Sunday, December 18, 2011

Home » » Handfeed Budgie :)

Handfeed Budgie :)

(a) Baru lepas makan

(b) Bulu dah mula gebu, cuma kaki sikit lagi untuk bersih sepenuhnya

1. Salam hari minggu pelayar blogku sekalian. Dua tiga hari lepas secara tidak sengaja menghandfeed budgie.

2. Sebenarnya saya tidak plan pun untuk berbuat demikian. Maklumlah jika LB tu paruhnya besar sedikit jadi mudah la juga tambahan pula masih tiada pengalaman handfeed budgie ni.

3. Sudah ditakdirkan agaknya untuk merasai pengalaman handfeed budgie, maka saya teruskan juga la. Ceritanya bermula apabila saya melihat ada seekor anak budgie yang telah ditendang keluar dari sangkarnya.

4. Kasihan pula takut jika dibiarkan nanti mati kebuluran pula. Saya pun ambil sekor lagi anak budgie kemungkinan adiknya yang masih belum tumbuh bulu pelepah sepenuhnya.

5. Seperti dijangkakan, agak sukar menghandfeed budgie ini kerana paruhnya yang kecil. Terpaksa menggunakan teknik 'force feeding' bagi mengelakkannya kelaparan.

6. Hmmm..akhirnya saya terpaksa mengalah juga, terpaksa letakkan budgie yang first tadi di dalam cage bersama budgie muda yang lain supaya dia boleh belajar makan sendiri. Alhamdulillah, dia boleh survive.

7. Anyway saya teruskan juga handfeed yang sekor ni. Isteri saya yang berikan nama 'Mel'..singkatan daripada Comel hehehee..

8. Gambar yang akan diupload nanti ialah Mel, jantina belum pasti lagi. Saya memang handfeed menggunakan Kaytee. Memang Terbaik. Sekarang handfeed Mel lebih mudah kerana dia pun dah biasa dengan Kaytee, bila lapar jer memang berbunyi minta dihandfeed hehehee..

**New Updates**
- Mel telah ditemui keras tidak bernyawa subuh pagi 21.12.2011. Tak ada rezeki lagi la nak layan budgie jinak. Mungkin punca kematian kerana cuaca sekarang yg sejuk. Best regards,

2 comments:

  1. dah try ritu handfeed pemberian abg qamarul arifin....tapi xberjaya...huhuhu~~~
    sedih jerk....
    semoga berjaya k....mesti jinak pasni...
    :'D

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan, rasanya handfeed budgie ni lebih perlukan perhatian sebab makanan dalam temoloknya lebih cepat kering berbanding LB.
    Harap-harap berjaya.. Tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...