Tuesday, May 10, 2011

Home » » Giliran Tiels Pula Bertelur :-)

Giliran Tiels Pula Bertelur :-)




*Ada 5 biji telur Tiels yang dihasilkan untuk first batch kali ini :)

1. Petang tadi, macam biasa tambahkan makanan burung yang dalam cage seperti Lovebird dan Cockatiels.

2. Tangan ni tetiba jer rasa nak buka dan jenguk Nestbox Tiels tu..jeng..jeng..jeng..Kelihatan sebiji telur yang sgt 'hangat'. Alhamdulillah, syukur kerana akhirnya Tiels ku ini bertelur juga :)

3. Walaupun terlalu awal untuk berasa gembira kerana tidak semestinya telur itu mempunyai benih, tetapi ia tidak dapat menahan jariku ini untuk merekodkan sesuatu hari yang penting seperti hari ini.

4. Sepanjang pemerhatian saya pada 2 minggu lepas, kelihatan Tiels betina ini selalu kuar masuk dalam Nestbox. So far, saya tidak pula pernah 'terserempak' pair Tiels ini buat aksi panjat memanjat (mating). Itu sebab saya tidak menghiraukan sangat pair ni, cuma pastikan air selalu diganti baru dan makanan ada secukupnya.

5. Andai kata telur ini tiada benih, diharapkan next batch pair ini boleh melakukan sesuatu hehehee..lagipun mungkin nak bertelur pada batch berikutnya mudah sikit sebab untuk first timer bertelur ini memang sukar sedikit.

6. Semoga rakan-rakan di luar sana yang ada idea atau pengalaman tentang penjagaan Tiels muda yang baru bertelur dapat memberi tunjuk ajar yer..boleh ker?

7. Jika boleh sudilah kiranya memberikan komen anda di ruangan Comment untuk rekod dan berkongsi ilmu dengan peminat Tiels yang lain.

Updated on 16 May 2011
8. Semalam pagi, lepas basuh aviary kebetulan ibu Tiels tu keluar untuk makan maka dengan kadar secepatnya saya masuk aviary untuk melihat di dalam nestbox perkembangan terkini.

9. Alhamdulillah, kelihatan 4 biji telur sudah dikeluarkan oleh ibu muda Tiels ni. Kita tunggulah dalam 2 minggu lebih lagi mudah-mudahan boleh menetas Insya-Allah.

*Nota:
1. Gambar belum nak snap lagi, bagi ruang sikit dekat Tiels tu. Lagipun baru sebiji jer hehehe..
Ok. sudah diuploadkan untuk tontonan umum.


Best regards,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...