Saturday, May 4, 2013

My Snowball @ Boy Balik Kampung Buang Undi :-)



 
1. Salam debaran menanti hari pengundian PRU-13. Boleh dikatakan setiap hari berita mengenai pilihanraya umum dipaparkan di media massa mahupun media elektronik sejak 2 minggu lepas.

2. Masa buang undi pun hampir tiba kurang dari 24 jam ketika post ini ditulis. Hari esok iaitu 5 Mei 2013 ialah hari yang bersejarah dan menjadi penentu kepada arus tuju masa depan negara dan masyarakat kita. Semoga kita dapat membuat penilaian yang wajar dan pilihan yang terbaik.

3. Seperti biasa, Boy akan menemani kami sekeluarga pulang ke kampung untuk membuang undi heheee..

4. Alhamdulillah, Boy sudah mudah untuk melakukan step-up. Selain itu, keadaannya pun stabil seperti amat jarang berlaku jeritan yang membingitkan telinga.

5. Keadaan kaki Boy yang tegap semasa berada di atas tangan memberikan kepuasan dan kegembiraan kepada saya. Mungkin ini adalah hasil daripada pemakanan yang dipelbagaikan secara tak langsung memberikan khasiat yang diperlukan.

6. Saya masih lagi mencari makanan untuk Boy jenis pallet yang mengandungi kandungan kalsium yang tinggi.

7. Antara makanan jenis pallet di dalam pertimbangan ialan Harrison's Food & African apa nama ntah hahaa..Harga Harrison's Food agak mahal dan isinya adalah daripada unsur bahan asli. Setelah pemerhatian awal dilakukan, Boy tidak menggemari almond iaitu antara bahan asli. Maka saya mungkin akan mencuba pallet jenama African apa nama ntah..

8. Semoga Boy bertambah mesra dan happy tinggal bersama kami. Insya-Allah jika ada peluang dan kesempatan, saya juga menanam azam untuk Boy berpasangan dan membiak.

9. Akhir kata, Selamat Mengundi semua sahabat Unggas sekalian. Mengundilah secara berhemah tanpa mencetuskan provokasi Melampau...Assalamualaikum.
Best regards,

Thursday, February 28, 2013

Iep Pula Terbang Menemui PenciptaNya :(






1. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud :
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". [Ali Imran:185]. 
Itulah ayat peringatan yang amat jelas mengingatkan bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Maka, secara tidak langsung ayat ini juga menjadi penawar kepada saya di atas permergian Iep LB jinak secara mengejut.

2. Nak sedapkan hati, cepat atau lambat Iep LB jinak tetap akan terbang menemui penciptaNya. Maka, saya redha di atas qada dan qadar yang telah ditentukanNya. 

3. Pada hari Isnin, 25 Februari 2013 seperti biasa rutin harian menjengah sebentar ke sangkar2 burung. Terkejut, lalu berasa hiba kelihatan Iep LB jinak telah kaku kelihatan di lantai cage. Tubuhnya sempurna, tiada tanda-tanda kecederaan fizikal mahupun dihurung semut menandakan Iep baru beberapa jam sahaja telah mati.

4. Terimbau pula kenangan bersama Iep terutama sekali pada masa lalu menghandfeednya yang sentiasa manja dan aktif. Untuk pengetahuan umum, Iep ialah hadiah dari Pak Raja tanda salam perkenalan. Nampaknya hanya bertahan setahun lebih sahaja menjadi sebahagian koleksi LB saya.

5. Demi memperingati, tanda kasih sayang dan ucapan terima kasih kepada Iep kerana sempat menurunkan bakanya, saya berbesar hati semadikannya di dalam kawasan rumah saya dengan harapan rohnya akan aman dan diketemukan kelak di Syurga Insya-Allah.


Best regards,

Thursday, February 21, 2013

Rezeki Awal Tahun 2013 :) Part 2

1. Rezeki awal tahun ini ternyata amat menggalakkan daripada induk-induk LB kesayangan.

Anak-anak Iep & Iepy Induk LB Jinak
2. Induk Iep & Iepy:
2.a) Kuantiti Telur: 4 biji ; kesemuanya berjaya menetas :) merupakan pencapaian Terbaik  pasangan ini.
2.b) Walaubagaimanapun, 2 ekor iaitu baby yg sulung dan yg paling bongsu telah mati mengejut. Jadikan ini suatu pengalaman berguna dikemudian hari.
2.c) Maka baki 2baby tadi dengan segera saya dan isteri mengambil mereka untuk tujuan handfeed.:) Memang best pengalaman handfeed ini sungguhpun ia memenatkan kerana pada waktu umur kurang 2 minggu, selang 2 jam diperlukan sehinggakan kami set jam untuk berjaga di awal pagi heheee..


