Tuesday, February 8, 2011

Koleksi Terbaru 'Cockatiels'






1. Salam kepada pengunjung setia budgie4u, hari ini dalam sejarah kerana saya telah berjaya mendapatkan koleksi keluarga Parrots yang terbaru Cockatiels "Tiels" yang dibawa pulang dari Melaka ke Johor Bahru pada 7 Februari 2011.

2. Sebenarnya, kurang 1 minggu tarikh tersebut genaplah 1 tahun saya membela budgie sebagai my first collection. Sungguhpun belum memberikan hasil kerana terdapat pelbagai cabaran dan rintangan, tetapi saya tetap berpuas hati kerana seronok sangat dapat memelihara keluarga parrot yang terkecik ini :)

3. Maka, pembelian koleksi Tiels ini sesungguhnya adalah kerana minat yang tinggi setelah happy melayanz budgies. Sepasang tiels ini telah dibeli dengan seorang breeder yang berjaya saudara Eddiepurba di Melaka. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau di dalam blog saya ini kerana mengusahakan juga untuk medapatkan sepasang Tiels untuk saya. Saya amat mencadangkan kepada sesiapa yang ingin memiliki burung yang cergas i.e zebra finch, budgie etc. boleh contact bro eddie yang cool ni heheheee..Two Thumbs Up!!

4. Mengenai mutation Tiels ini ialah Jantan; Cinnamon Pearl dan Betina; Grey biasa. Saya sendiri pun tak mahir tentang mutation Tiels ini, jika silap tolong betulkan :)

5. Disebabkan Tiels ini hanya baru sepasang, maka saya telah memikirkan nama untuk Tiels ini heheheee... Jantan; Mawi & Betina; Mimie boleh gitu?? Bukan apa, nengok member dalam forum masing2 namakan tiels kesayangan diaorang kan..saya pun nak tumpang syok juga hehehhee..

6. Menurut bro eddie, pair ini masih lagi muda dan belum bonding lagi. So, sekarang ni kira masa diaorang ler nak berkenalan kan. Moga2 pair ini boleh serasi bersama hendaknya.

7. Gambar di atas di ambil selepas satu malam Mawi & Mimie berada di Johor Bahru. Masing-masing masih lagi sedang untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mawi ni adalah berbunyi sikit-sikit jer.

8. Cadangan asal saya hendak letakkan cage mereka ini ke dalam aviary bersama budgies, tetapi risau pula takut tak perasan semut halus menghurungi kuaci mereka. Cerita pasal semut halus ni mmg risau pula, sebab tak sampai beberapa jam diaorang ni dah singgah di bekas kuaci.

9. Oleh yang demikian, saya mengambil kuputusan untuk meletakkan cage ini di dalam bilik belakang bagi memudahkan saya monitor dari masa ke semasa keadaan Mawi & Mimie. Saya juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan cepat dengan melulurkan minyak Gris disepanjang temporary stand cage supaya semut halus ker besar ker tak boleh naik ke cage.

10. Alhamdulillah, selepas semalaman saya mendapati tiada semut lagi yang menghurungi bekas kuaci kerana semut-semut ini tidak dapat naik ke cage disebabkan minyak Gris yang telah dilulurkan. Nampaknya petua ini amat berkesan, mudah serta menjimatkan.

11. Semoga rakan2 sekalian sudi memberi tunjuk ajar mengenai penjagaan Tiels ini. Tq.

p/s: Gambar akan diupdate kemudian.


Best regards,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...