1. Ini adalah posting yang amat sukar untuk saya lakukan. Memang tak sanggup mengenang kembali di saat-saat akhir kematian menjemput Ning.
2. Tetapi dengan perkataan 'Redha' sahaja yang mampu untuk memberikan saya semangat agar tidak terlalu sedih di atas pemergian Ning.
3. Siapalah yang tidak akan bersedih jika burung yang sudah mula menunjukkan kemesraan dan kemanjaan kepada kita 'terbang' ke alam yang lain.
4. Punca kematian rasanya disebabkan selsema yang panjang sehingga 2 minggu tidak pulih sepenuhnya. Walaupun rawatan ubat telah diberikan, namun tidak berhasil untuk menyembuhkan Ning secara total.
5. Saya ada masa Ning tengah menanti saat-saat akhir nafasnya, kebetulan saya balik kerja awal. Masa tengahari semalam ok jer macam biasa, tidak menampak simptom-simptom luar biasa.
6. Apabila diteliti, kelihatan seperti kelenjar air yang mengelembung di sebelah hidungnya ke arah mata kedua-dua bahagian. Mungkin Ning tidak dapat menahan kesakitan itu. Itu sebab saya lebih rela Ning 'terbang' pergi daripada menanggung derita yang lebih lama.
7. Akhir kata, semoga roh Ning tenang dan aman di alam yang kekal abadi.
*Nota:
1. Saya tidak sanggup untuk mengambil gambar Ning yang telah 'terbang' pergi apatah lagi
untuk disimpan di dalam blog ini.
Best regards,
AKN Chalet, Pantai Puteri Berwajah Baru!!!!!
-
AKN Chalet yang terletak di Pantai Puteri sudah berwajah BARU!!!!!!:)
Kepada customer-customer kami dan sesiapa yang berminat untuk meyewa di AKN
Chalet, ...
sllu burung akan blik pasal x reti cari mkn..awk tgk sekitar umah
ReplyDeleteSalam bro, burung ini telah "terbang" pergi ke alam yg kekal abadi huhuuu..bukannya dekat2 rumah..
ReplyDelete