AKN Chalet, Pantai Puteri Berwajah Baru!!!!!
-
AKN Chalet yang terletak di Pantai Puteri sudah berwajah BARU!!!!!!:)
Kepada customer-customer kami dan sesiapa yang berminat untuk meyewa di AKN
Chalet, ...
Friday, August 24, 2012
Sunday, July 1, 2012
Handfeed Baby LB "Jojie Jr" The Blue Masked :)
Hari ke-3 handfeed pada 29.06.12
Jangkaan umur pada waktu ini ialah 14 hari
1. Salam dan terima kasih kepada pelayar blog ini yang setia meluangkan masa untuk membaca catatan pengalaman saya yang tidak seberapa ini.
2. Bagi melepaskan rindu kami sekeluarga kepada Jojie, maka kami telah menamakan baby LB ini sebagai Jojie Jr. Pada awalnya, sekali lagi memang tiada perancangan untuk menghandfeed Jojie Jr.
3. Apa yang saya rancangkan pada mulanya adalah untuk menjual baby hfeed ini kerana ada rakan yang bertanya tambahan pula untuk mencari budget untuk menambahkan koleksi baru.
4. Tengahari itu, apabila saya keluarkan sahaja dari Nestbox, berikut adalah sketsa di waktu tengahari;
Isteri : Abg, nak buat apa tu turunkan Nbox?
Kelisa_Rtg : Saje nak lihat baby LB nih. Abg ingat nak jual la, boleh carikan pasangan untuk masked blue yang satu tu.
Isteri : Eh abg, cuba tengok warna bulu dia ni, pastu bahagian kepala dia. Warna dia lain sikit nampak macam hijau turqoise pastu bahagian kepala macam Jojie. Yang ni pun sama macam Jojie kecil lagi tapi tak takut dengan orang.
Kelisa_Rtg : Ye ker? yang ni kecil lagi rasanya mesti la warna blue masked juga ni.
Isteri : Iyerrr..kita handfeed la abg, nanti mama tolong la handfeed kan.
Kelisa_Rtg : Sayang pula rasa nak jual, baik lah kita handfeed jer dah mama kata macam tu. Hehehee..
5. Begitulah lebih kurang perbualan kami menunjukkan titik permulaan bagaimana kami mengambil keputusan untuk menghandfeed Jojie Jr.
6. Ahlan Wasahlan Wa Marhaban...Welcome On Board Jojie Jr. Semoga dengan kehadiranmu menambahkan seri koleksi parrots di rumah ini Heheee.
7. Insya-Allah saya akan meng-update gambar perkembangan Jojie dari masa ke semasa di sini.
****Jojie Jr. telah pergi selamanya pada 9 July 2012, kematian yang mengejutkan...Maafkan Kami huhuu****
Terima kasih di atas sokongan Anda!!
Best regards,
Friday, June 22, 2012
Second Batch of Personata Blue Masked :)
1. Salam sejahtera kepada pelayar blog ini :-) Post kali ini berkenaan Personata Blue Masked telah menghasilkan baby lagi.
2. Saya memanjatkan rasa kesyukuran dengan limpah kurnia-Nya memberikan rezeki yang comel ni.
3. Ibu induk ini telah menghasilkan 4 biji telur, walaubagaimanapun hanya 2 sahaja yang menetas. Seperti yang pernah saya sebutkan, induk ini mmg terbaik..ibunya sentiasa menjaga temolok anak2nya supaya tidak kering. Bapanya juga tidak jemu untuk membantu menyalurkan makanan.
4. Induk ini sememangnya tidak menghampakan saya. Sekejap sahaja 'Jojie' sudah mempunyai adik2 baru, tapi apakan daya tuhan lebih menyayanginya. Rasanya tidak sanggup untuk mengingati kenangan yg singkat bersama 'Jojie'..rasa sedih dan hiba pula. Ok lah, life must go on. Mungkin ini sudah suratan takdir dan telah tertulis. Saya redha dengan ketentuanNya.
5. Baby kali ini telah diRingkan dengan Tag ADAM003 dan ADAM004. Pada pendapat saya ADAM003 adalah FEMALE, dan keyakinan saya amat tinggi. Manakala ADAM004 adalah MALE, tetapi saya masih ragu-ragu juga. Suka saya mengingatkan, ini hanya pemerhatian awal secara fizikal yang saya pelajari daripada Pak Raja. Pendapat ini mungkin benar atau sebaliknya kerana hanya sebagai rujukan awal.
6. Buat masa ini saya belum berniat lagi hendak menjual baby ini, sebaliknya jika ada rakan2 di luar sana yang mempunyai baka personata blue masked ini saya berharap dapat bertukar burung supaya dapat mengelakkan pembiakan bloodline yang sama.
7. Akhir kata, sayangilah pets anda seperti mana anda menyayangi diri anda. Sekian.
Best regards,
Subscribe to:
Posts (Atom)









