Thursday, April 28, 2011

Home » » DIY -NBBK Lagii !!!

DIY -NBBK Lagii !!!

NBBK Stok01
Bahagian luar NBBK

NBBK Stok01 Inner
Bahagian dalam NBBK

1. Salam kepada pelawat blog ini. Bercerita mengenai NBBK bagi saya amat menarik kerana keunikan yang ada pada NBBK itu sendiri.

2. Kepada rakan-rakan yang pertama kali membaca atau mendengar mengenai NBBK ini, mungkin tertanya-tanya apakah NBBK ini. Saya rasa adalah wajar untuk saya recap. tentang NBBK.

3. NBBK secara bahasanya ialah Nest-Box Buah Kelapa hehehee :) dari segi istilahnya ialah sarang atau perumah untuk burung yang diperbuat daripada buah kelapa.

4. Baru-baru ini, saya ada buat NBBK yang jauh lebih baik daripada percubaan pertama membuatnya. Gambar yang terpapar ialah gambar terbaru NBBK yang saya buat.

5. Di sini saya tidak akan menceritakan bagaimana cara membuatnya secara terperinci kerana segala informasi pembuatannya telah saya postkan sebelum ini.

6. Sila click DIY -'Nest Box' Buah Kelapa (NBBK) untuk mengetahui cara-cara asas pembuatannya.

7. Sila click Additional Info : Nestbox Buah Kelapa (NBBK) untuk mengetahui maklumat tambahan yang dikongsikan oleh rakan forum kita.

8. Apabila kita dah tahu yang asas, maka banyak penambahbaikan yang boleh kita lakukan apabila membuatnya. Sebagai contoh, NBBK saya kali ini lebih kemas dan menarik kerana bukaan NBBK yang mudah kerana menggunakan engsel, tidak menggunakan cable tie, Buah Kelapa yang besar, tempurung dibahagian bawah dikekalkan dan banyak lagi :)

9. Untuk mengetahui perincian mengenainya sila click NBBK Product.

10. Jangan malu, jangan segan untuk memberikan sebarang ulasan atau pendapat di ruangan komen.

11. Thank you for your time. Cheers!! Best regards,

4 comments:

  1. Ni kalau dah bertelur dlm NBBK ni, then kemudian kita tukar guna nest-box selepas tu, mudah tak utk burung tu bertelur lagi? ataupun dah merajuk tak nak bertelur? Nmpak menarik lah NBBK bro yg baru ni..

    ReplyDelete
  2. Bro, dalam aviary saya ada letak Nest-Box juga. Tetapi pilihan mereka adalah NBBK :)
    Campur-campur dalam aviary tu, tapi lepas ni mmg nak guna NBBK sebab keluasan yg hampir sama dgn nest-box, senang nak maintain dan nampak comel budgie kuar kepala kat NBBK tu hehehee.

    ReplyDelete
  3. Oh.. ye ke mcm tu..
    sy baru beli lovebirds.. ni plan nak buat cage besar skit.. :)
    harap2 cepat lah bertelur tu..
    tp nak try guna nest-box jer..

    ReplyDelete
  4. Guna nest-box pun bagus juga. NBBK ialah pilihan lain yang baik selain nest-box.
    Semoga lovebird bro berjaya dibreedkan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...