara berdikit-dikit. Jika boleh semua itu tenggelam di dalam air gula merah tadi.
10.d Akhir sekali tutup penutup botol dengan ketat. Haa dah siap pun.
10.e Simpan di tempat suhu bilik dan tidak terdedah secara langsung kepada matahari.

11. Bahan-bahan ini akan diperam selama 3 bulan. Oleh demikian buatlah label sikit kat botol itu supaya kita tidak lupa.

12. Pada 01 bulan yang pertama, release gas didalam botol itu dengan membuka penutup secara perlahan-lahan sekali satu hari.

13. Credit;
Saya telah mempelajari pengetahuan ini daripada Ms Sandrasen melalui post beliau di http://www.pet-cockatiel.com/Dboard/viewtopic.php?f=64&t=6350.

14. Saya berharap pelawat blog saya dapat mencuba kaedah ini yang amat praktikal dan memerlukan kos yang amat minimal. Sekian.

15. Sila beri komen untuk sama-sama sharing knowledge and save our world. Best regards,

5 comments:

  1. Kulit buah rambutan buleh tak jadikan as campuran ramuan enzim nih?

    ReplyDelete
  2. Bro SP, kulit rambutan tidak boleh daaa..Ms sandrasen dah cuba..bau dia mesti tak bestnyer..kulit tu boleh ler tanam dalam tanah. pas 3 bulan boleh buat baja, ok gak tu..

    ReplyDelete
  3. Kalu la buleh kulit buah rambutan tu buat enzim kan baguih, sebab smlm beli rambutan 3 kg... banyak tuuuu kulitnyerrr... hehehe

    ReplyDelete
  4. Hehehehee..dah agak dah, musim rambutan pula kan sekarang nie hehehhee..

    ReplyDelete
  5. nak tanya, enzim sama cam EM4 lah kan fungsi dia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...