Friday, December 14, 2012

Persediaan Ubat Asas Menghadapi Musim Hujan/Panas Tidak Menentu

1. Salam hari Jumaat kepada pelayar blog ini :-) semoga hari ini dan hari seterusnya kita mendapat berkat dan rahmat daripada-Nya.

2. Bulan Disember amat sinonim dengan musim Tengkujuh di Pantai Timur Malaysia. Sungguhpun begitu, sebahagian besar negara kita menghadapi musim hujan hampir setiap hari dan ianya berpanjangan sehingga awal tahun hadapan.

3. Mengikut pengalaman, pengetahuan dan pembacaan saya musim hujan atau sejuk ini memudahkan penyakit berjangkit seperti sakit mata mudah merebak ikut udara atau angin. Tambahan pula cuaca yang tidak menentu seperti hujan di waktu pagi diselang-seli pula dengan panas yang terik.

4. Doktor pakar juga menasihatkan kita agar mengurangkan aktiviti luar, inikan pula burung kesayangan kita yang terdedah secara langsung kepada persekitaran yang tidak menentu ini.

5. Maka, kita harus peka dan bersedia sebarang kemungkinan burung kita dijangkiti sakit mata. i.e burung mula menggeselkan matanya di perch atau sayap yang boleh mendatangkan kecederaan yang seirus.

6. Jika terdapat simptom-simptom awal ini, bertindaklah memberikan rawatan segera sebelum terlambat. Dalam masa ini, saya akan setiap hari memberikan vitamin ke dalam air supaya dapat mengekalkan tahap kesihatan yang baik menghadapi musim ini.

7. Gambar di atas menunjukkan persediaan dan cara menggunakan ubat. Gambar dan cara itu saya pelajari/perolehi daripada Pak Raja yang berkongsi pengetahuan beliau. Saya hanya memanjangkan ilmu ini agar peminat-peminat unggas dapat manfaat bersama dan mengurangkan risiko kematian burung kesayangan.

Best regards,

Tuesday, November 20, 2012

Pengalaman 'Berharga' Memelihara Budgie +_+

Inilah budgie kesayangan yang terkorban 
Kebanyakannya ialah induk blue series...
1. Tanggal 18 November 2012 merupakan hari yang paling memberikan dugaan kerana pada hari itu Budgie saya di dalam aviary diserang oleh Lebah. Berat mata memandang berat lagi hati yang melihatnya huhuhuuu...

2. Ini merupakan pengalaman paling 'Berharga' kerana sepanjang lebih kurang 2 tahun lebih memelihara budgie inilah pertama kali berlakunya serangan lebah yang tidak diduga.

3. Pada hari minggu tersebut, seperti kebiasaan rutin harian membuka sliding door rumah dengan rasa sangat terkejut dan hiba melihatkan banyak budgieku telah bergelimpangan terdampar di lantai aviary.

4. Sangkaan pertama yang terlintas di minda adakah semua ini akibat keracunan makanan atau minuman? Ternyata sangkaan saya meleset sekali sebabnya amatlah jelas kematian budgie2ku adalah disebabkan serangan Lebah yang mula bersarang di salah sebuah nestbox.

5. Tanpa membuang masa saya terus menelefon sahabat pemburungan meminta idea dan pandangan bagaimana solusinya untuk menghalau Lebah itu. Antara idea yang menarik ialah meletakkan belacan atau ikan kering di kawasan kawanan Lebah. Ada juga yang menyarankan menggunakan asap atau racun serangga lain. Yang paling tak tahan disuruhnya sya membela kawanan lebah tersebut untuk mendapatkan madunya.

6. Dengan perasaan yang bercampur baur, saya nekad untuk menggunakan spray serangga dan akhirnya hanya sebahagian kawanan Lebah yang dapat ditumpaskan. Pada masa yang sama, saya berdoa agar kawanan Lebah ini dapat di'alih'kan ke kawasan yang lain.

7. Jumlah kematian budgie direkodkan kali ini yang tertinggi iaitu 19 ekor dalam sekelip mata. Semuanya telah selamat saya tanam di laman rumah tanda kasih sayang dan terima kasih kerana menemani saya sekeluarga.

