01) Model kecil dengan bangga menggayakan drinking bottle hasil tangan ayahnya.
1. Post kali ini ialah produk DIY -Botol minuman untuk Budgie Malaysia yang terbaru saya hasilkan :) . Botol minuman ini adalah khas untuk budgie2 saya yang dikasihi hehehee.
2. Kebaikan yang boleh kita perolehi apabila membuat botol minuman budgie malaysia adalah seperti berikut;
a) Memudahkan maintenance minuman budgie. Dalam satu minggu mungkin satu kali sahaja tambah air baru.
b) Kalis pembiakan nyamuk. - Kenyataan ini masih dalam pemerhatian lagi. Saya akan confirmkan jika ianya benar-benar berhasil.
c) Kos bahan yang murah.
d) Mengekalkan air minuman yang bersih kepada Budgie. Najisnya tidak mudah masuk ke dalam air tersebut.
e) Tahan lasak dan spare part yang mudah didapati di pasaran.
3. Bahan-bahan yang diperlukan ialah;
a) 1 No -Botol air minuman i.e mineral ataupun berkarbonat bersama penutupnya.
b) 2 No -Elbow pvc saiz 20mm x 15mm.
c) 1 No -Dawai i.e anggaran dalam 9".
d) 1 No -Paku 3" panjang.
e) 1 No -Gergaji pvc
f) 1 No -Gam pvc
4. Cara-cara membuatnya seperti berikut,
4.1) Pertama kita hendak menebuk lubang di penutup botol tersebut. Ketatkan penutup botol itu dengan kadar sederhana. Panaskan paku 3" di atas dapur gas dan terus tebuk lubang menggunakan paku itu ke penutup botol itu. Penggunaan paku yang panas memudahkan anda untuk membuat lubang dengan mudah. Buat lubang dengan saiz yang sederhana dalam bentuk bulatan.
4.2) Kedua, untuk melekatkan kedua-dua elbow pvc. Ambil elbow pvc saiz 15mm dan masukkan ke dalam elbow pvc saiz 20mm. Secara logiknya memang boleh dilakukan yer. Keluarkannya semula. Ambil gam pvc tadi dan sapukan di bahagian luar elbow saiz 15mm dan sapukan gam juga di bahagian dalam elbow 20mm. Masukkan semula elbow pvc tadi dan pusing-pisungkannya supaya gam sekata untuk mengelakkan kebocoran. Pastikan kedua-dua elbow akhirnya sama arah (sila rujuk gambar). Jemur elbow ini untuk mengeringkan gam.
4.3) Setelah gam sudah kering dan tiada bau lagi, seterusnya proses untuk memanaskan bahagian elbow saiz 20mm. Panaskan elbow saiz 20mm dengan api dapur tetapi hati2 supaya tidak terbakar/tercair elbow tersebut. Bila dah panas tu cepat2 masukkan penutup botol ke dalam bahagian elbow yang dipanaskan tadi. Ia bertujuan untuk membentukkan elbow itu supaya penutup botol boleh dimasukkan ke dalamnya.
4.4) Gam bahagian luar penutup botol dan bahagian dalam elbow yang telah dipanaskan. Seperti biasa, keringkan gam tersebut di tengah matahari terik untuk cepat melekat.
4.5) Akhir sekali buka elbow yang telah digam bersama penutup botol. Pada hujung elbow 15mm itu, potong lebih kurang 1/4".
4.6) Masukkan elbow yg siap dipotong ke dalam botol yang berisi air. Lihat jika air boleh sampai ke permukaan potongan tadi. Jika tidak, potong sedikit elbow saiz 15mm sedikit lagi bagi memudahkan air sampai betul2 di permukaan.
5. Haaa..siap pun hehehee. Saya berikan kredit kepada http://burung2u.blogspot.com/ kerana telah kongsikan ilmu yang bermanfaat ini. Terima kasih.
6. Gambar akan diupdate kemudian yer :) . Cubalah untuk kepuasan diri anda.
Best regards,
AKN Chalet, Pantai Puteri Berwajah Baru!!!!!
-
AKN Chalet yang terletak di Pantai Puteri sudah berwajah BARU!!!!!!:)
Kepada customer-customer kami dan sesiapa yang berminat untuk meyewa di AKN
Chalet, ...