Monday, June 7, 2010

Home » » Cadangan membina sangkar burung Budgie

Cadangan membina sangkar burung Budgie



1. Gambar di atas ialah lakaran cadangan untuk membina sangkar burung budgie di sebelah rumah.

2. Saya masih lagi 'sourcing' kontraktor-kontraktor untuk mendapatkan harga yang paling murah atau berpatutan.

3. Nanti saya akan listkan mana-mana sebutharga daripada kontraktor secara berperingkat.

4. Saya amat berharap jika para pelawat kawan-kawan sekalian sudi untuk memberikan komen penambahbaikan. Semoga idea tuan2/puan2 sekalian dapat membantu saya mencapai motif untuk memberikan tempat yang selesa kepada burung budgie saya.

5. Senarai harga pesaing kontraktor-kontraktor (akan diupdate secara berperingkat)
5.1 Kontraktor A : RM1,700.00 ;Upah + barang; kayu masak 2x2, 2x1
5.2 Kontraktor B : RM5,000.00 ;Upah + barang; kayu masak 2x3
5.3 Kontraktor C : RM1,800.00 ;Upah + barang; kayu masak 2x3
5.4 Kontraktor D : RM1,200.00 ;Upah + barang; kayu masak 2x3, 2x2 (tak pasang siling)
5.5 Kontraktor E : RM1,200.00 ;Upah + barang; kayu masak 2x2,(tak pasang siling)Kontraktor ini boleh memulakan kerja dengan kadar segera.

6. Maka rasanya cukuplah sourcing saya ni walaupun ada lagi kontraktor yang masih tidak memberikan sebutan harga.

7. Saya merasakan harga daripada Kontraktor D & E amat kompetitif dan masuk akal. InsyaAllah projek ini akan diberikan kepada kontraktor E kerana dapat memulakan kerja dengan lebih awal. Kontraktor D masih lagi sedang menyiapkan projek semasanya. Mudah-mudahan Kontraktor E dapat memberi komitmen dan kualiti yang diharapkan.

8. Komen anda sentiasa dialu-alukan. Thanks. Best regards,

4 comments:

  1. Tuan,
    Nak tanye sket...
    Tiang drp kayu ker besi?
    Para tu utk apa tujuannya?

    RM1700 tu macam mahal sangat jerrrr...
    Kawe punya aviary setting lebih kurang sama (bumbung merah tuh)cuma lantai tak bersimen dlm RM700 aje tp tawon 2007...

    Tak nak buat mcm kawe punya seeting utk 2nd aviary yg bumbung biru tu ker? Lantainya dawai punai 1.5 kaki drp tanah, so kebaikannya ialah budgie tak mudah kena kurap kaki coz ianya tak terdedah sgt dgn najisnya sendri...

    ReplyDelete
  2. 1. Tiang tu sume rancangnya daripada kayu, pada fikiran kawan untuk nampak classic sikit. Para tu bertujuan untuk diletakkan nest box budgie sebaris.

    2. Kawan mmg dah terpikir nak buat macam tu, tapi macam susah jer kawan nak masuk sangkar buat maintenance.

    3. Klu terus ke lantai macam ni senang kawan nak basuh nanti dan senang kuar masuk.

    Thank u for ur comment.

    ReplyDelete
  3. Luper td nak khabaq, mmg kalau aviary lantai tinggi tu salah satu keburukannya ialah susah nak masuk... atu lebih mudah mmg tak leh nak masuk aviary tu pon...

    So kalau nak check nestbox mmg payah, kena buat pintu khas utk check nestbox gamaknyer...

    Anyway nak khabaq yg td petang terdengar bunyi baby budgie dalam salah satu nestbox...
    Tp mmg susah nak check utk tgk baby tu, so tunggu dia membesar jer la nanti baru check...
    Alhamdulillah rezekiii...

    ReplyDelete
  4. 1. Itula pasal, ada pro dan kontra juga. Klu terus ke lantai, masalah najis budgie boleh bgi effect pada kaki dan cirit.

    2. Saya cuma nak mudah maintenance jer, nanti senanglah nak wusha baby budgie nanti heheheee.

    3. Congrats coz dah dapat new baby. Nanit boleh ler post kat blog bro.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...