8. Akhir kata, saya redha dengan pemergian budgie-budgie saya kerana ia adalah perkara yang telah ditentukan oleh-Nya. Saya tidak akan berputus asa dalam dunia Parakeet ini kerana ini adalah hanya sedikit dugaan dari-Nya dan pengalaman 'berharga' supaya kita lebih menghargai sesuatu yang masih dipunyai :-)


Best regards,

Saturday, November 3, 2012

Anak-anak Handfeed LB



 1. Salam kerinduan kepada dunia bloggers heheee..agak lama juga tidak post cerita-cerita terkini kerana agak sibuk kebelakangan ini.

2. Tambahan pula bila badan sudah penat bekerja seharian, mood/ilham pun bukan mudah nak menjengah ke fikiran kita.

3. Alhamdulillah, rezeki LB semakin menjadi-jadi :) Yang terbaru anak handfeed Personata Blue Masked dan PF vs Opaline (Anak Iep dan Iepy). Sekejap sahaja masa berlalu, pada tahun lepas  Iep dan Iepy yang saya handfeed telah berjaya menetaskan 2 biji telur daripada 4 biji untuk batch yang pertama ini :)

4. Maka tiada masalah untuk LB yang jinak menghasilkan zuriat tanpa menunggu masa yang lama, inilah buktinya. Best regards,

Friday, August 24, 2012

"Selamat Hari Raya Aidilfitri" :)


Best regards,

Sunday, July 1, 2012

Handfeed Baby LB "Jojie Jr" The Blue Masked :)

Hari ke-3 handfeed pada 29.06.12

Jangkaan umur pada waktu ini ialah 14 hari

1. Salam dan terima kasih kepada pelayar blog ini yang setia meluangkan masa untuk membaca catatan pengalaman saya yang tidak seberapa ini.

2. Bagi melepaskan rindu kami sekeluarga kepada Jojie, maka kami telah menamakan baby LB ini sebagai Jojie Jr. Pada awalnya, sekali lagi memang tiada perancangan untuk menghandfeed Jojie Jr.

3. Apa yang saya rancangkan pada mulanya adalah untuk menjual baby hfeed ini kerana ada rakan yang bertanya tambahan pula untuk mencari budget untuk menambahkan koleksi baru.

4. Tengahari itu, apabila saya keluarkan sahaja dari Nestbox, berikut adalah sketsa di waktu tengahari;
Isteri          : Abg, nak buat apa tu turunkan Nbox?
Kelisa_Rtg : Saje nak lihat baby LB nih. Abg ingat nak jual la, boleh carikan pasangan untuk masked blue yang satu tu.
Isteri          : Eh abg, cuba tengok warna bulu dia ni, pastu bahagian kepala dia. Warna dia lain sikit nampak macam hijau turqoise pastu bahagian kepala macam Jojie. Yang ni pun sama macam Jojie kecil lagi tapi tak takut dengan orang.
Kelisa_Rtg : Ye ker? yang ni kecil lagi rasanya mesti la warna blue masked juga ni.
Isteri          : Iyerrr..kita handfeed la abg, nanti mama tolong la handfeed kan.
Kelisa_Rtg : Sayang pula rasa nak jual, baik lah kita handfeed jer dah mama kata macam tu. Hehehee..

5. Begitulah lebih kurang perbualan kami menunjukkan titik permulaan bagaimana kami mengambil keputusan untuk menghandfeed Jojie Jr.

6. Ahlan Wasahlan Wa Marhaban...Welcome On Board Jojie Jr. Semoga dengan kehadiranmu menambahkan seri koleksi parrots di rumah ini Heheee.

7. Insya-Allah saya akan meng-update gambar perkembangan Jojie dari masa ke semasa di sini.

****Jojie Jr. telah pergi selamanya pada 9 July 2012, kematian yang mengejutkan...Maafkan Kami huhuu****

Terima kasih di atas sokongan Anda!!




