Tuesday, October 26, 2010

Home » » Results -DIY Food Auto-feeder

Results -DIY Food Auto-feeder








1. *Gambar di atas menunjukkan hasil food auto-feeder dengan platform saringan habuk sekoi. *Gambar akan di-updatekan kemudian yer.

2. Kelihatan budgie2 yang kelaparan makan didalam platform kecil yg disediakan. Bahagian kepala budgie sahaja yang boleh memasuki ruang sekoi untuk memastikan sekoi tak boleh dikais dan mengelakkan najis budgie.

3. Nampaknya hasil DIY ini amat memuaskan hati. Gambar ini sebagai bukti bahawa DIY Auto-feeder ini telah mengelakkan kulit sekoi daripada bertaburan di lantai aviary. Saya boleh katakan 80 - 90% kulit sekoi jatuh kedalam saringan platform besar. Ianya terperangkap disitu, senang nak maintenance dan secara tak langsung menjaga kebersihan aviary.

4. Kepada bro Senduduk Putih, seperti yang dijanjikan saya dah ambil gambar lubang yang kecil untuk sekoi keluar. Saiz tu agak2 jer yang penting tingginya tidak boleh melebihi ketinggian platform kecil. Minta maaf kerana agak lama nak postkan gambar tu.

5. Biasanya saya masukkan sekoi 1 kg dalam botol gula2 tersebut. Untuk lapan (08) ekor budgie, nak menghabiskannya pun agak2 2 ke 3 minggu juga. Maka saya tidak perlu risau lagi memikirkan budgie kehabisan makanan apabila balik ke kampung nanti. Oooppss, sekarang budgie saya dah meningkat sekali ganda iaitu sebanyak enam belas (16) ekor hehheee.Maka rasanya dalam 1 ke 1.5 minggu memang langsai ler sekoi tu. Tambahan budgie yang dibeli bakanya dari Pantai Timur Malaysia.

6. Saya juga dapat menjimatkan masa maintenance untuk bagi makan budgie kan, kalau sebelum ni 2 ke 3 hari dah nak kene ganti sekoi baru. Tetapi hasil kali ini menunjukkan methodology kali ini amat membantu saya dan budgie. Bak kata orang putih, win-win situation.

7. Better saya postkan dulu cerita kali ini in advance, nanti updatekan gambarnya ye :) tq. Best regards,

2 comments:

  1. Kasi post foto Bro biar meriah...hehe
    Belom buat2 lagi deh...
    Dlm aviary tu cepat betol habis sekoi...
    Kuat tol mkn...

    ReplyDelete
  2. Ok bro dah post foto..
    sekarang ni mmg meriah tul..maybe pasni moga cepat membiak macam budgie bro hehee..
    budgieni mmg kuat makan pun..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...