Friday, October 8, 2010

Home » » New Collections from Budgie Breeder in Malaysia Part-I

New Collections from Budgie Breeder in Malaysia Part-I





1. Gambar di atas adalah gambar budgie yang bakal memeriahkan lagi aviary saya di Selatan Tanahair.

2. Budgie2 yang cantik itu (pada pendapat saya la kan) ketika ini masih di sana, dipilih daripada breeder yang berasingan di Pantai Timur, Malaysia.

3. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'Sahabat' saya di sana kerana sanggup membantu mencapai hajat saya untuk memiliki budgie baka Pantai Timur. Walaupun usia perkenalan kami amat singkat, hanya di *alam maya tetapi minat terhadap budgie ini telah menjalinkan ukhuwah persaudaraan dan persahabatan yang menggalakkan.
*alam maya -diForum2 laman web di internet.

4. Walaubagaimanapun, beliau masih belum bersedia lagi untuk mendedahkan identiti beliau hehehe..jeng..jeng..jeng!!

5. Usaha tangga kejayaan. Itulah yang saya lakukan untuk mendapatkan koleksi budgie terbaru. Antara sebabnya hendak menggantikan budgie betina yang menghilangkan diri. Oleh kerana breeder-breeder budgie di bahagian Selatan Tanahair ni kehabisan stok, maka saya terus berusaha mencari breeder di Utara, Ibunegara, dan akhirnya ke Pantai Timur Malaysia. Alhamdulillah.

6. Ini adalah pertama kali budgie yang saya beli "di-import" dari luar negeri Johor&Melaka. Semoga perjalanan yang jauh itu tidak memberi kemudharatan kepada budgie-budgie itu nanti.

7. Saya amat berharap budgie2 itu nanti happy dan berasa selamat berada di aviary saya nanti. Mudah-mudahan cepat membiak dan saya dapat mempromosikan budgie ini sebagai pet pilihan di rumah :) Best regards,

2 comments:

  1. Syabas Bro...
    Akhirnya dpt gak pengganti budgie yg MIA tuh... Hebat tu sampai 4 pairs skali order..
    Nanti kawe nak order gak lah... hehehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..usaha tangga kejayaan :) itupun ada 'member' nak tolong kan. lagipun warna2 budgie tu mmg menarik bro heheheee..alang2 nak order sebab jauh, amikler 4 pairs sekali..klu nak order kene ler tanya 'member' yg tolong kwn tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...