Best regards,

Friday, June 22, 2012

Second Batch of Personata Blue Masked :)







1. Salam sejahtera kepada pelayar blog ini :-) Post kali ini berkenaan Personata Blue Masked telah menghasilkan baby lagi.

2. Saya memanjatkan rasa kesyukuran dengan limpah kurnia-Nya memberikan rezeki yang comel ni.

3. Ibu induk ini telah menghasilkan 4 biji telur, walaubagaimanapun hanya 2 sahaja yang menetas. Seperti yang pernah saya sebutkan, induk ini mmg terbaik..ibunya sentiasa menjaga temolok anak2nya supaya tidak kering. Bapanya juga tidak jemu untuk membantu menyalurkan makanan.

4. Induk ini sememangnya tidak menghampakan saya. Sekejap sahaja 'Jojie' sudah mempunyai adik2 baru, tapi apakan daya tuhan lebih menyayanginya. Rasanya tidak sanggup untuk mengingati kenangan yg singkat bersama 'Jojie'..rasa sedih dan hiba pula. Ok lah, life must go on. Mungkin ini sudah suratan takdir dan telah tertulis. Saya redha dengan ketentuanNya.

5. Baby kali ini telah diRingkan dengan Tag  ADAM003 dan ADAM004. Pada pendapat saya ADAM003 adalah FEMALE, dan keyakinan saya amat tinggi. Manakala ADAM004 adalah MALE, tetapi saya masih ragu-ragu juga. Suka saya mengingatkan, ini hanya pemerhatian awal secara fizikal yang saya pelajari daripada Pak Raja. Pendapat ini mungkin benar atau sebaliknya kerana hanya sebagai rujukan awal.

6. Buat masa ini saya belum berniat lagi hendak menjual baby ini, sebaliknya jika ada rakan2 di luar sana yang mempunyai baka personata blue masked ini saya berharap dapat bertukar burung supaya dapat mengelakkan pembiakan bloodline yang sama.

7. Akhir kata, sayangilah pets anda seperti mana anda menyayangi diri anda. Sekian.

Best regards,

Thursday, May 31, 2012

My Luvly Whistle The Silver IRN :)




1. Alhamdulillah, dengan berkat dan limpah kurnia-Nya saya berpeluang untuk memiliki seekor IRN warna Silver pada umurnya sekitar 3bulan lebih menurut tuan lamanya.

2. Rakan burung ini telah menjualkan IRN ini kepada saya memandangkan keadaan dirinya yang semakin sibuk dan semestinya harga yang diberikan adalah harga 'kawan-kawan' heheee..inilah yang dinamakan rezeki yang kadang-kadang kita tidak terjangka.

3. Mengikut telahan awal IRN ini rasanya jantan, tetapi belum ada kepastian yang sahih kerana umurnya yang masih muda belia. Jika dah agak-agak matang baru lah kita boleh melihat dengan lebih jelas 'Ring' nya. Jika jelas kelihatan maka benarlah ianya seekor IRN jantan, jika tidak adalah sebaliknya.

4. Whistle atau dalam bahasa melayu yang mudah dipanggil Wisel adalah nama yang diberikan oleh saya. Wisel boleh dikatakan semi tame  sebab kurang layan..bila hari cuti sabtu, ahad dan cuti umum baru dapat tumpu lebih masa.

5. Masa mula-mula tiba di rumah, wisel ni selalu bunyi Meoww..ingatkan kucing mana la yang sesat heheee..memang kelakar  la masa tu kan. Sebelum ni mmg kita kenal la bunyi budgie, LB dan Tiel tak pernah pula dengar parrot bunyi kucing. Keesokan harinya barulah ia mengeluarkan bunyi yang sebenar hehee, mmg unik bunyinya tu.

6. Sebenarnya, Wisel telah berada di rumah saya pada pertengahan bulan April2012.

Nota;
1. Gambar akan di uploadkan asap. :-) Best regards,

Wednesday, April 18, 2012

My Luvly Jojie The Albino LB =)


(a) Masa awal handfeed


(b) Jojie bila dah besar mungkin jadi macam ni :)


(c) Gambar hari ini Jojie =)

1. Salam sejahtera buat pengunjung blog ini. Post kali ini adalah untuk updates my first Albino baby LB.

2. Alhamdulillah, memang confirm Jojie ini ialah LB Albino kerana bulu pelepahnya putih dari kepala sehingga ke ekor. Tambahan pula matanya merah dan ada ring pula hehehee..

