Friday, April 16, 2010

Budgie Breeding Chart


1. Chart di atas ialah breeding chart untuk budgie. Budgie mengambil masa 18 hari untuk mengeram untuk menetaskan telur mereka. Jika dah lebih masa tu bermakna telur tak menjadi disebabkan beberapa perkara.

2. Bagaimana breeding chart ini digunakan?
Katakan budgie mula mengeram pada 2hb Dec (barisan paling atas), maka tarikh menetas adalah pada 20hb Dec (pada baris kedua).
Contoh lain, budgie mengeram pada 7hb Jun.(lihat baris ke-4 terakhir) ,tarikh jangkaan menetas ialah pada 25hb Jun (baris ke-3 terakhir). Mungkin kita boleh bagi masa sedikit lagi jika kita masih was-was.

English Translation

1. The above chart is a breeding chart for budgie. Budgie will take about 18 days to hatch their eggs. If the eggs do not hatched, that's mean the eggs are not work out.

2. How to use the breeding chart?
Let say, the budgie start hatch on 2nd Dec. (See the top row), thus the estimate hatched date is on 20th Dec. (See the second raw).
Other example, the budgie hatch on 7th June. (See row no 4 from last), thus the estimate hatched date is on 25th June. (See row no 3 from last). But, we may give some extra days if we feel doubtful.

*Nota:
a. Info di atas melalui pembacaan penulis dari Cari forum -Budgie Best regards,

Thursday, April 15, 2010

One (01) Yellow Pied Hampir Menemui maut

1. Sebelum pergi kerja, seperti biasalah saya akan melihat sangkar burung budgie ni dulu. Semalam pada 14th April 2010, seekor budgie yellow pied saya terjerut lehernya di *net hitam.
*net hitam (biasanya boleh dibeli daripada nursery atau di kedai2 hardware; net ini juga untuk mengurangkan cahaya masuk) saya dah lupa lah apa nama net ini.

2. Pada mulanya memanglah tak perasan, ingatkan budgie ni tengah chew net tu. Sekali lagi pandang betul-betul dan dekat-dekat, memang confirm lehernya terjerut dengan net itu tadi.

3. Dengan kadar sepantas mungkin, saya pun berlari ke dapur cari gunting dan selepas itu menggunting net hitam yang menjerut leher tadi. Cere budgie tadi pun dah biru semacam, sesak nafas kot. Kalaulah tak perasan tadi, mesti dah k.o nyer lah.

4. Selepas jerutan itu dilepaskan, barulah budgie itu rasa lega. Tapi memang nampak lemah lagi lah. Macam manapun, saya terus pergi kerja dengan harapan budgie itu akan survive.

5. Selepas pulang dari kerja, alhamdulillah sebab budgie itu semakin beransur pulih. Tak nampak pun ia nak chew lagi hehheheee..dah tobatlah kot.

6. Lesson Learn, jika ada net yang telah berjuntai akibat digigit oleh budgie anda, secepatnya potong bahagian itu. Dikhuatiri akan terjerut leher budgie secara tidak sengaja. Best regards,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...