1. Salam hari Jumaat kepada pelayar blog ini :-) semoga hari ini dan hari seterusnya kita mendapat berkat dan rahmat daripada-Nya.
2. Bulan Disember amat sinonim dengan musim Tengkujuh di Pantai Timur Malaysia. Sungguhpun begitu, sebahagian besar negara kita menghadapi musim hujan hampir setiap hari dan ianya berpanjangan sehingga awal tahun hadapan.
3. Mengikut pengalaman, pengetahuan dan pembacaan saya musim hujan atau sejuk ini memudahkan penyakit berjangkit seperti sakit mata mudah merebak ikut udara atau angin. Tambahan pula cuaca yang tidak menentu seperti hujan di waktu pagi diselang-seli pula dengan panas yang terik.
4. Doktor pakar juga menasihatkan kita agar mengurangkan aktiviti luar, inikan pula burung kesayangan kita yang terdedah secara langsung kepada persekitaran yang tidak menentu ini.
5. Maka, kita harus peka dan bersedia sebarang kemungkinan burung kita dijangkiti sakit mata. i.e burung mula menggeselkan matanya di perch atau sayap yang boleh mendatangkan kecederaan yang seirus.
6. Jika terdapat simptom-simptom awal ini, bertindaklah memberikan rawatan segera sebelum terlambat. Dalam masa ini, saya akan setiap hari memberikan vitamin ke dalam air supaya dapat mengekalkan tahap kesihatan yang baik menghadapi musim ini.
7. Gambar di atas menunjukkan persediaan dan cara menggunakan ubat. Gambar dan cara itu saya pelajari/perolehi daripada Pak Raja yang berkongsi pengetahuan beliau. Saya hanya memanjangkan ilmu ini agar peminat-peminat unggas dapat manfaat bersama dan mengurangkan risiko kematian burung kesayangan.
Best regards,
AKN Chalet, Pantai Puteri Berwajah Baru!!!!!
-
AKN Chalet yang terletak di Pantai Puteri sudah berwajah BARU!!!!!!:)
Kepada customer-customer kami dan sesiapa yang berminat untuk meyewa di AKN
Chalet, ...