3. Jojie ini telah saya asingkan daripada parentsnya kerana kelihatan bulunya di bahagian atas seakan dicabut, maka saya keluarkan terus bagi handfeed. Mungkin parentsnya pun pelik macam mana boleh dapat baby yg berwarna putih sedangkan kedua-dua mereka berwarna biru.

4. Isteri saya yang banyak handfeed dan sayang kat Jojie ini kerana ianya unik/rare susah nak dapat di Malaysia ni hehee..tambahan pula ia memang manja sangat dan mudah untuk dihandfeed. Pendek kata, tak banyak ragam lah. Saya pun pelik macam mana Isteri saya dengan besar hati nak menjaga dan menghandfeed baby LB ini. Terima kasih banyak-banyak sayangku kerana memahami hobi ku ini hahaaaa...ayat bagi credit sikit heheee..

5. Ini adalah sesuatu yang tidak dirancang. Nasib baik ada stok Kaytee lebih sememangnya standby jika perkara begini berlaku. Walaubagaimanapun saya telah pun membeli Kaytee tambahan 500gram lagi untuk Jojie dan jika ada lebihannya untuk stand-by.

6. Anak-anak juga suka main2 dengan Jojie kerana ia tidak gigit, main-main jer. Alhamdulillah, bulunya semakin penuh dan gebu putih macam merpati putih pun ye juga.

7. Welcome wa Marhaban Jojie into our Family :D
~Semoga dengan kehadiranmu dapat memeriah kan dunia Parrots kami~

Updates;
1. Jojie telah meninggalkan kami selama-lamanya pada 5June2012..sungguh amat sedih mengenangkan pemergiannya..huhuuu...
2. Terasa amat berat menerima kenyataan ini tetapi kami sekeluarga redha dengan pemergiannya. Mungkin tuhan lebih menyanyanginya.
3. Semoga kita bertemu kembali di Syurga nanti ya Jojie..Aminn..

Best regards,

Friday, March 23, 2012

Updates My First Baby LB =)


1. Salam hari Jumaat kepada pengunjung blog ini. Saya berasa amat bersyukur kerana 2 ekor baby LB berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera. Terima kasih kepada induknya kerana rajin dan amat perihatin menjaga makanan dan kebersihan anak-anaknya.

2. Saya berasa amat teruja kerana salah seekor baby LB ini mempunyai mata yang berwarna merah!! Maha Besar dan Maha Suci Allah s.w.t saya pun macam tidak percaya sahaja kerana Induknya adalah masked blue series atau secara specificnya Personata Blue Masked :)

3. Sekarang saya tengah mengira hari kerana ingin mengetahui apakah warna yang akan terbit dari baby LB yang red-eyes ini. Sama-ada warna kuning atau warna putih? Tunggu dan lihat sahaja perkembangannya yang saya akan update di blog ini.

4. Pada hari ini, anggaran umur adalah 16-17 hari. Semalam pada hari Khamis 22-March-2012 hari yang bersejarah juga kerana Leg Band ADAM002 telah disarungkan ke kaki kanan baby LB red eyes kerana menjangkakan ia seekor Jantan.

5. Untuk tujuan rekod, ADAM001 telah disarungkan ke kaki kiri baby LB blue pada hari Jumaat 16-March-2012 pada anggaran umurnya 8-9 hari.

6. Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan melaporkan kelahiran baby LB ini kepada pihak PERHILITAN untuk memperbaharui kuantiti yang tercatit di dalam surat lesen.

7. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan sokongan, khidmat nasihat dan pandangan sehingga berjaya mengakhiri penantian baby LB ini.



