Sunday, April 17, 2011

Home » » Updates Anak Budgie

Updates Anak Budgie








1. Umur anak budgie ni pun lebih kurang hampir satu bulan. Kelihatan anak yang sulong bulu pelepah pun agak penuh, warna biru laut hehehee..

2. Itu yang seronoknya jika dapat breed budgie ini kerana walaupun parentsnya warna ungu, anaknya tidak semestinya warna ungu juga. Mungkin ikut gen atuk nenek moyang diaorang kan. Batch pertama ini 3 ekor, satu warna biru laut dan yang dua ekor lagi tidak dapat dipastikan kerana bulu pelepah belum pecah lagi.


3. Sebenarnya, saya mmg meminati budgie berwarna biru atau yang menghampiri biru macam ungu. Itu pasal ler dalam kleksi saya ini lebih kepada warna biru.

4. Sekarang rasa tak kisah warna apa pun, janji budgies sume sihat dan cergas dah kira syukur.

5. Gambar memang dah snap, tak sempat jer nak upload pagi-pagi minggu ni :)

6. Dapat snap pun sekor tu jer yang duk kuarkan kepala daripada Nest-Box Buah Kelapa (NBBK) minta makan daripada ibunya. Ada masa nanti nak snap gambar ketiga-tiga baby budgie tersebut.

7. Ibunya ini mmg jenis protective, bila nak buka jer NBBK tu dia pun sama sibuk juga masuk dalam temankan anak-anaknya. Itu yang buat saya tak sampai hati nak ganggu diaorang ni. Just snap gambar bahagian luar jer.

8. Apabila dah buka NBBK tu untuk snap gambar ketiga-tiga baby, baru perasan 2 ekor tu warna biru laut. Maka tinggal yang bongsu jer lagi tidak dapat dipastikan warna apa.

9. Buat masa ini saya tidak dapat memastikan jantina baby2 ni sebab masih umurnya 1 bulan, lagipun saya belum expert lagi nak tentukan jantinanya masa baby nih.

10. Jika ada otai-otai pengunjung blog ini yang berpengalaman, sudilah kirannya memberikan pendapat anda mengenai jantinanya di ruangan komen.

11. Terima kasih kerana melayari blog ini!! :-)

*Update sikit; 2 ekor anak budgie yang pertama berwarna biru laut telah keluar dari NBBKnya pada lebih kurang 20.04.2011. Manakala adiknya yang bongsu berwarna kelabu lembut teah juga keluar dari NBBK nya pada 26.04.2011.

Note:
1. Gambar akan diupdatekan kemudian..mcm biasalah hehehee..
-OK dah di-updatekan :)

Best regards,

3 comments:

  1. salam, nak tye. camner burung2 nih boleh membiak? ada bagi makan apa? ker? pernah dulu bela burung2 nih, tp macam susah nak biak jer? mgkin boleh kongsi ilmu sket?

    ReplyDelete
  2. klu blh email saya yerk. TQVM :)

    mbh_art81@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Burung budgie nie mmg mudah nak membiak. Untuk merangsang breeding mood dgn cepat lebih baik jika ada 2 ke 3 pair.
    Makanan macam2 boleh, sekoi, roti..macam2 lagi, bro boleh baca entry dalam blog ni.
    Bro beli burung dari petshop ker? Petshop ni budgie banyak asal dari Siam, mmg kira nasib-nasib jer boleh biak.
    Kongsi ilmu? :) blog saya ini mmgnya diwujudkan untuk kita peminat burung sama2 share knowledge.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...