1. Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada pelayar blog ini. Semoga tahun ini memberikan kemurahan rezeki, kesihatan yang baik dan amalan yang lebih baik InsyaAllah.
2. Untuk posting awal tahun 2013, walaupun sudah hampir setahun memiliki Leg Band ini baru sahaja saya terbuka hati untuk menulis sesuatu mengenainya heheee. Maklumlah, untuk melakukan sesuatu dengan baik mood juga memainkan peranannya.
3. Sebenarnya pelbagai nama panggilan yang digunakan untuk mengenali Leg Band antaranya ialah ring kaki, cincin kaki, gelang kaki dan sebagainya. Walaubagaimanapun tujuannya adalah sama iaitu untuk merekodkan susur galur lovebird tersebut.
4. Breeder kecil-kecilan seperti saya ini amat peka tentang hal susur galur lovebird ini agar tidak berlaku inbreeding atau dalam konteks bahasa yang selalu dan mudah kita dengar sumbang mahram :)
Kita tidak mahu berlakunya inbreeding kerana baka yang akan dihasilkan adalah lemah dan mungkin mengalami masalah-masalah teknikal lain.
5. Selain itu, kita dapat merekod dan mengenalpasti dari segi umur dan batch yang keberapa lovebird itu. Anda bayangkan jika10 ekor lovebird yang matang dan mempunyai warna yang sama tetapi tidak mempunyai leg band. Bagaimanakah untuk menentukan lovebird ini dari induk yang mana, berapa umurnya??
6. Dengan zaman yang moden ini, pelbagai saiz leg band dapat dihasilkan dengan finishing yang pelbagai bergantung kepada saiz Unggas yang dimiliki.
7. Seperti lovebird saya, leg band ini sesuai dipakaikan dari umur 12-16hari untuk masked lovebird. Manakala untuk peachface lovebird dari umur 9 - 13hari kerana saiz baby peachface ini lebih besar.
8. Semoga kita dapat sama-sama buat yang terbaik untuk diri kita dan unggas-unggas yang kita miliki. Wassalam.
Best regards,
AKN Chalet, Pantai Puteri Berwajah Baru!!!!!
-
AKN Chalet yang terletak di Pantai Puteri sudah berwajah BARU!!!!!!:)
Kepada customer-customer kami dan sesiapa yang berminat untuk meyewa di AKN
Chalet, ...