1. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud :
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". [Ali Imran:185].
Itulah ayat peringatan yang amat jelas mengingatkan bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Maka, secara tidak langsung ayat ini juga menjadi penawar kepada saya di atas permergian Iep LB jinak secara mengejut.
2. Nak sedapkan hati, cepat atau lambat Iep LB jinak tetap akan terbang menemui penciptaNya. Maka, saya redha di atas qada dan qadar yang telah ditentukanNya.
3. Pada hari Isnin, 25 Februari 2013 seperti biasa rutin harian menjengah sebentar ke sangkar2 burung. Terkejut, lalu berasa hiba kelihatan Iep LB jinak telah kaku kelihatan di lantai cage. Tubuhnya sempurna, tiada tanda-tanda kecederaan fizikal mahupun dihurung semut menandakan Iep baru beberapa jam sahaja telah mati.
4. Terimbau pula kenangan bersama Iep terutama sekali pada masa lalu menghandfeednya yang sentiasa manja dan aktif. Untuk pengetahuan umum, Iep ialah hadiah dari Pak Raja tanda salam perkenalan. Nampaknya hanya bertahan setahun lebih sahaja menjadi sebahagian koleksi LB saya.
5. Demi memperingati, tanda kasih sayang dan ucapan terima kasih kepada Iep kerana sempat menurunkan bakanya, saya berbesar hati semadikannya di dalam kawasan rumah saya dengan harapan rohnya akan aman dan diketemukan kelak di Syurga Insya-Allah.