Monday, July 5, 2010

Home » » Medium Aviary of My Budgies -In Progress

Medium Aviary of My Budgies -In Progress

Aviary -Day06a

Aviary -Day06b

Aviary -Day01
Aviary -Day03a
Aviary -Day03b

1. Projek aviary budgie ini telah dimulakan pada hari Rabu, 30th June 2010.

2. Jangkaan siap seperti yang dijanjikan oleh Kontraktor ialah 3 ke 4 hari. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini masih belum lagi siap sepenuhnya disebabkan 2 hari hujan berturutan.

3. Basement, rangka dililit kawat dan atap telah siap. Hanya finishing sahaja i.e plaster simen dan ejas mana yang patut untuk siapkan aviary ini.

4. Jika dibandingkan dengan cadangan sangkar ini di dalam lakaran dan yang sebenar ada perbezaannya terutama sekali di bahagian bumbung/atap. Ini disebabkan faktor lakaran dahulu tidak mengikut nisbah ukuran yang sebenar, memberikan kesan yang ketara apabila Kontraktor tidak dapat memberikan gambaran yang sebenar.

5. Didalam lakaran, bumbung adalah berbentuk limas/cerun. Dengan ukuran sangkar 6'x5'x6.5'tinggi, Kontraktor pada masa itu tidak menjelaskan 6'x5' tidak sesuai untuk dibuat limas. Square nya tidak sama. Jika nak cantik 4'x4' ker, 5'x5' ker, 6'x6' ker.

6. So, dia orang ni pun satu hal..jika ada kemusykilan ker apa ker tanya la dulu, ini main buat dulu jerk..Pekerja dia pun buat jer lah bentuk A tu. Saya pun tak puas hati la kan, esok nya baru call dan jumpa Kontraktor tu. Masa tu la kata tak cantik, segi tak sama, byk kena nak ubah suai macam2 laglah alasan.

7. Saya pun just berfikiran positif jer lah kan..benda pun dah terbuat, anyway dapat juga idea hehehehe...Walaupun bumbungnya berbentuk A tapi saya minta dia tambah 'Soyuk' sikit bg nampak cantik kan.

8. Kontraktor ni pun cuba nak amik kesempatan, minta tambahan harga ke RM1500. Ishk ishk, pantang ader changes jer mula la nak pau kita. Saya kata mahal sgt harga tu..harga material berapa la sgt. Ini lebih kurang perbualan pada hari itu;
kelisa_rtg: Wak, rm1500 mahal sgtlah..tak boleh la harga macam tu.
Wak Di : Ni dah terlebih budget ni.
kelisa_rtg: Klu wak dah terlebih budget, saya pun sama juga. Harga material berapa la sgt. Zink atap tu baru rm2/ft2, kawat pun rm2/ft. Lagipun tambahan ni bukan saya yang nak, dah wak tak advise awal2..masa memula sume boleh.
Wak Di : Ok lah, sume kira 14 (maksudnya rm1400).
kelisa_rtg: klu macam tu 13 (maksud saya rm1300)
Wak Di : HEhehehehe..mana dapat tu.
kelisa_rtg: Oklah wak, rm1350. (kira tambahan RM150 daripada harga asal)
Wak Di : Ok.

9. Di sini, saya cuma nak kongsikan pengalaman yang mana Kontraktor mana pun akan cuba ambil kesempatan jika ada berlaku sedikit perubahan. Justeru itu, seharusnya kita mengambil tahu paling tidak pun harga bahan supaya kita boleh challenge kontraktor ni bila masa rundingan.

10. Sebaiknya, kita bagi satu senarai terperinci yang lengkap supaya kita dapat kurangkan risiko perubahan seminimum yang mungkin.

11. Buat masa ni layan ler dulu gambar aviary budgie saya yang belum siap sepenuhnya hehehehee...Jika dah fully siap nanti saya akan updatekan di dalam blog ini. Best regards,

4 comments:

  1. Syabas Bro aviary dah nak siap...
    Nanti leh tambah 2-3 biji aviary lagi tu, maklum la masih luas lagi laman tu nampaknya...

    ReplyDelete
  2. betui kata bro snduduk.. he.. laman luas lagi tu.. he.. then pasal kontraktor ambk ksmpatan, besa ar tuh... but then jugak masa kita dh dpt nilai sesuatu projek, selalunya patut kita sediakn duit lebih utk hal2 cmni... n selalunya memang akn jadi.. hu..

    ReplyDelete
  3. Dah siap plaster..klu takder hal esok boleh cat sikit bagi naik seri..
    Laman tu takder la luas mana pun..hehehehe..

    ReplyDelete
  4. ye lah xteam,mmg kena banyakkan bersabar..tetapi sy mmg sgt berpuas hati keje2 Kontraktor walaupun terlewat sedikit. Nasib baik kene tambah tak byk sgt. Kira Ok kot.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...