Saturday, December 11, 2010

Home » » Results -DIY Drinking Bottle For Budgie Malaysia

Results -DIY Drinking Bottle For Budgie Malaysia

Gambar kedudukan "Drinking Bottle" yang digantung di dalam aviary.

1. Setelah menggunakan DIY drinking bottle ini, saya ingin berkongsi tentang results yang diperolehi hasil daripada penggunaan drinking bottle ini;

(a) Mudah untuk maintenance. Jangka masa budgie saya untuk menghabiskan 1.5 liter air itu lebih kurang 2 minggu. Budgie saya tidaklah banyak, jumlah terkini ialah 14 ekor budgie.

(b) Selama 2 minggu ini tiada sebarang jentik-jentik nyamuk yang kelihatan di dalam botol. Maka, kenyataan saya sebelum ini yang mengatakan drinking bottle adalah kalis nyamuk disokong dengan pemerhatian kali ini. Walaubagaimanapun, kita seharusnya sentiasa memantau jika terdapat kehadiran jentik-jentik nyamuk dalam bottle itu.

(c) Air di dalam drinking bottle itu masih bersih. Air itu masih bersih kerana budgie hanya dapat menghulurkan kepalanya untuk tujuan minum. Peratus untuk budgie berak dan masuk ke dalam bekas minuman adalah sangat rendah.

(d) Tahan lasak juga, hhmmm..budgie sebenarnya tidak ganas mana pun.

Semoga ilmu yang bermanfaat ini dapat memberikan keselesaan kepada budgie anda. Best regards,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...