Best regards,

Tuesday, March 13, 2012

My Lovely LB sudah ada Baby!! =)

Kelihatan 2 baby LB; umur 3-4 hari

Umur Lingkungan 5-6 hari

1. Saya berasa amat bersyukur kerana Lovebirds saya sudah berjaya menghasilkan telur seterusnya menetas dan mendapat 2 ekor baby daripada 3 biji telur.

2. Saya baru perasan kehadiran baby ini selepas kedua-duanya menetas lebih kurang 3-4 hari.

3. Maka, saya perlu pastikan kebersihan air minuman sentiasa terjamin. Selain daripada itu, makanan haruslah sentiasa mencukupi seperti roti, samabau, dedak emas10, kuaci dan sekali sekala sayuran.

4. Nampaknya tumbesaran baby ini amat pantas, tak lama lagi akan dipasangkan dengan Ring kaki yang pertama ADAM001 dan ADAM002 heheheee..

5. Jika anda nak tahu LB baby ini jenis apa, ehem-ehemm..tunggulah saya updates perkembangannya dari masa ke semasa. Yang pastinya bukan dari mutasi Peach Face :p Best regards,

Sunday, February 12, 2012

Wing Clip for LoveBird

Selepas wing clip dari pandangan sisi, kemas kan? :)

1. Salam hari minggu kepada pengunjung blog ini. Posting kali ini adalah cara Wing Clip yang boleh kita lakukan ke atas LB kita.

2. Gambar dan teknik ini adalah ihsan daripada Otai Supertame LB Sis Yoke Chin kerana saya masih tiada pengalaman mengenai perkara ini. Semoga ilmu ini dapat memberikan manfaat kepada saya dan orang lain yang berminat heheee..

3. Sebenarnya pelbagai teknik dan cara yang kita boleh dapati dari Internet bagaimana cara untuk wing clip LB. Sudah tentulah kebanyakannya daripada breeder Overseas. Syukur pada kali ini kita dapat melihat sendiri cara breeder tempatan Sis Yoke Chin melakukan Wing Clip pada LBnya.

4. Sis Yoke Chin Quote "Bagi Sis nampak kemas kalau 'flight feathers' no 1 - 2 kat tepi tidak dipotong & terpulang kpd individu. :)" Saya sangat bersetuju dengan kenyataan Sis ini hehehee..

5. Mungkin ada di antara kita yang merasakan free fly lagi best, terpulanglah kepada individu. Free fly mmg la best, cuma takut free free jer fly ke tempat lain huhuhuuu..

6. Ok friend enjoys the pictures;
(a) Wing clip kepak sebelah kanan.


(b) Wing Clip kepak sebelah kiri


(c) Pandangan dari atas selepas wing clip.


7) Credited to Otai LB Supertame; Sis Yoke Chin from 'MBF' kerana murah hati untuk share ilmu ini.


Best regards,

Thursday, January 12, 2012

Induk Budgie For Sale!! -Swap with LB :-)






Salam kepada pelayar blog;
1. Parrot kecil ini mungkin relevan kepada peminat burung nuri, love bird dan cockatiel.
Saya ada 2 hingga 3 pasang induk budgie yang aktif untuk dijual.

2. Sebab jual kerana saya ingin fokus kepada LoveBird pula.

3. Ada induk yang sedang mating dan mahu bertelur lagi dan ada pula baru sahaja bertelur semula. Anda boleh datang untuk melihatnya sendiri.
Jika anda datang dan memilih induk yang sudah bertelur, ambil lah sekali dengan telur dan
tempurung/NBBK nya :)

4. Tetapi jika telurnya sudah menetaskan baby, harap maaf saya terpaksa simpan dahulu demi kebajikan baby budgie ini.

Harga: RM 150/pair
Contact/sms: 012-3634417

Nota:
1. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mendapat hasil pertama, hampir setahun juga menunggu budgie muda menjadi matang dan mula membiak.
2. Rebutlah peluang yang sedia ada untuk memupuk hobi dan minat anda terhadap parakeet budgie ini heheee..
3. Buyer datang, lihat dan beli...maaf, tiada penghantaran ke luar kawasan Pasir Gudang, Johor Bahru.
Best regards,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...