Anak-anak Personata Blue Masked
3. Induk Personata Blue Masked.
3.a)  Kuantiti Telur: 4 biji  ; Setakat hari ini 2baby berjaya menetas..masih menanti semoga berjaya menetas selebihnya.
3.b) Saya dan isteri amat mengharapkan batch kali ini ada albino kerana merindui kenangan lama bersama Jojie The Albino Red Eyes Ring LB.


Anak-anak Opaline **waktu ini baru sekor menetas**
4. Induk Opaline.
4.a) Kuantiti Telur: 2 biji  ; keduanya berjaya menetas :)  merupakan pencapaian Terbaik pasangan ini.
4.b) Bila umur baby nya mencecah 2 minggu, ini juga akan saya ambil untuk handfeed supaya menjadi super tame :)

Saya mendoakan semoga pemilik blog ini akan lebih berjaya membiakkan seterusnya menghasilkan anak-anak LB yang cantik :)  ~Terima Kasih~





Best regards,

Thursday, February 7, 2013

Rezeki Awal Tahun 2013 :) Part 1



1. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan Rahmat-Nya mengurniakan rezeki di awal tahun 2013.

2. Selain diberikan rezeki kesihatan yang baik, wang ringgit dan lain-lain, LB jinak kami Iep dan Iepy menghadiahkan 2ekor baby yang cute miute heheee buat masa ini. Harapnya 2 biji telur lagi menghadirkan baby LB lagi, mudah-mudahan.

3. Ini ialah batch yang ke-3 setelah direhatkan selama sebulan selepas batch yang sebelumnya. Agak produktif juga induk ini kerana tidak lama Nestbox diletakkan, x sampai 2 minggu dah bertelur semula. Inilah yang dinamakan Rezeki Awal Tahun 2013 :)

4. Pada waktu gambar ini diambil, jangkaan umur adalah dalam lingkungan 3-4 hari. Kita tunggu dan lihat warna apa yang akan keluar nanti. Jika ikut batch sebelum ini masing-masing warna hijau dan kuning.

5. Mudah-mudahan baby ini akan membesar dengan sihat dan cergas. Jika tiada halangan, baby ini akan dikeluarkan dari Nestbox bila umurnya mencapai 2 minggu untuk dihandfeed oleh kami heheee...


Best regards,

Saturday, January 12, 2013

~Leg Band For Lovebird~

1. Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada pelayar blog ini. Semoga tahun ini memberikan kemurahan rezeki, kesihatan yang baik dan amalan yang lebih baik InsyaAllah.

2. Untuk posting awal tahun 2013, walaupun sudah hampir setahun memiliki Leg Band ini baru sahaja saya terbuka hati untuk menulis sesuatu mengenainya heheee. Maklumlah, untuk melakukan sesuatu dengan baik mood juga memainkan peranannya.

3. Sebenarnya pelbagai nama panggilan yang digunakan untuk  mengenali Leg Band antaranya ialah ring kaki, cincin kaki, gelang kaki dan sebagainya. Walaubagaimanapun tujuannya adalah sama iaitu untuk merekodkan susur galur lovebird tersebut.

4. Breeder kecil-kecilan seperti saya ini amat peka tentang hal susur galur lovebird ini agar tidak berlaku inbreeding atau dalam konteks bahasa yang selalu dan mudah kita dengar sumbang mahram :)
Kita tidak mahu berlakunya inbreeding kerana baka yang akan dihasilkan adalah lemah dan mungkin mengalami masalah-masalah teknikal lain.

5. Selain itu, kita dapat merekod dan mengenalpasti dari segi umur dan batch yang keberapa lovebird itu. Anda bayangkan jika10 ekor lovebird yang matang dan mempunyai warna yang sama tetapi tidak mempunyai leg band. Bagaimanakah untuk menentukan lovebird ini dari induk yang mana, berapa umurnya??

6. Dengan zaman yang moden ini, pelbagai saiz leg band dapat dihasilkan dengan finishing yang pelbagai bergantung kepada saiz Unggas yang dimiliki.


7. Seperti lovebird saya, leg band ini sesuai dipakaikan dari umur 12-16hari untuk masked lovebird. Manakala untuk peachface lovebird dari umur 9 - 13hari kerana saiz baby peachface ini lebih besar.

8. Semoga kita dapat sama-sama buat yang terbaik untuk diri kita dan unggas-unggas yang kita miliki. Wassalam.




Best regards,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...